PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 15, 2019 -Ahad

 
  EVERBRIDGE DIPILIH UNTUK MENJANAKAN PLATFORM AMARAN BENCANA SELURUH NEGARA DI PERU BAGI 37 JUTA PENDUDUK DAN PELAWAT TAHUNAN

Tuesday 03/12/2019



Table

(Foto: Business Wire)


Kejayaan di Peru Memperkuatkan Kepimpinan Global bagi Everbridge di dalam Amaran Penduduk dengan Kontrak di seluruh Negara di wilayah Amerika, EMEA, dan APAC



BURLINGTON, Mass., 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everbridge, Inc.  (NASDAQ: EVBG), pemimpin dunia di dalam pengurusan acara kritikal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi (MTC) Peru untuk menjanakan Sistema de Mensajería de Alerta Temprana de Emergencia (Sismate) negara itu, iaitu Sistem Pesanan Kecemasan Amaran Awal Peru. Berita itu menandakan penyelesaian rundingan kontrak dengan MTC yang Everbridge telah mula-mula dedahkannya pada September, tanpa menamakan negara berkenaan. Kejayaan itu memperkuatkan kedudukan Everbridge sebagai pemimpin dunia di dalam sistem amaran penduduk dengan mempunyai kontrak di wilayah Amerika, EMEA, dan APAC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005296/en/ 

Selepas Sismate itu dikerahkan, ia akan diaktifkan apabila Institut Kebangsaan bagi Pertahanan Awam Peru mengesan satu kejadian besar. Sistem itu, yang dikuasakan oleh Amaran Awam Everbridge, akan menghantar pesanan penting kepada telefon bimbit sebelum, semasa dan selepas kecemasan itu. Amaran Sismate boleh juga digunakan di dalam latihan dan untuk memberi sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat. Sismate itu direka untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 37 juta orang termasuk 33 juta penduduk Peru dan 4 juta pengunjung tahunan.

“Teknologi ini menandakan satu peristiwa penting di dalam pengurusan risiko dan bencana di peringkat kebangsaan, yang akan disatukan dengan menggabungkan usaha bersama di antara pelbagai institusi dan rakyat,” kata Timbalan Menteri Komunikasi Virginia Nakagawa kepada El Economista.

“Everbridge merasa dihormati untuk menyokong Peru dengan sistem amaran kebangsaan mereka,” kata David Meredith, Ketua Pegawai Eksekutif di Everbridge. “Peru menyertai sejumlah negara yang bilangannya semakin meningkat yang telah memilih untuk bergandingan dengan Everbridge untuk melaksanakan sebuah sistem di seluruh negara bagi melindungi penduduk dan pelawat mereka di tengah-tengah persekitaran ancaman yang semakin meningkat.”

Platform Everbridge itu telah digunakan oleh lebih banyak kerajaan tempatannegeri, dan negara merentasi seluruh dunia berbanding dengan penyelesaian lain, dengan menawarkan keupayaan untuk menjangkau ke lebih dari 500 juta orang di lebih 200 buah negara. Di samping Peru, Amaran Awam Everbridge telah digunakan untuk menjangkau ke populasi mudah alih pada skala ke seluruh negara di SwedenIceland, Belanda, Singapura, Greece, dan beberapa negeri terbesar di India, dan pada masa ini sedang dilaksanakan di Australia. Everbridge adalah penyedia amaran penduduk yang pertama untuk menyokong empat negara Kesatuan Eropah bersempena dengan mandat EU baru-baru ini yang memerlukan negara-negara anggota untuk mempunyai sebuah sistem amaran ke seluruh penduduk menjelang Jun 2022.

Amaran Awam Everbridge merupakan satu-satunya penyelesaian berbilang saluran yang membolehkan negara-negara untuk menggerakkan gabungan kaedah komunikasi kecemasan pilihan mereka. Sistem amaran penduduk Everbridge berkomunikasi merentas semua fasa bagi sesuatu kejadian, memanfaatkan kecerdasan lokasi (lokasi statik, lokasi terakhir diketahui, dan lokasi yang dijangkakan), menyediakan komunikasi dua hala yang diarahkan, dan membolehkan negara-negara untuk menggabungkan kedua-dua kelajuan penghantaran makluman dengan jangkauan yang paling luas untuk meliputi penduduk dan pelawat sepenuhnya.

