ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  OMNICOMM SYSTEMS BERJAYA MELANCARKAN FORUM INOVASI DI ASIA

Monday 27/05/2019



FORT LAUDERDALE, Fla., 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Inovasi ubat baharu, penyelesaian eClinical berpusatkan pesakit dan trend terkini dalam penyelidikan farmaseutikal menjadi agenda teratas di Forum Inovasi Asia, iaitu persidangan pelanggan perdana yang dihoskan oleh OmniComm Systems, Inc. (OTCQX: OMCM), peneraju penyedia teknologi pengurusan data klinikal global. Dihoskan bersama Tri-I Biotech, acara yang bertapak di Shanghai itu telah menarik lebih ramai pengunjung dan penceramah daripada jangkaan.

“Ini ialah acara yang hebat untuk OmniComm di China. Saya gembira melihat pertumbuhan pesat perniagaan OmniComm di rantau ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tri-I atas kerjasama yang hebat selama empat tahun yang lalu,” kata Feng Cheng, GM untuk OmniComm China. “OmniComm mempunyai EDC dan sistem fasa awal terbaik untuk kajian klinikal dan akan terus mengembangkan perkhidmatan dan keupayaan sokongannya demi mengembangkan perniagaannya di China.”

Forum Inovasi Asia menarik ramai wakil daripada hampir 50 organisasi sains hayat. Semasa acara selama dua hari itu, pengunjung mendengar pembentangan daripada tokoh pemikir, penyelidik akademik dan pelanggan OmniComm yang telah mencapai hasil signifikan dalam produktiviti, automasi, kualiti data, keberkesanan pengendalian dan pematuhan dalam pelaksanaan ujian klinikal mereka menggunakan produk EDC OmniComm.

“Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi OmniComm dan bekerja bersama mereka bagi menyediakan perisian klinikal lanjutan kepada pelanggan kami di China,” kata Michael Lee, pengasas dan GM Tri-I “Sebagai syarikat tempatan, kami mempunyai rangkaian serantau kukuh, yang membantu OmniComm berkembang dan menyokong perniagaannya di China. Tri-I mempunyai pasukan seramai hampir 20 orang yang berdedikasi terhadap produk OmniComm. Kami menyediakan kepakaran dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.”

Semasa acara itu, OmniComm menampilkan beberapa produk eClinical, termasuk TrialMaster® Version 5, Acuity Analytics, AutoEncoder, IRTMaster, TrialOne® dan T1xpress.

“Kami berterima kasih kepada pengunjung, penceramah dan Tri-I kerana menyumbang kepada kejayaan Forum Inovasi Asia pertama kami. Acara rangkaian serantau dan global kami direka untuk menyediakan forum untuk pelanggan kami membincangkan topik industri penting, bertukar pandangan dan amalan terbaik dan menunjukkan komitmen OmniComm terhadap inovasi dan pembangunan berterusan dalam industri kajian klinikal,” kata Stephen Johnson, presiden dan CEO OmniComm Systems.

Perihal OmniComm Systems, Inc. 

OmniComm Systems, Inc. Ialah peneraju penyedia penyelesaian perisian strategik untuk industri sains hayat yang menawarkan penyelesaian eClinical untuk kajian klinikal. Lawati www.omnicomm.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungan
Kuno van der Post
OmniComm Systems, Inc. 
+1.954.473.1254
KvanderPost@omnicomm.com

Sumber: OmniComm Systems Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.