Januari 26, 2025 -Ahad

 
  EKSPO KOMODITI DAN PESTA PELABURAN ASIA SELATAN & ASIA TENGGARA 2019 DIADAKAN DI KUNMING, YUNNAN CHINA

Monday 17/06/2019



AsiaNet 79219
 
KUNMING, China, 17 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Komoditi dan Pesta Pelaburan Asia Selatan & Asia Tenggara 2019 (SSACEIF) telah diadakan di Kunming, ibu negeri bagi barat daya wilayah Yunnan China, pada 12 Jun, 2019.

Menurut Jawatankuasa Eksekutif bagi SSACEIF, pempamer dari 74 buah negara, wilayah dan organisasi antarabangsa telah dipaparkan pada eksposisi itu. Sejumlah 3,348 perusahaan dari dalam dan luar negara telah menghadiri SSACEIF, di mana hampir separuh daripada mereka adalah merupakan syarikat-syarikat dari luar negara.

Bertemakan “Sebuah Gerbang Yang Lebih Baik dan Penjana Kuasa untuk Perkongsian Pembangunan dan Kemakmuran”, Sri Lanka adalah merupakan negara tema bagi SSACEIF 2019, dan negara yang diberi penghormatan adalah Kemboja.

Dengan 17 buah pavilion yang meliputi sebuah kawasan sekitar 170,000 meter persegi, enam zon pameran utama juga diwujudkan khususnya untuk menyerlahkan daya tarikan dan acara-acara bagi tema-tema pilihan, termasuk Asia Selatan, Asia Tenggara, luar negara, domestik dan Ekspo China-Asia Selatan.

Berbanding dengan SSACEIF sebelum ini, pavilion-pavilion yang memberi tumpuan kepada Kerjasama Pelaburan Belt and Road, tenaga hijau, dan produk-produk hutan semula jadi telah diwujudkan buat kali pertama. Teknologi digital dari wilayah Yunnan juga dipaparkan pada sebuah zon yang baharu dibuka.

Dari hari pertama SSACEIF pada hari Rabu, Seksyen Ekspo China-Asia Selatan yang biasa telah beroperasi secara rasmi, dan akan dibuka kepada semua orang ramai pada sepanjang tahun, di mana ciri-ciri tradisional dan komoditi dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang dipamerkan pada ekspo CSA akan disimpan sebagai satu pesta biasa. Seksyen itu termasuk dua zon utama bagi pavilion Kebangsaan dan pavilion Pertukaran Komoditi Yang Dipaparkan, yang meliputi sebuah kawasan seluas 10,000 persegi meter.

Kontrak yang akan ditandatangani pada SSACEIF 2019 dianggarkan berjumlah keseluruhan lebih 600 bilion yuan (kira-kira AS$86.7 bilion), demikian menurut Jawatankuasa Eksekutif bagi SSACEIF.

Satu lagi 14 siri acara dan aktiviti, termasuk Forum Perniagaan China-Asia Selatan ke-3, Forum Kerjasama China-Asia Selatan ke-2 dan Forum Kumpulan Pemikir China-Asia Selatan Asia Tenggara, juga akan diadakan semasa acara tujuh hari itu.
 
SUMBER: Jawatakuasa Eksekutif bagi SSACEIF 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.