ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  "MUZIUM JAPAN MEDIA ARTS DISTRIBUTED" DIBUKA DI KIRA-KIRA 10 LOKASI

Friday 06/09/2019



AsiaNet 80362
 
SAPPORO, Jepun dan TOKYO, 6 Sept., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Pameran Seni Baharu Diilhamkan oleh Artifak Kebudayaan Serantau yang Menunjukkan Daya Tarikan Budaya Jepun –
 
Pejabat Muzium Japan Media Arts Distributed dengan bangganya ingin mengumumkan pembukaan sebuah pameran, “Muzium Japan Media Arts Distributed,” di kira-kira 10 buah lokasi, termasuk lapangan terbang di Jepun, sebagai sebahagian daripada satu inisiatif baharu yang dibiayai oleh Cukai Pelancong Antarabangsa oleh Agensi bagi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun. Sebagai usaha pertama bagi inisiatif ini, pejabat itu memulakan langkah dengan pemasangan sebuah video berskala besar dan sebuah seni tingkap hiasan bermula pada Jumaat, 30 Ogos, tahun pertama bagi Reiwa (2019) di Dataran Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu.
 
Pameran itu menandakan permulaan bagi satu inisiatif baharu untuk pelawat ke Jepun yang diberi nama “Inisiatif penyebaran seni media kebudayaan Jepun di lapangan terbang dan institusi lain” oleh Agensi bagi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun.
 
Artis-artis dan pencipta yang tampil dalam pameran ini merakamkan sumber-sumber kebudayaan yang dihasilkan daripada pelbagai kebudayaan tempatan melalui perspektif baharu. Dengan mempamerkan hasil karya bagi seni media di tempat-tempat seperti lapangan terbang, yang berfungsi sebagai pintu masuk ke wilayah-wilayah ini, pejabat itu menjemput pelawat untuk menerokai semangat yang sebenar bagi budaya ini di sepanjang perjalanan mereka.
 
Di Lapangan Terbang Chitose Baharu, karya seni animasi oleh syarikat kreatif “NAKED” yang menonjolkan budaya asli kaum minoriti etnik Ainu dipamerkan di Dataran Ketibaan Antarabangsa. Kaum Ainu itu menggunakan nama “kamuy” untuk merujuk kepada haiwan, alam, dan kebanyakan fenomena yang berada di luar pemahaman manusia. Animasi itu merakamkan ciri-ciri Hokkaido yang menakjubkan di mana pelbagai “kamuy” patuh dan berpegang kepadanya. Kisah itu mengalu-alukan pelawat dari wilayah lain dan menyatakannya semangat kaum Ainu. Selain itu, satu karya seni hiasan yang diilhamkan oleh corak Ainu tradisional dipamerkan di tetingkap dataran, sekali gus merubah Dataran Ketibaan Antarabangsa itu menjadi sebuah pintu masuk ke budaya Jepun dengan mempromosikan “seni media bertemu budaya Ainu”.
 
* Pameran ini dipaparkan di dalam Dataran Ketibaan Antarabangsa, dan tidak boleh dilihat oleh orang awam. Hanya penumpang yang tiba pada penerbangan antarabangsa sahaja yang dapat melihat pameran ini. Maklumat lain, termasuk pameran pada masa hadapan di lapangan terbang lain, akan diumumkan apabila butirannya disahkan.
 
Gambaran Keseluruhan bagi Pameran di Lapangan Terbang Chitose Baharu
Tarikh: Pembukaan pada Jumaat, 30 Ogos, 2019, tahun pertama bagi Reiwa (2019)
Lokasi: Lapangan Terbang Chitose Baharu (Bandar Raya Chitose, Hokkaido) Dataran Ketibaan Antarabangsa
Kandungan: Hasil seni yang diilhamkan oleh budaya Ainu termasuk pemasangan sebuah video berskala besar (pada ketinggian 15 meter) yang disampaikan oleh NAKED dan sebuah seni tingkap hiasan yang menggabungkan corak-corak Ainu tradisional
 
Laman web rasmi: https://jmadm.jp/en/
 
Untuk butiran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201909040418-O1-nsrWUm3y.pdf
 
Sumber: Pejabat Muzium Japan Media Arts Distributed 
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.