ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BERNAMA PERJELAS KEKECOHAN DI FORUM ASLI TIDAK MELIBATKAN WARTAWANNYA

Friday 08/11/2019



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BERNAMA ingin menjelaskan bahawa wartawannya tidak terlibat dalam kekecohan  yang mengakibatkan kecederaan  pada Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Melissa Ong  di Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdagangan Asli-Rusia di Kuala Lumpur pagi tadi.

Sebenarnya seorang lelaki  telah menyamar sebagai wartawan Bernama untuk menghadiri  forum berkenaan.

Berikutan kejadian itu, BERNAMA telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu kerana menyamar sebagai wartawan Bernama.

Bernama ingin merakamkan kekesalan atas kejadian yang menimpa CEO Asli itu yang terpaksa mengalami  kesakitan atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bernama ingin menegaskan bahawa semua wartawannya sentiasa mempunyai akreditasi yang sah dan penganjur sesuatu majlis atau acara disaran supaya menyemak atau meminta wartawan  membuktikan akreditasi mereka.

SUMBER: BERNAMA

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.