PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 23, 2019 -Selasa

 
  VISTAJET MELANCARKAN PROGRAM PELANCONGAN HAIWAN PELIHARAAN GLOBAL BERIKUTAN 104% PENINGKATAN DALAM PENERBANGAN HAIWAN

Tuesday 16/04/2019



VistaPet: penyelesaian pakar untuk memudahkan penerbangan bersama haiwan kesayangan


NEW YORK, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global swasta yang pertama dan satu-satunya, hari ini mengumumkan pelancaran VistaPet, program paling komprehensif yang direka bentuk untuk memastikan semua penumpang dialu-alukan – walaupun mereka berkaki empat.

Trend pelancongan yang semakin meningkat menunjukkan sebab menyediakan perkhidmatan untuk haiwan semakin penting:
  • VistaJet telah mendapati peningkatan sebanyak 104% jumlah haiwan dalam penerbangan sepanjang dua tahun lepas;
  • Satu daripada empat Ahli VistaJet terbang bersama teman setia mereka secara kerap dan dianggarkan 30 juta orang melancong dengan haiwan kesayangan mereka setiap tahun;
  • Terdapat pertambahan sebanyak 47% jumlah anjing yang terbang bersama VistaJet pada 2018 berbanding tahun sebelumnya;
  • Untuk kebanyakan orang, haiwan kesayangan adalah sebahagian daripada keluarga – 95% pemilik haiwan dari Amerika bersetuju yang mereka menjadi semakin rapat dalam hidup kita;
  • Sehingga kini, standard penerbangan gagal mencapai tahap perkhidmatan yang diharapkan, dengan 75% pemilik haiwan tidak mempercayai syarikat penerbangan komersial untuk menjaga haiwan kesayangan mereka dengan selamat, menjadikan pemilik dan haiwan tertekan sepanjang perjalanan.
VistaPet telah direka bentuk dengan kerjasama bersama pengamal veterinar, pendandan, pakar diet dan jurulatih berpengalaman untuk bertindak balas terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi semasa melancong bersama haiwan. Daripada kit penjagaan, tilam tidur dan menu seimbang hingga ke nasihat penerbangan, peraturan penerbangan global dan kursus takut penerbangan, semua penumpang VistaJet boleh menjangkakan perkhidmatan dan sokongan cemerlang yang sama. 

Perjalanan paling selesa dengan haiwan kesayangan bermula dengan perkhidmatan tempahan mudah, diteruskan dengan penerbangan yang lancar dan menggembirakan serta berakhir dengan destinasi mesra haiwan kesayangan. Program VistaPet termasuklah:

Sedia untuk Penerbangan
Malangnya, tiada peraturan standard untuk pengangkutan haiwan kesayangan di seluruh dunia. Bagi memastikan pengalaman penerbangan yang lancar, pasukan perkhidmatan pelanggan VistaJet menasihatkan kepada penumpang tentang peraturan yang terpakai untuk penerbangan dan destinasi mereka semasa melancong dengan haiwan kesayangan, termasuk butiran untuk pemvaksinan, mikrocip, perakuan dan permit.

Ada kalanya, menaiki kapal terbang dengan haiwan kesayangan yang ketakutan boleh merosakkan penerbangan yang sempurna. Bagi memastikan semua penumpang menikmati penerbangan mereka, VistaJet boleh mengaturkan kursus takut penerbangan untuk anjing, dengan kerjasama The Dog House. Kursus selama empat minggu itu menyahpekakan haiwan terhadap perkara yang mungkin mereka alami semasa penerbangan – bau bahan api, bunyi enjin jet, tekanan udara kabin dan pergerakan gelora udara.

Penerbangan Selamat dan Tanpa Tekanan
Untuk setiap penerbangan, penumpang akan menerima Pochette VistaPet – beg pelancongan yang mengandungi item untuk menjaga haiwan kesayangan semasa dan selepas penerbangan. Makanan haiwan bio-organik daripada Rockster akan memberikan nutrien berkualiti tinggi semasa penerbangan atau pada ketibaan. Pilihan makanan Random Rewards yang lazat, dicipta oleh Michel Roux, chef berbintang Michelin adalah campuran makanan latihan anjing yang unik. Kit Penjagaan Penerbangan Kibble Pet disertakan syampu tanpa air dan tisu yang melegakan untuk penjagaan bulu berkualiti salun – cara terbaik untuk membantu menenangkan haiwan dalam penerbangan. Mainan tali oleh Furzu juga akan menghiburkan anjing sepanjang penerbangan.

Menurut nasihat Veterinar Klinikal, Dr. Bruce Fogle, VistaJet telah mencipta menu seimbang untuk memastikan haiwan kesayangan para Ahli terhidrat dan sihat. Pramugari Kabin VistaJet juga boleh menawarkan esen bunga semula jadi untuk dicampurkan dengan air minuman haiwan kesayangan untuk membantu menenangkannya dalam penerbangan.

Keselamatan dan keselesaan semua penumpang adalah perkara yang paling penting bagi VistaJet. Walaupun peraturan penerbangan mengarahkan haiwan diikat atau disimpan dalam kurungan semasa waktu pelepasan dan pendaratan, semasa penerbangan haiwan kesayangan boleh berehat di samping pemilik di atas tilam tidur Labbvenn buatan tangan. Pembersihan semula kabin yang menyeluruh disertakan sebagai standard selepas setiap penerbangan haiwan kesayangan.

Dialu-alukan di Destinasi
Program VistaPet menjadikan pelancongan dengan haiwan kesayangan lancar, walaupun di destinasi. Untuk membantu menjadikan seluruh perjalanan menyeronokkan, VistaJet telah memilih koleksi kemudahan dan rakan kongsi mesra haiwan kesayangan di seluruh dunia – sama ada Ahli memerlukan hotel haiwan di London, salun haiwan terbaik di New York atau sesi fotografi bagi merakam detik bersama haiwan kesayangan di seluruh dunia, VistaJet sedia untuk memberi nasihat. Pasukan ini juga boleh membantu mencari pembawa berjalan atau pelatih haiwan kesayangan, atau mencadangkan pengalaman yang tidak boleh dilupakan termasuklah yoga haiwan kesayangan, merakit dan meluncur.

Dunia ini rumit. Perjalanan yang lancar untuk semua bermula dengan VistaJet.

Untuk maklumat lanjut tentang VistaPetwww.vistajet.com/pets

Hubungan
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan global yang pertama dan satu-satunya. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.

VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, yang mengintegrasikan portfolio unik syarikat-syarikat yang menawarkan penyelesaian aset rendah dalam meliputi semua aspek utama penerbangan perniagaan.

Lebih maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

VistaJet dan subsidiarinya bukan pengangkut udara langsung A.S.  VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat didaftarkan 9H di bawah Perakuan Pengendali Udara Malta No. MT-17. VistaJet US Inc. dan VistaJet Online and Mobile Services Limited adalah broker penerbangan sewa khas dan tidak mengendalikan pesawat. Semua pesawat milik VistaJet dan pesawat berdaftar A.S. dikendalikan oleh pengangkut udara langsung A.S. berlesen.

Foto untuk pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7485a966-59bd-469b-b77e-5c0f65da1e95

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c5006d8e-86cb-4a4a-9ee9-ccebe9b0824f

SUMBER : VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.