|
|
|
|
|
|
@BACTLAB(TM), PERKHIDMATAN PENGIRAAN KOLONI BAKTERIA, KINI TERSEDIA DI SELURUH DUNIA
Monday 05/08/2019
AsiaNet 79935
TOKYO, 5 Ogos, 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ -- Nissui Pharmaceutical Co., Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa @BactLAB(TM), sebuah aplikasi yang menggunakan teknologi Awan Amazon Web Service (AWS) dan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan pengiraan pantas dan mudah ke atas koloni bakteria, kini tersedia untuk pengguna CompactDry(TM) di luar negara. Pelancaran bagi aplikasi ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat itu dalam melabur secara aktif di dalam bidang pertumbuhan baharu untuk tujuan menyumbang kepada pembangunan pasaran luar negara dan proses kawalan kualiti berhubung dengan kebersihan makanan.
(Logo 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105074/201907319276/_prw_PI1fl_1Mft9204.jpg) (Logo 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/201907319276-O2-u1982f9w) Sejak Ogos 2018, sebilangan terhad pelanggan Nissui Pharmaceutical di luar negara telah menguji dan menggunakan @BactLAB(TM), satu aplikasi kaunter koloni yang dibangunkan secara eksklusif untuk CompactDry(TM), satu medium yang mudah untuk digunakan bagi mengukur jumlah bakteria dan juga produk syarikat itu yang paling penting bagi pelanggan di luar negara. Semasa fasa ini, ia telah membuat beberapa penambahbaikan kepada aplikasi itu, seperti pengiraan koloni dengan lebih pantas, mengumpul dan menggunakan data pembelajaran AI, ciri-ciri kemudahan baharu dan fungsi tambahan, kesemuanya kini telah dimasukkan di dalam perkhidmatan yang dikeluarkan itu.
Laman web rasmi @BactLAB(TM): https://www.nissui-pharm.co.jp/english/products/global/bactlab/ Aplikasi boleh didapati di: Google Play / Apple Store / Amazon Appstore / Perkhidmatan Dalam Talian (Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/201907319276-O3-TipIpw4F) Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan @BactLAB(TM) - Pengiraan automatik dikira dengan akses awan global, yang tersedia pada berbilang peranti (Komputer Meja / Android / iPhone) - Fungsi awan storan bagi data yang dikira - Laporan yang boleh dieksport (dalam format fail .csv atau fail .jpg) - Menyokong Chat Bot pada laman web rasmi * Perkhidmatan ini adalah merupakan satu aplikasi yang direka secara eksklusif untuk pelanggan CompactDry(TM). * Sebuah persekitaran Wi-Fi disyorkan apabila menggunakan aplikasi telefon pintar itu. * Bergantung kepada imej sasaran, mungkin terdapat ralat pengiraan sehingga 8%. * Satu keputusan kiraan koloni sebanyak “0” tidak menunjukkan satu hasil negatif. * Nissui Pharmaceutical tidak bertanggungjawab terhadap keputusan analisis yang disediakan oleh perkhidmatan ini.
(Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105074/201907319276/_prw_PI4fl_D1wtD48F.png) * Google, Google Play, Android dan tanda lain seperti itu adalah merupakan tanda dagangan bagi Google Inc. * Apple dan logo Apple adalah merupakan tanda dagangan bagi Apple Inc. yang berdaftar di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. App Store, AppleCare dan iCloud adalah merupakan tanda perkhidmatan bagi Apple Inc. (TM) dan (R) Apple Inc. Semua hak cipta terpelihara. * Amazon dan Perkhidmatan Web Amazon adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Amazon.com, Inc. atau ahli gabungannya. SUMBER: Nissui Pharmaceutical Co., Ltd.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|