ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  HOTEL ROYAL CLASSIC OSAKA, MERCU TANDA BAHARU DI OSAKA, AKAN MULA MENERIMA TEMPAHAN DALAM TALIAN PADA 1 JULAI SEBELUM PEMBUKAAN PADA 1 DISEMBER, 2019

Tuesday 02/07/2019

AsiaNet 79421

OSAKA, Jepun, 2 Julai, 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

Dengan kurang daripada enam bulan sebelum pembukaan Hotel Royal Classic Osaka, pengendali Royal Classic Ltd. telah mengumumkan bahawa ia akan mula menerima tempahan dalam talian dari tengah hari pada 1 Julai, 2019. Hotel itu, yang direka oleh arkitek Jepun yang terkenal di seluruh dunia Kengo Kuma, dan menggabungkan muka bangunan daripada bekas teater Osaka Shin-Kabukiza, dijadual dibuka pada 1 Disember.

Imej 1: Bahagian luar Hotel Royal Classic, Mei 2019
https://kyodonewsprwire.jp/img/201906217809-O1-2BLeiVJ1
 
(Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/release/201906217809?p=images)
 
Pembukaan Hotel Royal Classic Osaka itu akan menandakan kelahiran sebuah mercu tanda baharu yang menarik untuk bahagian tengah kawasan Osaka Minami. Bersama dengan 150 bilik tetamu dan suite mewah, hotel itu akan juga menawarkan satu pilihan restoran dan bar, serta bilik-bilik fungsi dan kemudahan perkahwinan. Terletak dalam jarak yang mudah dari stesen kereta api bawah tanah Osaka Metro, Stesen Namba, hotel itu akan menyediakan suatu suasana yang ideal untuk pelbagai penggunaan bagi perniagaan, pengantin, dan bersiar-siar.

Di bawah kepimpinan pengurus besar dan pakar industri perhotelan Katsuya Usami, usaha pertama ini di bawah jenama Royal Classic ini akan berusaha untuk menghormati sejarah bagi sebuah lokasi yang telah bertindak sebagai sebuah krusibel untuk budaya tempatan yang tersendiri buat sekian lama, dengan membawa nilai baharu kepada Osaka Minami, dan meningkatkan pembangunan Osaka sebagai sebuah hab pelancongan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Hotel Royal Classic, yang akan dikemas kini pada tengah hari pada 1 Julai dengan keupayaan tempahan dalam talian yang sepenuhnya:
https://hotel-royalclassic.jp/en/
 
Maklumat mengenai Royal Classic Ltd.
Ditubuhkan pada September 2013, Royal Classic Ltd. adalah sebuah anak syarikat milik Bellco Co., Ltd., sebuah pembekal utama bagi perkhidmatan upacara, termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian. Hotel Royal Classic merupakan usahasama pertama di bawah jenama Royal Classic.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201906217809-O1-d7V7i6y8.pdf
 
Sumber: Hotel Royal Classic Osaka

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.