ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​SELAYANG PANDANG BAGI INDUSTRI TRANSIT REL GLOBAL YANG BAKAL BERMULA -- EKSPOSISI INDUSTRI TRANSIT REL & PEMBUATAN PERALATAN ANTARABANGSA CHINA PERTAMA YANG AKAN DIADAKAN DI CHANGSHA

Friday 18/10/2019


Kereta api apungan magnetik pertama dibangunkan sendiri oleh China untuk kegunaan komersil



AsiaNet 81099

CHANGSHA, China, 18 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--


Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2019 (Ekspo InteRail) akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Changsha di Wilayah Hunan di Tengah China dari 18 hingga 20 Oktober, 2019. Bertemakan “Kereta Api Pintar Menghubungkan Masa Depan”, ekspo itu akan mempamerkan teknologi dan inovasi baharu yang bakal ditawarkan oleh sektor transit rel dan pembuatan peralatan global. Daripada lapan pengeluar terbesar dunia bagi kenderaan dan kelengkapan transit rel, CRRC, Bombardier, Siemens, dan Wabtec telah mengesahkan kehadiran mereka, demikian menurut Jawatankuasa Penganjur bagi Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China.

Kira-kira 400 pempamer dan lebih daripada 2,500 ahli perniagaan akan berkumpul di dewan pameran yang berukuran 54,000 meter persegi itu, bersama-sama dengan anggaran lebih daripada 20,000 orang hadirin. Bakal dipamerkan adalah kenderaan transit rel dan bahagian bawahnya, reka bentuk kejuruteraan dan perkhidmatan ujian, dan peralatan bagi membina kereta api, terowong, dan jambatan, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam bagi sebuah bandar raya pintar, dan meningkatkan pemprosesan dan automasi ketepatan, antara lain. Dalam acara sampingan, satu sidang kemuncak dan sesi mencari padanan akan diadakan bagi kalangan profesional, dan Direktori bagi Permintaan Bakat peringkat Tinggi di dalam Industri Transit Rel dan Pembuatan Peralatan yang pertama seumpamanya akan dikeluarkan.

Semasa ekspo itu, peserta perniagaan akan dijemput oleh pihak penganjur untuk melawat Zhuzhou, sebuah bandar raya Hunan dan syarikat-syarikat penting yang berpangkalan di wilayah itu dengan menaiki kereta api apungan magnetik dan transit cepat rel berautonomi. Acara itu dijangka disertai oleh pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil persatuan perniagaan dan perusahaan dari hampir 20 buah negara, termasuk Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Romania, Switzerland, Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, Laos, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Nigeria dan Ghana.

Sejak tahun 2016, ketika pendahulunya - Ekspo Industri Transit Rel Antarabangsa China (Hunan) - dilancarkan, Ekspo InteRail kini telah muncul sebagai satu-satunya pameran peringkat negeri di China di dalam dunia transit rel dan pembuatan peralatan yang mensasarkan pasaran global. Ini akan membolehkan Hunan untuk membawa bersama lebih banyak sumber yang melibatkan industri-industri ini, agar dapat menjadikan wilayah itu terkenal di seluruh dunia sebagai lembah kuasa China. Ekspo itu diadakan setiap dua tahun dan mengaturkan Pameran Perdagangan Antarabangsa untuk Teknologi Pengangkutan yang diadakan dua tahun sekali, yang berlangsung di Berlin, Jerman.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China.

Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=347906

-- BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.