|
|
|
|
|
|
FESTIVAL FILEM ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG NEW CHITOSE KE-6 DARI 1 HINGGA 4 NOVEMBER
Monday 25/11/2019
AsiaNet 81777 SAPPORO, Jepun, 25 Nov., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose Baharu selama empat hari, dari 1 hingga 4 November, 2019.
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201911193697?p=images) Sebahagian daripada festival filem pada tahun ini telah diadakan sebagai satu acara pembukaan bagi Dewan Portom, sebuah kemudahan baharu di bangunan terminal antarabangsa di Lapangan Terbang New Chitose. Selepas majlis memotong riben bagi Dewan Portom itu, dua filem pendek yang dihasilkan oleh festival itu telah ditayangkan pada upacara perasmian bagi festival itu. Kedua-dua filem itu dibuat bagi visi 330 inci/4K yang dipanggil sebuah Simbol Digital yang dirakam di ruang menunggu di terminal antarabangsa. Filem pertama, “Sagashimono” (Perkara Yang Anda Cari), telah dihasilkan oleh Project, sebuah unit penerbit Jepun, sementara yang kedua, “Fly Me to HOKKAIDO” telah diarah oleh TOCHKA. Project telah bercakap mengenai filem itu pada majlis perasmian manakala TOCHKA melakukan satu persembahan secara langsung dengan membuat animasi bersama dengan peserta majlis.
Semasa festival filem itu, pelbagai program telah diadakan, termasuk penayangan hasil kerja jemputan di Teater Lapangan Terbang New Chitose dan program bual bicara oleh pencipta jemputan dari Jepun dan luar negara di tingkat 4 di bangunan terminal domestik. Selain itu, pameran dan acara e-sukan telah diadakan di Center Plaza (di tingkat 2 di terminal domestik), yang sesak dengan pengunjung.
Tayangan pertandingan itu, acara utama bagi festival itu, merangkumi 91 filem yang dipilih dengan teliti daripada lebih 2,200 karya yang dikemukakan (termasuk filem pendek dan filem cereka). Satu majlis penganugerahan telah diadakan pada hari terakhir, 4 November. Anugerah Grand Prix (Filem Pendek) telah dianugerahkan kepada “Acid Rain” oleh artis Poland Tomek Popakul. Bagi pembuat filem itu, ini adalah Grand Prix kedua pada festival itu. Popakul berkata dalam ucapan beliau, “Saya amat terkejut. Festival filem ini adalah satu tempat yang penting dan tempat kegemaran untuk saya.” Anugerah Grand Prix (Filem Cereka) dimenangi oleh “I Lost My Body” oleh Jeremy Clapin (Perancis). Kesemua karya yang menang boleh didapati di laman web rasmi festival itu (http://airport-anifes.jp/en).
Festival Filem Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose ke-6 telah mencapai satu kejayaan besar dengan kehadiran 43,000 orang pengunjung, jumlah paling tinggi dalam sejarah.
SUMBER: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang New Chitose --BERNAMA |
|
|
|
|
|