AsiaNet 78695TIANJIN, China, 16 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- Kongres Kecerdasan Dunia (WIC) yang ketiga akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang di Perbandaran Tianjin di utara China antara 16 Mei dan 19 Mei. Acara empat hari itu yang bertemakan “Kecerdasan Era Baharu: Kemajuan, Perancangan dan Peluang” termasuk satu siri aktiviti seperti forum, pameran, pertandingan, dan pengalaman pintar, dan akan mempamerkan senario penyelesaian dan penggunaan pintar bagi bandar raya itu.
Kongres itu akan dibuka kepada pelawat profesional untuk dua hari yang pertama dan dibuka kepada orang awam untuk dua hari yang terakhir, demikian menurut kerajaan perbandaran itu.
Ditempatkan sebagai satu acara peringkat tinggi, arus perdana, bertaraf antarabangsa dan unik, kongres itu menjemput lebih 300 orang tetamu antarabangsa dari 40 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom dan Jepun, yang akan menghadiri dua forum utama pada kongres itu dan 16 acara sampingan.
Lima pertandingan akan diadakan semasa WIC itu, termasuk Cabaran Robot Dalam Air Kecerdasan Dunia, Cabaran Pemanduan Kecerdasan Dunia, Pertandingan Inovasi & Penggunaan Aplikasi Industri (Tianjin) China 2019 dan Pertandingan Inovasi dan Penggunaan Data Terbuka Piala Hualu China.
Peserta boleh juga menikmati aktiviti pintar seperti interaksi robot, adegan pengalaman bandar raya pintar dan perjalanan ujian kereta pandu sendiri semasa persidangan, pameran, dan pertandingan.
Sumber: Kerajaan Perbandaran Tianjin
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=335922 --BERNAMA