|
|
|
|
|
|
ZHEJIANG DI CHINA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PERSEKITARAN PERNIAGAAN TERKEMUKA DUNIA
Monday 10/06/2019
AsiaNet 79110 NINGBO, China, 10 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- Dianjurkan bersama oleh kementerian perdagangan China dan kerajaan wilayah Zhejiang, Pameran Barangan Pengguna Antarabangsa-Ekspo China-CEEC yang pertama, serta Simposium Pelaburan dan Perdagangan Zhejiang ke-21 (selepas ini dirujuk sebagai “tiga acara” itu) akan diadakan di bandar raya pelabuhan timur China, Ningbo dari 8 hingga 12 Jun, demikian menurut Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Zhejiang.
Aktiviti-aktiviti termasuk persidangan, forum, perbincangan ekonomi dan perdagangan, pameran dan pertukaran orang dengan orang akan memperdalamkan kerjasama di antara China dan Negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEEC) dan memudahkan pembukaan Zhejiang.
Zhejiang, yang terletak di pantai tenggara China, adalah satu daripada pelopor bagi pembaharuan dan pembukaan China dan tempat kelahiran bagi sektor persendirian China, dengan mempunyai sebuah wilayah perdagangan asing yang utama untuk China dengan sebuah ekonomi persendirian yang mantap. Wilayah itu terus memanfaatkan pembukaan untuk mengukuhkan ekonomi mereka, dan telah mempercepatkan penubuhan platform peringkat tinggi yang diwakili oleh “tiga acara” itu.
"Sebagai satu-satunya pameran kebangsaan yang memberi tumpuan kepada kerjasama China-CEEC, ‘tiga acara’ pada tahun ini akan memberikan tumpuan penuh kepada kekuatan pelengkap bagi China dan CEEC, dengan menonjolkan tumpuan bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan yang mempromosikan import dan menembusi pasaran global khususnya,” menurut naib gabenor Zhejiang, Zhu Congjiu.
Zhejiang akan memanfaatkan mekanisme kerjasama China-CEEC "17 +1" dan pembangunan bagi zon demonstrasi kerjasama ekonomi dan perdagangan "17+1" untuk menjadikan “tiga acara” itu sebagai satu platform baharu bagi kerjasama China-CEEC, dan satu model baharu untuk penyertaan Zhejiang di dalam Inisiatif Belt and Road (BRI).
Dengan didorong oleh “tiga acara” itu, pertukaran ekonomi dan perdagangan di antara Zhejiang, negara-negara CEE dan BRI adalah semakin dekat. Pada tahun 2018, jumlah perdagangan di antara Zhejiang dan CEEC berjumlah 91.277 bilion yuan, meningkat 21.11 peratus pada tahun ke tahun. Zhejiang telah melaburkan 1.11 bilion dolar Amerika dalam 197 buah syarikat CEEC, manakala CEEC telah melabur di 463 buah syarikat di Zhejiang, dengan jumlah kontrak bernilai 854 juta dolar Amerika. Jumlah dagangan Zhejiang dengan negara-negara BRI berjumlah hampir 900 bilion yuan, melonjak lebih 12 peratus tahun ke tahun.
Pembukaan di peringkat tinggi tidak boleh dipisahkan daripada pembaharuan yang berstandard tinggi. Zhejiang pada lewat tahun 2016 telah mempelopori dalam mengubah prosedur birokrasi yang rumit di dalam perkhidmatan pentadbiran, mempercepatkan perkhidmatan e-kerajaan untuk sektor perniagaan dan memberi manfaat kepada perusahaan dan rakyat jelata. Sebagai contoh, masa pelepasan kastam telah dikurangkan dari 16 jam kepada 2 jam.
Ketika pelaburan asing dan kemudahan perdagangan meningkat, persekitaran perniagaan Zhejiang telah dioptimumkan, untuk menarik banyak perusahaan pelaburan asing. Pada tahun 2018, 3,529 buah syarikat pelaburan asing telah ditubuhkan di Zhejiang, dengan pelaburan langsung asing meningkat 13.9 peratus tahun ke tahun untuk mencecah 12.48 bilion dolar Amerika, untuk menduduki tempat pertama di kalangan wilayah dan bandar raya pesisir di China. Menjelang Mac, lebih 65,000 perusahaan pelaburan asing telah ditubuhkan dengan lebih 700 bilion dolar Amerika dalam pelaburan.
Walaupun menarik pelaburan asing, Zhejiang juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mempercepatkan penubuhan perbadanan multinasional persendirian tempatan, menggalak dan membimbing perusahaan persendirian untuk menembusi pasaran global bagi beroperasi di luar negara dan mengambil bahagian di dalam persaingan global. Syarikat-syarikat persendirian telah mengetuai pelaburan luar negara di Zhejiang, dengan kemunculan beberapa perusahaan multinasional perintis seperti Holley Group dan Hengyi Petrochemical Group.
Dengan didorong oleh pelaburan luar negara yang aktif bagi perusahaan persendirian, jumlah dan bilangan projek dalam pelaburan keluar di Zhejiang semakin meningkat. Pada tahun lalu, pelaburan langsung asing dan perolehan bagi projek-projek kontrak luar negara bagi Zhejiang mencapai masing-masing 18.3 bilion dolar Amerika dan 7.3 bilion dolar Amerika, mencapai kedudukan tinggi di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 202 projek adalah melabur di negara-negara BRI, dengan pelaburan luar negara yang didaftarkan sebanyak 3.722 bilion dolar, meningkat 22.31 peratus berbanding pada tahun 2017.
Badan perundangan utama China pada Mac telah mengundi dengan majoriti besar untuk memihak bagi meluluskan Undang-undang Pelaburan Asing, undang-undang asas bersatu yang pertama di negara itu mengenai pelaburan asing.
Zhejiang akan mengambil pelaksanaan undang-undang itu sebagai satu peluang, dengan memanfaatkan “tiga acara” itu dan platform pembukaan penting yang lain untuk meningkatkan aktiviti promosi pelaburan, menurut seorang pegawai kanan pelaburan asing dengan jabatan perdagangan tempatan.
Zhejiang mengadakan satu lagi persidangan pembukaan peringkat wilayah pada Mei lepas selepas 14 tahun, dan mencadangkan bahawa pada tahun 2020, Zhejiang akan pada peringkat permulaannya menjadi sebuah tempat perhimpunan modal asing yang berkualiti tinggi, sebuah pasaran sumber pelaburan keluar berstandard tinggi, dan sebuah hab keusahawanan peringkat tinggi.
“Pembukaan Zhejiang kini berada di satu titik permulaan baharu,” kata Sheng Qiuping, ketua bagi Jabatan Perdagangan Zhejiang.
“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada membina sebuah platform pembukaan peringkat tinggi untuk perundingan, sumbangan bersama dan manfaat yang dikongsi bersama yang meluas. Dengan mematuhi piawaian antarabangsa yang paling tinggi, Zhejiang akan berusaha untuk membina sebuah persekitaran perniagaan terkemuka dunia yang berkualiti tinggi untuk mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi bagi ekonomi Zhejiang dengan pembukaan peringkat tinggi,” kata Sheng. Sumber: Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Zhejiang
--BERNAMA |
|
|
|
|
|