ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERNIAGAAN KECIL MALAYSIA BERSIKAP POSITIF, MEMBERI TUMPUAN PADA PEMACU PERTUMBUHAN

Tuesday 23/04/2019

AsiaNet 78343

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Apr., 2019/Medianet International-AsiaNet/--

Keadaan perniagaan untuk sektor perniagaan kecil Malaysia adalah positif untuk tahun 2018.  Keyakinan terhadap pertumbuhan perniagaan dan ekonomi berada pada tahap paling tinggi sejak tahun 2012, menurut data kajian baharu yang dikeluarkan hari ini oleh CPA Australia.

Penemuan dari Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik ke-10 CPA Australia adalah lanjutan daripada kaji selidik ke atas lebih dari 3,600 pengurus perniagaan kecil di Malaysia, Vietnam, Indonesia, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Singapura, Australia dan New Zealand.

Ketua Negara CPA Australia di Malaysia, Priya Terumalay berkata keputusan kaji selidik itu menunjukkan satu anjakan positif di dalam sentimen di kalangan perniagaan kecil Malaysia yang mencerminkan tumpuan yang berterusan oleh sektor itu kepada pemacu bagi pertumbuhan.

“Sektor perniagaan kecil Malaysia telah menikmati tempoh 12 bulan yang kukuh, dengan 65.5 peratus daripada responden melaporkan bahawa mereka berkembang sepanjang tempoh ini.

“Melihat kepada tahun 2019, hasilnya adalah lebih positif, dengan tiga perempat daripada perniagaan kecil menjangka akan berkembang pada tahun ini.

“Anjakan positif sentimen juga mencerminkan keyakinan perniagaan kecil terhadap ekonomi Malaysia, dengan hampir 70 peratus (69.1 peratus) menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang jauh lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun 2018 di mana 53.7 peratus menjangkakan ekonomi akan berkembang.

“Dalam satu tempoh yang menyaksikan ketidaktentuan dalam ekonomi global, peningkatan keyakinan perniagaan kecil di Malaysia merupakan satu undi keyakinan terhadap arah haluan ekonomi negara.

“Tidak memeranjatkan untuk melihat satu peningkatan pada keyakinan perniagaan kecil di Malaysia. Sepanjang 10 tahun kaji selidik ini dijalankan,  perniagaan kecil Malaysia telah menunjukkan tumpuan kepada faktor-faktor yang dikaitkan dengan pertumbuhan jangka panjang, termasuk inovasi, e-dagang dan teknologi. Perniagaan kecil juga menunjukkan tumpuan yang kuat terhadap pengaruh positif pertumbuhan seperti peningkatan kepuasan pelanggan, menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang cekap serta strategi perniagaan yang lebih baik.

“Perniagaan kecil dari Malaysia terus menjadi pengguna teknologi digital yang agak kuat, terutamanya jika dibandingkan dengan pesaing dari Australia, Singapura dan New Zealand. Lebih 40 peratus daripada perniagaan Malaysia yang dikaji selidik (43.4 peratus) memperolehi lebih daripada sepuluh peratus pendapatan mereka dari jualan dalam talian. Sebahagian besar menggunakan media sosial untuk tujuan perniagaan, dengan 45.1 peratus menyatakan bahawa mereka menggunakannya untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
 
“Terdapat tumpuan yang agak kukuh terhadap inovasi di kalangan perniagaan kecil Malaysia dengan 29.3 peratus menyatakan bahawa mereka akan membuat pembaharuan pada tahun 2019, mengatasi purata tinjauan itu sebanyak 20.8 peratus. Kerajaan Malaysia telah banyak berusaha untuk menggalakkan budaya inovasi dan keusahawanan dengan perkembangan dasar.

“Peralihan sentimen positif sektor perniagaan kecil Malaysia diterjemahkan ke dalam peluang pekerjaan, dengan lebih daripada satu perempat (25.7 peratus) menyatakan mereka telah menambah pekerja pada tahun 2018 dan besar kemungkinan menjadi pencipta peluang pekerjaan yang lebih mantap pada tahun 2019, dengan 45.1 peratus menjangka akan menambah bilangan tenaga kerja.

“Kebimbangan mengenai perang perdagangan global memberi impak kepada perniagaan kecil Malaysia, dengan lebih satu pertiga (33.6 peratus) menjangkakan bahawa isu ini akan mempunyai kesan negatif terhadap perniagaan mereka pada tahun 2019, hampir dengan purata tinjauan sebanyak 34.7 peratus. Bagaimanapun, bagi sebahagian daripada perniagaan kecil Malaysia, satu konflik perdagangan boleh mewujudkan peluang dengan 22 peratus menyatakan bahawa mereka menjangkakan perang perdagangan akan mempunyai kesan positif terhadap perniagaan mereka.

“Kami menjangka keadaan perniagaan positif perniagaan kecil Malaysia pada tahun 2018 akan berterusan ke tahun 2019 dengan perniagaan kecil terus memberi tumpuan kepada inovasi, e-dagang dan teknologi,” kata Priya.

-Tamat-

Mengenai CPA Australia
CPA Australia adalah salah satu badan perakaunan terbesar di dunia dengan lebih daripada 164,000 ahli yang bekerja di 150 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Lebih daripada 25,000 ahli bekerja dalam kedudukan kepimpinan kanan. Ia telah mewujudkan pangkalan keahlian yang mantap dengan lebih dari 10,000 ahli di Malaysia. 

Mengenai Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia
Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia menyediakan wawasan tahunan mengenai pandangan perniagaan kecil merentasi rantau dan membentuk sebahagian daripada kajian garisan bujur yang bermula pada tahun 2009. Kaji selidik tahunan ke-10 CPA Australia terdiri daripada tinjauan yang meluas ke atas 3607 pengurus perniagaan kecil di 10 pasaran, termasuk Hong Kong, Tanah Besar China, Taiwan, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand. 

Ringkaran Pasaran – Malaysia 
https://www.cpaaustralia.com.au/~/media/corporate/allfiles/document/professional-resources/business-management/small-business-survey/small-business-survey-2018-market-summary-malaysia.pdf?la=en 

Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia 
https://www.cpaaustralia.com.au/~/media/corporate/allfiles/document/professional-resources/business-management/small-business-survey/small-business-survey-2018.pdf?la=en


Perhubungan Media 
Nirmala Ramoo
Senior Manager – Professional Development & Communications
CPA Australia
Tel: +603 2267 3350
Email: nirmala.ramoo@cpaaustralia.com.au   

Sumber: CPA Australia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.