PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

November 23, 2019 -Sabtu

 
  YES (YIELD ENGINEERING SYSTEMS, INC.) BEKERJASAMA DENGAN ICONNICS/PROTEC; MEMBUKA PUSAT PERKEMBANGAN DAN DEMO PELANGGAN DI KOREA

Friday 08/11/2019



Syarikat terus mengembangkan kewujudan dalam APAC untuk menyediakan pelanggannya dengan kitaran pembelajaran yang lebih cepat

LIVERMORE, Calif., 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YES (Yield Engineering Systems, Inc.), sebuah pengilang kelengkapan proses terkemuka bagi pembungkusan canggih semikonduktor, sains hayat dan pasaran “more-than-Moore”, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan ICONNICS, Inc. dan Protec Co., Ltd. untuk membuka pusat perkembangan dan demo pelanggan baharu di Incheon, Korea. Menerusi perkongsian ini, YES sedang meningkatkan kewujudannya di rantau Asia Pasifik dengan membawa produk bersih, salut dan awet mereka secara terus kepada pelanggan, membolehkan mereka mencapai kitaran pembelajaran yang lebih cepat untuk mengembangkan dan melancarkan proses baharu dengan pantas kepada pengilangan bervolum tinggi.

“YES terus memperoleh tarikan dalam pasaran pembungkusan canggih, semikonduktor kompaun, sains hayat dan penyalutan optikal di Korea. Kami berasa gembira untuk bekerjasama ICONNICS dan Protec untuk mengembangkan lagi kewujudan kami di Asia dan membawa faedah produk kami kepada pelanggan bersama,: kata Ken MacWilliams, Ketua Pegawai Eksekutif YES. “Kami menanti-nantikan untuk membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan Korea kami dengan melabur dalam perkembangan canggih dan pusat demo dalam negara yang menyediakan mereka akses kepada teknologi dan perkhidmatan YES yang menyokong peta perjalanan termaju.” 

ICONNICS dan Protec ialah pembekal kelengkapan pengilangan semikonduktor di Korea yang terkemuka. Dengan kerjasama ini, YES akan mengembangkan pangkalan pelanggannya, menjalinkan hubungan lebih rapat dengan pelanggan penting dan menyediakan kebolehan proses tempatan. ICONNICS dan Protec akan mampu menyediakan portfolio yang lebih besar bagi produk bersih, salut dan awet dan perkhidmatan berkaitan kepada pelanggan mereka.

“Kami berasa sukacita untuk menjadi rakan kongsi ketua industri seperti YES untuk membekalkan pasaran Korea dengan produk inovatif yang kami percaya akan menambah baik kos pemilikan dan keberkesanan proses pelanggan,” kata Sean Lee, presiden ICONNICS. 

Produk kemegahan YES, sistem VertaCure, menyediakan faedah ketara pembungkusan canggih generasi seterusnya. Faedah ini termasuklah penambahbaikan sebanyak ~50% pada masa pengawetan, ~30% kos pemilikan lebih rendah, kualiti filem lebih baik dan ketahanan lebih tinggi. Penggunaan biasa ialah pengawetan polimida, BCB atau PBO, sepuh lindap ikatan wafer kepada wafer, sepuh lindap vakum, dan pembakaran sebelum besi atau sebelum PVD dan nyahgas.

“Kami terus mengalami perkembangan kukuh dalam perniagaan pembungkusan canggih kami. Dengan bekerjasama dengan YES untuk membuka pusat perkembangan dan demo pelanggan di Korea, kami berjaya menyediakan kecanggihan terkini dalam teknologi bersih, salut dan awet kepada pelanggan penting kami untuk membantu mereka mengembangkan dan melancarkan proses baharu dan juga mengembangkan perniagaan kami dengan pantas,” kata JS Park, pengarah kanan di Protec. 

Tentang YES

YES (Yield Engineering Systems, Inc.) ialah pengilang terkemuka bagi kelengkapan berteknologi tinggi dan mesra kos untuk mentransformasi permukaan, bahan dan antara muka.  Barisan produk syarikat termasuklah ketuhar pengawetan vakum bersuhu tinggi, sistem enapan wap kimia (CVD), dan alatan punaran plasma yang digunakan untuk pengubahsuaian permukaan yang tepat dan penyalutan filem nipis bagi wafer semikonduktor, peranti semikonduktor dan MEMS, biosensor dan substrat perubatan. Dengan YES, pelanggan daripada syarikat pemula sehinggalah syarikat Fortune 100 boleh mencipta dan membuat pengeluaran secara bervolum dalam pasaran yang luas, termasuklah Pembungkusan Canggih, MEMS, Realiti Terimbuh/Realiti Mata dan Sains Hayat. Ibu pejabat YES terletak di San Francisco Bay Area dengan pejabat di Livermore dan Fremont dan kewujudan global yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut tentang YES, sila lawati www.yieldengineering.com

MAKLUMAT HUBUNGAN 

yes@bocacommunications.com 

SUMBER: YES

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.