ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  SYARIKAT KUMPULAN AGC CAWANGAN INDONESIA, PT ASAHIMAS FLAT GLASS, MEMULAKAN PENGELUARAN KOMERSIAL BAGI PRODUK NILAI DITAMBAH TINGGI DI KILANG CIKAMPEK

Tuesday 16/04/2019



AsiaNet 78299

TOKYO, 16 April, 2019 /Kyodo JBN-Asianet /--
 
AGC Inc. mengumumkan pada 15 April bahawa unit kumpulan AGC di Indonesia, PT Asahimas Flat Glass Tbk (AMG) (*1), telah mula mengendalikan sebuah barisan cermin di kilang Cikampek mereka pada suku pertama tahun 2019 berikutan pelancaran relau apungan mereka yang baharu dan pengeluaran besar-besaran pada penyalut percikan magnetron mereka yang baharu pada suku ketiga tahun 2018, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan penting di dalam jejak kaca AGC di Asia. 
 
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201904055102-O2-iSw9633o)
 
Dengan relau kaca apungan bersepadu yang serba canggih itu, barisan salutan magnetron dan barisan cermin, AMG menawarkan satu sumber tunggal bagi pelbagai jenis produk dan penyelesaian kaca khusus yang memenuhi keperluan pasaran yang berbeza di seluruh rantau Asia Pasifik.
 
(Foto:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000303/201904055102/_prw_PI1lg_vV1BcNhF.jpg)
 
Penyalut magnetron yang baharu dengan teknologi AGC-Interpane Eropah yang canggih mampu untuk menyampaikan keunggulan produk bagi kawalan solar, prestasi tinggi dan spektrum kaca terpilih dalam saiz jumbo sehingga 6 meter. Satu siri penyalut berprestasi tinggi, T-Sunlux dan Stopray yang disasarkan pada segmen kediaman dan komersial untuk pasaran Asia Pasifik dilancarkan secara berperingkat-peringkat.
 
T-Sunlux, sejenis kaca bersalut magnetron bajaan, mempunyai sejenis salutan yang tahan lama yang dapat melalui pembajaan tanpa menjejaskan penampilannya. Penyalutan T-Sunlux itu menghasilkan prestasi yang baik untuk menghalang haba apabila terdapat haba solar yang berlebihan. Dengan keupayaan untuk digunakan dalam kedua-dua versi sepuh lindap dan bajaan, dengan jangka hayat yang panjang, ia menyediakan pemproses kaca dengan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan projek dengan hanya menyimpan satu produk tunggal.
 
Stopray, kaca bersalut magnetron berprestasi tinggi, memberikan kepilihan yang sangat baik dengan satu penampilan yang neutral. Ia menawarkan keseimbangan yang lebih baik di antara kepancaran cahaya yang dapat dilihat, kawalan solar dan nilai U yang dipertingkatkan, dengan itu menyampaikan penjimatan tenaga yang maksimum yang memenuhi atau melebihi keperluan kod tenaga. Sentiasa digunakan di dalam glis dua atau tiga, prestasinya dioptimumkan dan sesuai dengan iklim tropika dan sejuk.
 
Barisan cermin baharu itu adalah satu langkah besar bagi AMG ketika ia meningkatkan barisan produk mereka dengan pelancaran Mirox MNGE (Cermin Ekologi Generasi Baharu Mirox), yang dihasilkan dengan teknologi AGC Eropah yang dipatenkan dan tahap optimum yang sama bagi kualiti dan perkhidmatan.
 
Mirox MNGE begitu menonjol kerana salutan logam mereka yang bebas tembaga, tahap cat plumbum yang sangat rendah dan rintangannya yang tinggi terhadap kakisan. Dengan ekologi Mirox MNGE, pengguna akhir mempunyai jaminan mengenai tahap rendah bagi Sebatian Organik Meruap (VOC) (*2) dan pelepasan formaldehid daripada cermin. Dengan Mirox MNGE dilancarkan dengan jaminan produk dan mencapai produk pensijilan Produk Bangunan Hijau Singapura (SGBP), ia menyampaikan kepada pengguna akhir dengan faedah yang lebih besar (iaitu meningkatkan kualiti udara dalaman, memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan mereka).
 
Pelanggan di rantau Asia Pasifik boleh menantikan dengan penuh harapan kepada satu rangkaian produk bagi kedua-dua salutan magnetron dan pirolisis yang menyeluruh dan kaca dalaman ekologi, sekali gus membolehkan arkitek dan pelanggan kaca untuk menggabungkan kreativiti, estetika dan teknologi muka, sambil memenuhi peraturan tenaga dan trend pembinaan hijau pada hari ini.
 
(*1) PT Asahimas Flat Glass Tbk (AMG) adalah sebahagian daripada kumpulan AGC global. AMG telah ditubuhkan sebagai satu usaha sama pada tahun 1973 di antara Asahi Glass Co., Ltd. (pengeluar kaca Jepun) dan PT Rodamas (sebuah pengedar Indonesia bagi kaca dan barangan pengguna yang berkaitan).
 
(*2) VOC dan formaldehid adalah sebahagian daripada sumber pencemar udara dalaman yang berasal dari bahan kimia yang dihasilkan oleh bangunan dan produk (sebagai contoh cat, lakuer, silikon, gam, pelekang cat, bahan pembersihan dan racun perosak) digunakan di dalamnya. Dengan kepekatan VOC yang tinggi, ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang buruk dalam tempoh jangka pendek hingga jangka panjang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201904055102-O1-5pmqxg6x.pdf
 
Sumber: AGC Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.