Maklumat mengenai Everbridge

Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG) adalah sebuah syarikat perisian global yang menyediakan aplikasi perisian perusahaan yang mengautomatik dan mempercepatkan tindak balas operasi organisasi terhadap peristiwa kritikal untuk memastikan orang ramai selamat dan perniagaan berjalan. Semasa ancaman keselamatan awam seperti situasi penembak aktif, serangan pengganas atau keadaan cuaca yang teruk, serta peristiwa perniagaan kritikal termasuk gangguan IT, serangan siber atau kejadian lain seperti penarikan balik produk atau gangguan rantaian bekalan, lebih daripada 4,800 pelanggan global bergantung kepada Platform Pengurusan Acara Kritikal syarikat itu untuk dengan cepat dan dengan pasti mengagregat dan menilai data ancaman, mencari orang yang menghadapi risiko dan responder dapat membantu, mengautomatikkan pelaksanaan bagi proses komunikasi yang telah ditetapkan sehingga kepada penghantaran yang selamat ke lebih dari 100 peranti komunikasi yang berbeza, dan menjejaki kemajuan bagi pelaksanaan pelan tindak balas. Platform syarikat itu menghantar lebih dari 2.8 bilion pesanan pada tahun 2018 dan menawarkan keupayaan untuk mencapai ke lebih dari 500 juta orang di lebih dari 200 buah negara dan wilayah, termasuk ke seluruh populasi mudah alih pada skala seluruh negara di Australia, Sweden, Belanda, Singapura, Greece, dan beberapa negeri terbesar di India. Aplikasi komunikasi kritikal dan keselamatan perusahaan syarikat itu termasuk Pemberitahuan Massa, Pengurusan Insiden, Sambungan Keselamatan™, Pemberitahuan IT, Pusat Arahan Visual®, Amaran Awam, Pengurusan Krisis, Penglibatan Komuniti™ dan Pesanan Selamat. Everbridge memberi perkhidmatan kepada 9 dari 10 bandar raya terbesar di Amerika Syarikat, 8 dari 10 bank pelaburan terbesar di Amerika Syarikat, 46 dari 50 lapangan terbang paling sibuk di Amerika Utara, 6 dari 10 firma perunding global terbesar, 6 dari 10 pembuat automobil terbesar di dunia, kesemua 4 firma perakaunan terbesar di dunia, 9 dari 10 penyedia penjagaan kesihatan terbesar yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan 5 dari 10 penanggung insurans kesihatan terbesar yang berpusat di Amerika Syarikat. Everbridge berpangkalan di Boston dan Los Angeles dan mempunyai pejabat tambahan di Lansing, San Francisco, Beijing, Bangalore, Kolkata, London, Munich, Oslo, Singapura, Stockholm dan Tilburg. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.everbridge.com, baca blog syarikat itu, dan ikuti di LinkedInTwitter, dan Facebook

Bahasa Peringatan Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” di dalam konteks maksud peruntukan “safe harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung peluang yang dijangkakan dan trend untuk pertumbuhan di dalam komunikasi kritikal kami dan aplikasi keselamatan perusahaan dan perniagaan kami secara keseluruhan, peluang pasaran kami, jangkaan kami berhubung penjualan produk kami, matlamat kami untuk mengekalkan kepimpinan pasaran dan memperluaskan pasaran di mana kami bersaing untuk pelanggan, dan impak yang dijangkakan terhadap keputusan kewangan. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan adalah didasarkan kepada jangkaan, anggaran, ramalan dan unjuran semasa serta kepercayaan dan andaian pengurusan. Perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangkakan,” “harus,” “percaya,” “sasaran,” “projek,” “matlamat,” “anggaran,” “potensi,” “meramalkan,” “mungkin,” “akan,” “boleh,” “bermaksud,” variasi daripada istilah-istilah atau negatif daripada istilah ini dan ungkapan yang sama bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian, yang kebanyakannya melibatkan faktor atau keadaan yang berada di luar kawalan kami. Keputusan sebenar kami boleh berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keupayaan bagi produk dan perkhidmatan kami untuk berfungsi seperti yang diharapkan dan memenuhi jangkaan pelanggan kami; keupayaan kami untuk menarik pelanggan baharu dan mengekal dan meningkatkan jualan kepada pelanggan sedia ada; keupayaan kami untuk meningkatkan jualan aplikasi Pemberitahuan Massa kami dan/atau keupayaan untuk meningkatkan jualan bagi aplikasi kami yang lain; perkembangan di pasaran untuk komunikasi kritikal yang disasarkan dan mengikut konteks bersesuaian atau persekitaran kawal selia yang berkaitan; anggaran kami tentang peluang pasaran dan ramalan bagi pertumbuhan pasaran mungkin terbukti tidak tepat; kami tidak mencapai keuntungan secara konsisten dari segi sejarah dan mungkin tidak mencapai atau mengekalkan keuntungan pada masa hadapan; kitaran jualan yang berpanjangan dan tidak dapat diramalkan bagi pelanggan baharu; sifat perniagaan kami yang mendedahkan kami kepada risiko liabiliti yang wujud; keupayaan kami untuk menarik, mengintegrasi dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan; keupayaan kami untuk mengintegrasikan perniagaan dan aset yang mungkin kami perolehi dengan jayanya; keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan yang berjaya dengan rakan saluran dan rakan teknologi kami; keupayaan kami untuk menguruskan pertumbuhan kami dengan cara berkesan; keupayaan kami untuk bertindak balas terhadap tekanan persaingan; liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan privasi dan keselamatan bagi maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti; keupayaan kami untuk melindungi hak harta intelektual kami, dan risiko lain yang terperinci di dalam faktor risiko kami yang dibincangkan dalam pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”), termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2018 yang difailkan dengan SEC pada 1 Mac, 2019. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang termasuk di dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan kami pada tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak berhasrat atau berkewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini tidak boleh diberikan penggantungan sepenuhya sebagai mewakili pandangan kami pada mana-mana tarikh selepas tarikh siaran akhbar ini.

Semua produk Everbridge adalah tanda perniagaan bagi Everbridge, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Semua nama produk atau syarikat lain yang dinyatakan adalah merupakan harta bagi pemilik mereka masing-masing.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191202005296/en/

Hubungi

Media:
Jim Gatta
Everbridge
jim.gatta@everbridge.com
215-290-3799

Jeff Young
Everbridge
jeff.young@everbridge.com
781-859-4116

Sumber : Everbridge, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.