ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PENENTUAN MUKTAMAD KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI LAMBAKAN MENGENAI IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND

Tuesday 24/09/2019



KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pada 29 Mac 2019, Kerajaan Malaysia telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti anti-lambakan bagi import cellulose fibre reinforced cement flat dan pattern sheets (FCB) yang berasal atau dieksport dari Thailand. Penyiasatan tersebut adalah berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Hume Cemboard Industries Sdn. Bhd. (HCI) bagi pihak industri domestik yang menghasilkan FCB. Industri domestik mendakwa bahawa import FCB dari Thailand diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan dalam pasaran domestik dan ini terus menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan yang menghasilkan keluaran serupa walaupun dengan adanya pengenaan duti anti-lambakan. 

Mengikut subseksyen 28(8) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-lambakan, 1993 (Akta), kajian semula pentadbiran ini telah dijalankan oleh Kerajaan untuk menentukan sama ada: 

(a) pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan adalah perlu untuk mengimbangi lambakan; atau/dan

(b) kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang sekiranya duti anti-lambakan ditamatkan atau diubah.

Kerajaan telah menjalankan penyiasatan terperinci ke atas pengeluar dan pengimport di Malaysia, serta pengeluar/pengeksport dari Thailand mengikut Akta. Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan pengenaan duti anti-lambakan terhadap import FCB dari Thailand seperti berikut:

Table

Kutipan duti anti-lambakan akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia selama lima (5) tahun, mulai 24 September 2019 hingga 23 September 2024. Adalah diharapkan bahawa dengan penerusan pengenaan duti anti-lambakan terhadap import FCB dari Thailand akan menangani isu amalan perdagangan yang tidak adil.

Pihak yang berkepentingan seperti pengeluar dan pengimport tempatan serta pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan yang berkaitan dengan penyiasatan ini boleh mendapatkan salinan laporan penentuan muktamad versi tidak sulit dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti berikut:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon : (603) 6208 4631/4632/4637
No. Faksimili : (603) 6211 4429
Emel : alltps@miti.gov.my


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
24 September 2019

Tentang MITI:
MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tel : +603 6200 0082
Fax : +603 6206 4293
E-mail : allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.