ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SELAMI DIRI ANDA DENGAN EKSTRAVAGANZA E-SUKAN DI FESTIVAL E-SUKAN & MUZIK DI HONG KONG

Monday 22/07/2019



HONG KONG, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Musim panas ini, pengunjung ke Hong Kong boleh menikmati pelbagai acara gourmet, beria-ria membeli-belah, acara-acara istimewa Hong Kong, dan program-program khas tarikan musim panas. Mengunjungi acara e-sukan yang berskala besar adalah satu daripada aktiviti yang harus dilakukan untuk menikmati musim panas yang bersemangat dan bertenaga, terutamanya bagi mereka yang masih muda atau berhati muda. Dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB), edisi ketiga Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong, yang disampaikan oleh Cyberport, akan diadakan dari 26 Julai hingga 28 Julai (Jumaat hingga Ahad) di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC), dengan lebih banyak elemen baharu dan pilihan hiburan yang lebih menarik dari sebelumnya.

Pertandingan antarabangsa oleh pasukan terkemuka dunia

· 2019 League of Legends International College Cup

Kejohanan Kolej Antarabangsa rasmi yang pertama kali, yang disokong  oleh Riot Games di Hong Kong. 12 pasukan kolej yang telah menang dari seluruh dunia akan bersaing untuk mencapai kegemilangan di dalam permainan strategi yang sangat sengit dan beraksi pantas ini.
 
· CS:GO World Invitational
 
Peminat permainan akan mempunyai peluang untuk menyaksikan dua pasukan profesional yang terkemuka bertarung di Hong Kong, dengan jumlah hadiah bernilai melebihi AS$60,000.
 
Pertandingan setempat dan serantau pemua popular

· EMFHK – Kejohanan e-Sukan “Honor of Kings” Kejohanan Rasmi Bandar Raya
 
“Honor of Kings” adalah permainan mudah alih Arena Pertarungan Dalam Talian Berbilang Pemain (MOBA) yang paling banyak dimainkan di China, dengan lebih 50 juta pemain setiap hari.

· Kejohanan PUBG Mobile Hong Kong

Tiga puluh dua pasukan yang menang dari pusingan kelayakan dalam talian akan berkumpul untuk bertarung untuk gelaran kejohanan bagi permainan mudah alih Battle Royale yang paling banyak dimainkan di dunia.

Penstriman Langsung di Seluruh Dunia

Pertandingan itu akan disiarkan secara langsung melalui platform dalam talian utama dalam tiga bahasa (Kantonis, Mandarin dan Bahasa Inggeris).

Zon Pengalaman dan Malam Bertema menawarkan banyak keseronokan

Satu lagi kemuncak bagi Festival itu adalah Zon Pengalaman, yang mempamerkan satu pameran bagi mesin arked retro, bersama dengan pengalaman VR dan peralatan e-perlumbaan profesional untuk dicuba. Alami permainan mudah alih yang terbaharu di “Parti Permainan Mudah Alih csl” dan saksikan “Street Fighter” dan “The King of Fighters” di “Zon Permainan Perlawanan Retro”.

Festival tiga malam itu akan juga menampilkan persembahan yang menyeronokkan: Pertandingan Cosplay ACG & e-Sukan pada malam pertama, sebuah pesta muzik tarian elektronik (EDM) yang menampilkan rapper Korea Gary dan Spray pada malam kedua, dan persembahan muzik yang menampilkan kumpulan muzik dan artis tempatan yang popular pada malam ketiga.

Tiket masuk lengkap adalah berharga HK$50. Pemegang tiket bagi Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong akan juga berhak kepada kemasukan percuma ke Ani-Com & Games Hong Kong pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival e-Sukan & Muzik Hong Kong, sila layari laman web berikut: www.emfhk.com.

AKHIR

Hubungi
Vivian Lai 
vivian.lai@hktb.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005306/en

Sumber : Lembaga Pelancongan Hong Kong

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.