ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  UNISYS AKAN BANTU MALAYSIA AIRLINES PERLUASKAN OPSYEN TEMPAHAN KARGO UDARA SECARA DALAM TALIAN

Tuesday 24/09/2019



Table
Unisys bantu Malaysia Airlines perluaskan opsyen tempahan kargo udara mereka secara dalam talian

AsiaNet 80699

KUALA LUMPUR, 24 September 2019/Medianet International-AsiaNet/--
 
Saluran dalam talian tambahan untuk menyediakan semua jenis pelanggan dengan satu pilihan  untuk mengakses perkhidmatan kargo udara Malaysia Airlines dengan pengalaman yang lancar

Unisys Corporation (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa ia akan membantu MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) http://www.maskargo.com/, bahagian kargo bagi Malaysia Airlines, memperluaskan rangkaian pilihan tempahan kargo mereka dengan satu perkhidmatan tempahan dalam talian yang baharu yang membolehkan semua jenis pelanggan untuk mengakses dengan mudah perkhidmatan kargo syarikat penerbangan itu, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, melalui laman web syarikat penerbangan itu.

Perkhidmatan baharu itu di laman web tersebut menyediakan satu opsyen dalam talian yang mudah untuk digunakan bagi pelanggan yang secara tradisinya menggunakan kaedah luar talian untuk menempah penghantaran kargo, sekali gus membolehkan mereka untuk mengakses dengan mudah dan lancar ruang inventori MASkargo, membeli perkhidmatan dan menjejaki penghantaran 24x7. Ia menambahkan strategi pengagihan dalam talian MASkargo pada masa ini yang didasarkan kepada tempat pasaran global bebas Portal Digi https://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/Executive%20Brief/digi-portal-id-3116, bagi memberikan pelanggan dengan pilihan untuk mengakses inventori secara langsung melalui laman web syarikat penerbangan itu atau melalui tempat pasaran, dengan menawarkan suatu pengalaman pelanggan dengan saluran semua arah yang berkualiti tinggi tanpa mengira bagaimana perkhidmatan kargo itu diakses. Menggalakkan lebih banyak pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan tempahan dalam talian adalah satu langkah penting di dalam transformasi digital syarikat penerbangan itu.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada Julai 2019, Unisys akan menyediakan perkhidmatan integrasi sistem Digi-Connect https://assets.unisys.com/Documents/Microsites/Digistics/EX_180074_DigiConnect.pdf
untuk menghubungkan laman web syarikat penerbangan itu ke penyelesaian pengurusan logistik digital kargo udara teras Unisys Digistics(TM) https://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/digistics-(logistics-solutions). Ini akan membolehkan akses tepat masa ke kapasiti kargo, kadar dan penjejakan MASkargo melalui penyambungan XML/API untuk memastikan suatu pengalaman saluran semua arah tanpa mengira kaedah dalam talian yang digunakan.
 
“Pelanggan kini mempunyai keupayaan untuk mengakses, membeli dan menjejaki perkhidmatan kargo kami dengan mudah dari saat tempahan dibuat sehingga kepada penghantaran. Cara baharu itu untuk mengakses inventori kami melalui laman web kami memastikan pengalaman saluran semua arah, tanpa mengira kaedah mana yang digunakan oleh pelanggan,” kata Ibrahim Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo.

MASkargo adalah ejen pengendalian bumi kargo terbesar di Malaysia dan mengendalikan lebih daripada 30 pelanggan syarikat penerbangan di Pusat Kargo Lanjutan mereka. Syarikat penerbangan itu menggunakan sistem pengurusan logistik berasaskan awan Unisys Digistics untuk menguruskan perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsa mereka.

Rick Mayhew, naib presiden dan pengurus besar, Unisys Asia Pasifik berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan MASkargo untuk menyediakan pengalaman saluran semua arah yang berkualiti tinggi bagi semua jenis pelanggan kargo. Selain itu, mengintegrasikan laman web syarikat penerbangan itu dengan keupayaan analisis lanjutan bagi penyelesaian logistik digital Digistics kami akan memastikan MASkargo berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin meningkat.”

Unisys mempunyai lebih daripada 55 tahun pengalaman di dalam menyediakan penyelesaian IT berinovatif untuk industri perjalanan dan pengangkutan. Sembilan daripada 10 syarikat penerbangan utama bergantung pada penyelesaian Unisys. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran perjalanan dan pengangkutan Unisys, sila klik di sini.
http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari http://www.unisys.com/
 
Ikuti Unisys di Twitter: http://twitter.com/UnisysCorp  dan
LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/unisys
 
SUMBER: Unisys
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=345854
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.