ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  70 TAHUN DALAM KEGEMILANGAN -- SHAANXI DALAM PANDANGAN MEDIA LUAR NEGERI 2019 DIADAKAN PADA 14-17 OKTOBER

Wednesday 23/10/2019



Table
Kumpulan temu duga media memerhatikan Kumpulan Kenderaan Komersil Automobil  Shaanxi 


AsiaNet 81206 

XI'AN, China, 23 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pada 14 Oktober, 2019, Shaanxi dalam Pandangan Media Luar Negeri 2019, yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi, telah dilancarkan di Xi'an. Sepanjang empat hari, satu kumpulan temu duga, yang terdiri daripada wartawan dari agensi-agensi media luar negeri seperti Agensi Pressphoto Eropah, Televisyen Basque dari Sepanyol, dan Asia Economy dari Korea Selatan, dapat melihat contoh-contoh mengenai pembangunan pesat dan perubahan dalam pembuatan perindustrian dan pertanian di Shaanxi, serta di dalam perlindungan alam sekitar, budaya dan sukan, dan sebagainya.

Kumpulan temu duga itu telah melawat Xi'an, Baoji, Weinan, dan Zon Demonstrasi Industri Teknologi Tinggi Pertanian Yangling, serta beberapa tempat lain. Mereka juga telah melawat ke beberapa perusahaan dan taman-taman, termasuk Kumpulan Kenderaan Komersil Automobil Shaanxi, Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an dan Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling. Pembangunan bagi industri automobil, penyebaran bagi pertanian moden dan amalan pertanian profesional di wilayah itu telah menarik perhatian khusus dari wakil-wakil media luar negeri.

Di Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an, wartawan telah melawat bengkel pengeluaran kereta tenaga baharu. Anggota kumpulan itu telah menikmati satu pandu uji  di dalam kereta tenaga baharu generasi baru BYD -- Tang EV. “Perusahaan-perusahaan ini telah berkembang dengan baik, yang mengagumkan saya,” kata PARK SUN MI, seorang wartawan dari Asia Economy dari Korea Selatan, “Saya telah melakukan satu pandu uji di dalam kereta tenaga baharu BYD. Ia sungguh dinamik dan sangat berkuasa, serta mesra alam sekitar.”

Encik Sin, ketua pemberita dengan KCNA di China, berkata, “Input yang sangat besar ke dalam tenaga baharu di China tidak dapat dipisahkan daripada langkah-langkah perlindungan alam sekitar yang dimulakan oleh kerajaan. Satu pengertian mengenai perkembangan dalam industri kereta Shaanxi telah menunjukkan kepada saya mengenai pertumbuhan ekonomi orang China.”

Di Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling, wartawan telah memerhatikan contoh-contoh mengenai perkembangan pertanian moden di China apabila mereka berpeluang untuk merasakan sebahagian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di rumah hijau. Maryna Belkova dari majalah Rusia dan China berkata: “Di Yangling, saya telah melihat banyak teknologi mengerjakan dan penanaman termaju, dan saya akan melaporkan pemerhatian ini. Saya berharap China dan Rusia akan terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama di dalam bidang pertanian.”
 
SUMBER: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=348639

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.