PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 15, 2019 -Ahad

 
  ​TOSHIBA MENGELUARKAN PENGAWASAN HDD 6TB UNTUK PLATFORM DVR DAN NVR

Tuesday 03/12/2019



Siri Pengawasan HDD DT02-V, kepadatan kawasan tinggi Pengawasan HDD 6TB, menawarkan kebolehpercayaan yang lebih baik

TOKYO, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) mengumumkan Siri Pengawasan HDD DT02-V, siri baharu mereka yang dicipta bagi platform perakam video digital (DVR) dan perakam video rangkaian (NVR).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005302/en/

Table
Toshiba: Siri Pengawasan HDD DT02-V, kepadatan kawasan tinggi Pengawasan HDD 6TB (Foto: Business Wire)
 
Siri baharu itu menggunakan teknologi rakaman magnetik terkini untuk mencapai kepadatan kawasan tinggi, sekali gus membantu meningkatkan kebolehpercayaan berbanding dengan Siri MD04ABA-V yang terdahulu. Dengan kapasiti1 sehingga 6TB, Siri DT02-V baharu itu menyokong maksimum 32 saluran2 kamera beresolusi tinggi dan sesuai untuk digunakan di dalam platform pengawasan DVR dan NVR yang terkemuka dengan sebanyak lapan petak pemacu.

“Produk keluarga pengawasan HDD terbaharu kami, Siri DT02-V itu, menyampaikan sehingga 6TB kapasiti penyimpanan, dan direka untuk digunakan dengan platform pengawasan DVR dan NVR yang terkemuka,” kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Jualan & Pemasaran Produk Penyimpanan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. “Ia juga menyediakan pelbagai pilihan kapasiti sambil meningkatkan kebolehpercayaan untuk aliran video pengawasan beresolusi tinggi.”

Siri DT02-V itu direka untuk operasi 24/7 yang stabil pada suhu HDD setinggi 40ᵒC untuk kitaran 600,000 beban/punggah, pada beban kerja3 terkadar 180TB setahun. Ciri-ciri lain termasuk sebuah antara muka4 SATA 6Gbit sesaat dengan sebuah cache 128MiB untuk membantu mengurangkan penurunan frame, dan sebuah platform mekanikal yang teguh yang direka untuk mencapai MTTF5 1 juta jam.
Sampel bagi Siri DT02-V 4TB boleh didapati mulai hari ini, sampel 6TB akan dirancang dari Januari 2020, dan sampel 2TB dijangka akan tersedia pada Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html

1 Definisi bagi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1 000 000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1 000 000 000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1 000 000 000 000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2 = 1 073 741 824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang berkurangan. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian pra-pemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenarnya yang diformat mungkin berbeza.
2 Bilangan keupayaan sokongan kamera pengawasan ditakrifkan oleh simulasi prestasi dengan kamera Definisi Tinggi pada kadar 4Mbit sesaat. Keputusan sebenar mungkin berbeza berdasarkan kepada pelbagai faktor, termasuk jenis kamera yang dipasang, keupayaan perkakasan dan perisian bagi sistem itu, dan teknologi pemampatan video yang digunakan, serta pembolehubah sistem seperti resolusi, frame sesaat, dan tetapan lain.
3 Beban kerja adalah satu ukuran bagi data pada sepanjang tahun, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh perintah dari sistem hos.
4 Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
5 MTTF (Masa Min kepada Kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk yang mungkin tidak mencerminkan operasi sebenar secara tepat. Hayat operasi sebenar bagi produk mungkin berbeza daripada MTTF.
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191202005302/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.