|
|
|
 |
|
|
APLIKASI PERTAHANAN LOOKOUT MEMPERLUASKAN KEHADIRAN MEREKA DI APAC DENGAN PERKONGSIAN STRATEGIK DAN PELANGGAN BAHARU
Tuesday 03/12/2019
Aplikasi Pertahanan Lookout menyediakan keselamatan aplikasi mudah alih yang komprehensif bagi Perkhidmatan Pedagang BBPOS dan Blibli.com; menandatangani perjanjian pengedaran strategik dengan Connect APAC
SAN FRANCISCO, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lookout, Inc, pemimpin di dalam keselamatan pasca-perimeter, hari ini mengumumkan dua pelanggan tersohor baharu dan sebuah pengedar strategik bagi perniagaan Aplikasi Pertahanan mereka di Asia. Melalui satu perkongsian pengedaran baharu dengan Connect APAC, sebuah perundingan keselamatan siber terkemuka, Lookout akan mewujudkan peluang baharu untuk Aplikasi Pertahanan di pasaran di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Aplikasi Pertahanan menyediakan kepada perusahaan dengan ketampakan terus menerus ke dalam landskap ancaman bagi peranti pengguna mereka dan perlindungan terhadap ancaman siber dan perisian hasad yang berpotensi untuk menjejaskan data daripada aplikasi mudah alih mereka.
“Menyediakan keselamatan standard emas adalah penting bagi BBPOS, kerana kami menyampaikan penyelesaian pembayaran mudah alih kepada pedagang di seluruh dunia,” kata Encik Alex Choi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi BBPOS Merchant Services Ltd. “Aplikasi Pertahanan SDK Lookout yang tertanam di dalam Aplikasi Perkhidmatan Pedagang BBPOS melindungi pedagang dan pelanggan kami yang dihargai daripada percubaan akar/pecah sekat termaju, serangan rangkaian dan pengambilalihan akaun oleh trojan dan perisian pengawasan yang canggih. “BBPOS adalah sebuah pembekal pembayaran dan penyelesaian kad yang berusaha untuk menghasilkan penyelesaian pembayaran yang selamat, berkualiti tinggi, fleksibel dan berpatutan yang menyampaikan standard keselamatan paling tinggi dalam sebarang persekitaran.
Begitu juga, Blibli.com, satu daripada peruncit dalam talian terbesar di Indonesia, dengan lebih 5 juta pengguna, memilih Aplikasi Pertahanan Lookout untuk melindungi data pelanggan mereka dari dikompromi. “Di Blibli, kami memenuhi berjuta-juta pesanan merentasi pelanggan kami di seluruh Indonesia,” kata Encik Nayan Jadeja, Ketua Pegawai Teknologi di Blibli.com. “Sebagai sebuah jenama yang dipercayai, adalah sangat penting bagi kami untuk memastikan data pelanggan kami dan maklumat tempahan selamat daripada ancaman siber. Aplikasi Pertahanan SDK Lookout yang tertanam di dalam aplikasi mudah alih kami, memberikan kami ketampakan dan perlindungan yang sangat diperlukan terhadap trojan, perisian intip, perisian pengawasan dan rangkaian hasad.”
Untuk terus mengembangkan kepimpinan pasaran Lookout di rantau APAC, perundingan keselamatan siber yang berpangakalan di Hong Kong Connect APAC kini akan menjual semula dan mengedarkan penyelesaian Aplikasi Pertahanan Lookout di beberapa negara Asia Tenggara, dengan menyediakan kepada pelanggan dengan satu penyelesaian keselamatan aplikasi mudah alih akhir-ke-akhir yang lengkap.
“Kami sangat berbesar hati untuk bergandingan secara eksklusif dengan Lookout bagi menyediakan penyelesaian perlindungan aplikasi mudah alih di pasaran Asia,” kata Catherine Wong, Ketua Pegawai Eksekutif di Connect APAC. “Lookout membawa penyelesaian yang paling berbeza yang memastikan bahawa aplikasi mudah alih dilindungi daripada sebarang kerugian kewangan, bagi kedua-dua pengguna dan perusahaan, dalam sebuah dunia digital yang sentiasa berkembang. Kami berhasrat untuk menerajui dengan nilai-nilai teras ini bagi memberi manfaat kepada perusahaan di Asia.”
“Kami sangat teruja mengenai perkongsian kami dengan Connect APAC,” kata Satendar Bhatia, Naib Presiden Kanan bagi Jualan Perisian Terbenam di Lookout. “Bersama-sama, kami akan mempercepatkan pengembangan jejak Aplikasi Pertahanan Lookout di Asia dan membantu melindungi perusahaan daripada data yang dikompromi.”
Ketahui lebih lanjut mengenai Aplikasi Pertahanan Lookout di sini.
Maklumat mengenai Lookout
Lookout adalah sebuah syarikat keselamatan siber bagi dunia pasca perimeter, awan dahulu, mudah alih dahulu. Dikuasakan oleh set data terbesar bagi kod mudah alih yang wujud, Awan Keselamatan Lookout menyediakan ketampakan ke seluruh spektrum bagi risiko mudah alih. Lookout diyakini oleh ratusan juta pengguna perseorangan, perusahaan dan agensi kerajaan serta rakan-rakan seperti AT&T, Verizon, Vodafone, Microsoft, Apple dan lain-lain. Beribu pejabat di San Francisco, Lookout mempunyai pejabat di Amsterdam, Boston, London, Sydney, Tokyo, Toronto dan Washington, D.C. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.lookout.com dan ikuti Lookout di blog mereka, LinkedIn, dan Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191202005852/en/
Hubungi
Perhubungan Awam Lookout: Eileen Kemp, press@lookout.com
Sumber : Lookout
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|