Januari 27, 2025 -Isnin

 
  MENICON MENGUMUMKAN PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN KAWALAN MIOPIA MENICON BLOOM

Tuesday 28/05/2019



AsiaNet 78890

NAGOYA, Jepun, 28 Mei, 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

 
- Pelancaran Mencirikan Pengenalan Awal bagi Menicon Bloom Night, Kanta Sentuh Ortokeratologi yang Pertama dan Satu-satunya yang Diluluskan oleh CE di Eropah untuk Kawalan Miopia –

Menicon Co., Ltd. mengumumkan pada 24 Mei mengenai pelancaran Sistem Pengurusan Kawalan Miopia Menicon Bloom, satu pendekatan holistik bagi pengurusan kawalan miopia. Pelancaran ini mencirikan pengenalan awal bagi Menicon Bloom Night, satu terapi kanta sentuh ortokeratologi untuk pengurusan kawalan miopia.

(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201905216625-O1-4k0Q106r)
 
Miopia, yang juga dikenali sebagai rabun jauh, adalah salah refraktif yang paling biasa dan punca utama bagi kerosakan penglihatan di seluruh dunia. Ia menjejaskan kira-kira 30% daripada penduduk dunia dan penularannya telah diramal akan menjejaskan kira-kira 50% daripada penduduk dunia menjelang tahun 2050. Penularan miopia di kalangan remaja telah semakin meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini kepada kira-kira 30% dalam masyarakat perindustrian Barat dan tahap epidemik iaitu lebih dari 90% di beberapa bahagian di Timur Jauh Asia. Di peringkat global, ia diiktiraf sebagai satu masalah kesihatan awam yang signifikan yang dikaitkan dengan peningkatan morbiditi yang berkaitan dengan okular dan kos penjagaan kesihatan yang banyak.

Terapi Menicon Bloom Night melibatkan pemakaian semalaman bagi kanta sentuh ortokeratologi geometri balikan yang direka khas, yang dihasilkan dalam bahan-bahan Menicon Z tegar yang telap hiper oksigen yang memastikan pengoksidaan optimum kornea untuk pemakaian kanta sentuh yang selesa dan selamat. Rawatan itu mengubah buat sementara waktu bentuk kornea itu, yang mengakibatkan dalam pengurangan salah refraktif, dengan itu menghapuskan keperluan untuk memakai kanta sentuh sepanjang waktu berjaga  selepas kanta sentuh itu dikeluarkan. Bentuk kornea yang baharu itu menyediakan satu laluan optik tertentu untuk cahaya masuk yang mengimbangi tindak balas pertumbuhan okular yang berkaitan dengan perkembangan miopia. Melalui mekanisme ini, Menicon Bloom Night ditunjukkan untuk pembetulan miopia refraktif dan bagi kawalan miopia apabila dipreskrib dan diuruskan oleh seorang penjagaan mata profesional yang berkelayakan.

Kanta sentuh Menicon Bloom Night telah dikaji semula dan disahkan menerusi pelbagai kajian semula setara yang menyeluruh yang berkaitan dengan pengurusan kawalan miopia. Terapi Menicon Bloom Night telah terbukti diterima dengan baik oleh ibu bapa dan untuk meningkatkan keyakinan diri di kalangan kanak-kanak dari segi penampilan fizikal, penyertaan dalam aktiviti, pencapaian akademik dan persepsi rakan sebaya. Dengan pengumpulan bukti saintifik secara jangka panjang dan komprehensif selama bertahun-tahun, Menicon Bloom Night telah memenuhi piawaian tertinggi bagi keselamatan, keberkesanan dan kualiti yang diperlukan untuk memperuntukkan kelulusan CE bagi pengurusan kawalan miopia di Eropah.

Pemasangan bagi Menicon Bloom Night itu dioptimumkan dengan penggunaan perisian Easyfit, sebuah peranti canggih, mesra pengguna yang membimbing dengan tepat penjagaan mata profesional melalui proses pemasangan. Di samping itu, satu aplikasi telefon mudah alih yang direka khas, Virtual Dr. keluaran Menicon, telah dibangunkan untuk meningkatkan pemantauan dan proses komunikasi di antara penjagaan mata profesional dan pesakit. Menicon Bloom Night hanya boleh didapati dari penjagaan mata profesional yang diperakui. Dengan pelancaran terapi penjagaan miopia yang berinovatif ini, Menicon telah menjadi satu daripada beberapa syarikat yang mempunyai peranti yang diluluskan secara rasmi untuk pengurusan kawalan miopia di Eropah dan menunjukkan komitmen berterusan syarikat itu terhadap bidang kawalan miopia.

Menicon Bloom Night akan dilancarkan di peringkat awal di Belanda, diikuti tidak lama selepas itu dengan pelancaran di pasaran Eropah yang lain. Maklumat lanjut tentang produk itu dan ketersediaannya akan diumumkan tidak lama lagi.

Dr. Hidenari Tanaka, Ketua Pegawai Eksekutif, Menicon Co., Ltd., berkata: “Kami sangat gembira dengan penemuan utama yang dicapai dengan kelulusan dan pelancaran Sistem Pengurusan Kawalan Miopia Menicon Bloom kami. Kami yakin bahawa komitmen kami yang berterusan terhadap pengurusan kawalan miopia akan menempatkan Menicon sebagai satu penyumbang utama di dalam bidang ini dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat penjagaan penglihatan global. Adalah menjadi keyakinan kami bahawa penularan yang meningkat bagi kemaraan miopia di seluruh dunia memerlukan satu tindak balas yang menyeluruh dan berpendidikan dan kami telah mengenal pasti ini sebagai satu inisiatif utama di dalam program pembangunan kami. Sebagai sebuah pelopor bagi kanta sentuh, kami akan membangunkan perniagaan kawalan miopia kami berdasarkan kepada teknologi, produk dan perkhidmatan kami yang terkumpul dan menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong penjagaan mata profesional dalam menguruskan insiden miopia yang semakin meningkat.”

Maklumat mengenai Menicon:
Menicon Co., Ltd. (7780: Tokyo), yang diasaskan oleh Encik Kyoichi Tanaka pada tahun 1951, adalah merupakan pengeluar kanta sentuh yang pertama dan terbesar di Jepun, dan kini diwakili di lebih dari 30 buah negara. Menicon adalah sebuah pengeluar yang didedikasikan untuk semua bidang perniagaan yang berkaitan dengan kanta sentuh yang lembut dan telap gas, termasuk pembuatan, penjualan, pengeksportan dan pengimportan kanta sentuh dan barangan perubatan yang lain; pembuatan dan penjualan alat perubatan; penjualan bagi bekalan perubatan; dan penyelidikan dan pembangunan bagi kanta intraokular. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.menicon.com.
 
* “Bloom”, “Bloom Night”, “Menicon Z” dan “Easyfit” adalah merupakan tanda perniagaan bagi Menicon Co., Ltd.
 
 
SUMBER: Menicon Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.