ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AGROBANK LANCAR VISI DAN MISI BAHARU SEMPENA SAMBUTAN KEMUNCAK 50 TAHUN BANK

Friday 08/11/2019


YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri (tengah) merasmikan visi dan misi baharu Agrobank sempena dengan Sambutan Jubli Emas Agrobank sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (kanan) dan Pn. Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (kiri).



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Agrobank melancarkan visi dan misi baharu Bank sempena sambutan kemuncak 50 tahun pada 7 November 2019. Agrobank. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri sambil disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas  Tani dan Khadijah Iskandar, penanggung tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
 
Menurut Khadijah Iskandar, pelancaran visi dan misi baharu Agrobank ini adalah tepat pada masanya yang menandakan kesediaan kami untuk lebih ke hadapan dalam memberi sokongan akses kewangan yang holistik kepada pelbagai segmen serta komuniti pertanian.  Ini bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan makanan negara terjamin dengan memberi peluang untuk lebih ramai agropreneur mengembangkan perniagaan mereka.  
 
“Dengan visi ‘memperkasakan pertanian melangkaui perbankan’ serta dengan misi ‘meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh’, menandakan kami bersedia untuk membangun dalam memajukan sektor pertanian negara,” kata Khadijah.
 
“Menerusi visi dan misi ini, kami akan terus menyalurkan solusi perbankan yang baik dalam mencipta nilai dan impak positif kepada komuniti, ekonomi, persekitaran dan pihak-pihak berkepentingan kami sejajar dengan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi perantaraan berasaskan nilai atau value based intermediation (VBI),” tambah Khadijah.
 
Seiring dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam mengurangkan jurang di antara penduduk bandar dan luar bandar, pertanian dilihat mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memperkukuhkan ekonomi negara. Justeru, Agrobank akan sentiasa menyokong usaha kerajaan bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini dapat dicapai sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih berdaya saing melalui pengukuhan sektor pertanian.
 
Malam gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama lebih 400 orang tetamu daripada pelbagai kementerian, agensi, pihak berkepentingan, rakan strategik dan pelanggan Agrobank.

Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: AGROBANK 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
E-mel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama:Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766 
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.