ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MAKLUMAN JADUAL OPERASI LHDNM SEMPENA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2019

Monday 27/05/2019



KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Negeri Sarawak tidak akan beroperasi pada 4 Jun 2019 (Selasa) bersempena dengan Sambutan Hari Gawai 2019. 

LHDNM juga ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 7 Jun 2019 (Jumaat) bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 5 dan 6 Jun (Rabu & Khamis) 2019. 

Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, para pelanggan adalah digalakkan untuk menyelesaikan urusan percukaian dan yang berkaitan dengan LHDNM sebelum tarikh-tarikh tersebut. Namun demikian, para pelanggan masih boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

Dikesempatan ini juga LHDNM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks: 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.