ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  "PEMBAWAAN BERINOVATIF" BAGI BANDAR RAYA PURBA NANJING TELAH MENARIK PERHATIAN SELURUH DUNIA

Monday 01/07/2019



AsiaNet 79440

NANJING, China, 1 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Minggu Teknologi Nanjing yang pertama, yang dibuka pada 26 Jun, telah mempertemukan sejumlah besar teknologi, pakar, projek keusahawanan dan produk teknologi, yang telah menarik perhatian seluruh dunia, dan “Pembawaan Berinovatif” Nanjing juga telah menarik begitu banyak perhatian.

Agregat sumber inovasi global

Lima penerima hadiah Nobel, hampir 180 ahli akademi China dan asing, lebih daripada 500 “teknologi hitam” mewah, dan penubuhan perikatan inovatif bagi organisasi perkhidmatan dari 22 buah negara dan wilayah...

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 30,000 orang asing dan lebih daripada 8,000 perusahaan yang dibiayai pihak asing di Nanjing. Apa yang menarik semakin banyak bakat-bakat dan projek-projek antarabangsa di Nanjing?

“Suasana inovatif dan persekitaran bersantai Nanjing telah menarik minat saya.” Yang Meijia, profesor di Massachusetts State University, telah mengikuti pengajian di luar negara selama bertahun-tahun. Pada Ogos 2018, beliau turut serta di dalam penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan Alot Jiangsu di Taman Teknologi Tinggi Nanjing Jiangning. Kurang daripada satu tahun, beliau telah memohon paten untuk 3 reka cipta, merancang pelan untuk mewujudkan 7 buah syarikat, dan pada masa ini sedang membangunkan 12 ubat bio baharu.

“Menghormati undang-undang sains dan menghargai bakat-bakat penyelidikan saintifik, Nanjing telah menyediakan kepada kami sokongan yang mantap di dalam semua aspek dan sebuah persekitaran keusahawanan yang bersantai dan mesra,” kata Yang Meijia.

Nanjing meneruskan usaha untuk mempromosikan Program “Bakat-bakat dalam Pelan Nanjing”, “Memulakan Kerjaya di Nanjing” dan Program Pengenalan Bakat-bakat Peringkat Tinggi Luar Negara “345” untuk pelajar-pelajar muda kolej dan telah semakin menjadi satu daripada pilihan utama bagi bakat-bakat dalam sains dan inovasi teknologi di dalam negeri dan di luar negeri. Pada masa ini, 5 penerima hadiah Nobel dan 86 ahli akademi China dan asing telah menubuhkan perniagaan di Nanjing.

Memecahkan masalah utama bagi “transformasi”

Nanjing mempunyai 53 buah kolej dan universiti, lebih daripada 800,000 orang pelajar kolej, dan lebih daripada 80 ahli akademi di Ning. Bilangan pelajar kolej, bilangan pelajar siswazah dan bilangan ahli akademi adalah 3 teratas di negara itu. Namun untuk satu tempoh masa yang lama sebelum ini, Nanjing gagal menjadikan sains dan sumber pendidikan yang kaya menjadi satu kelebihan inovatif bagi pembangunan.

Kunci kepada masalah itu adalah transformasi. Nanjing telah melaksanakan projek “Dua Pendaratan dan Satu Integrasi” bagi pelaksanaan projek-projek pencapaian saintifik dan teknologi, pelancaran institusi penyelidikan dan pembangunan baharu, dan penyatuan sekolah dan kerajaan, dan berusaha untuk menyelesaikan masalah “peringkat terakhir dalam sesuatu proses” bagi transformasi pencapaian itu.

Pada Jun 2018, Nanjing University of Technology, Jawatankuasa Pengurusan Zon Pembangunan Jiangning dan Jiangsu Deyitong Environmental Protection Co., Ltd. bersama-sama telah memulakan penubuhan Institut Penyelidikan Peralatan dan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar Nanjing Jiekefeng. “Banyak penyelidikan universiti dibimbing oleh paten dan dokumen. Kami menjalankan penyelidikan gunaan yang berorientasikan pasaran dan berusaha untuk menjadikan pencapaian kolej dan universiti itu menjadi produk.” Dean Xu Haitao berkata institut itu telah mewujudkan 23 perusahaan berasaskan teknologi dan menyertai kontrak dengan jumlah keseluruhan kira-kira 25 juta yuan.

Membina sebuah “Bandar Raya Berinovatif”

Set pertama bagi tiub vakum radio, mesin pelarik automatik yang pertama, dan tiub ruang masa nadi yang pertama...

Dalam tempoh 70 tahun sejak penubuhan China Baharu, ibu kota purba bagi Enam Dinasti itu, yang mencipta banyak perkara “Pertama” di China, telah sekali lagi membuka satu pengembaraan baharu bagi inovasi dan pembangunan.

“Pembinaan Bandar Raya Berinovatif telah banyak merangsangkan vitaliti baharu bagi pembangunan Nanjing.” Orang yang bertanggungjawab bagi Nanjing berkata bahawa Nanjing telah komited untuk membina bandar raya-bandar raya yang paling ketat untuk perlindungan harta intelek, seterusnya mengoptimumkan persekitaran perniagaan, dan berusaha untuk memperbaiki inovasi tempat pertama Nanjing.

100 undang-undang bagi persekitaran perniagaan, 30 undang-undang bagi ekonomi persendirian, dan kelulusan tanpa hubungan...

“Kelajuan ​​Nanjing” bagi perkhidmatan kerajaan telah menjadi satu nota kaki yang baharu bagi pembawaan berinovatif bandar raya itu. Projek TSMC, yang telah melabur 3 bilion dolar di dalam Kawasan Baharu Jiangbei di Nanjing, mengambil masa hanya 20 bulan dari permulaan projek sehingga kepada permulaan operasi. Institusi R&D baharu “Nanda Electronics” telah mendapat berjuta-juta yuan dalam pinjaman dengan kredit, dan telah menyelesaikan pendaftaran perniagaan baharu dengan hanya sekali sahaja.

Laporan ke-17 yang dikeluarkan baru-baru ini mengenai daya saing bandar di China menunjukkan bahawa Nanjing telah memasuki tangga 10 teratas dari segi daya saing ekonomi yang komprehensif, daya saing sesuai didiami, daya saing mapan, dan daya saing ekonomi. Nanjing menduduki tempat ke-12 di antara 50 bandar raya penyelidikan global teratas dalam majalah Nature.

Dengan penyepaduan Delta Sungai Yangtze sebagai satu strategi kebangsaan, peluang-peluang utama seperti “Belt and Road” dan Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze muncul untuk Nanjing, dan pembangunan bandar raya purba Nanjing adalah penuh dengan segala kemungkinan. Pada tahun lepas, bilangan perusahaan berteknologi tinggi di Nanjing meningkat sebanyak 1,282, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 70%; bilangan pelajar kolej yang baharu bekerja adalah 340,000, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 60%.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Minggu Teknologi Nanjing
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=339703
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.