AsiaNet 82003TOKYO,6 Dis., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --- Robot Terkini, dari Robot Perindustrian kepada Robot Perkhidmatan, di bawah Satu Bumbung; Rekod 637 Pempamer Berhimpun di Tokyo Big Sight –
Persatuan Robot Jepun dan THE NIKKAN KOGYO SHIMBUN akan mengadakan Pameran Robot Antarabangsa 2019 di Tokyo Big Sight dari 18 Disember (Rabu) hingga 21 Disember (Sabtu) dengan tema “Jalan ke arah sebuah masyarakat yang lebih mesra, dihubungkan oleh robot.” Pameran tahun ini akan menandakan kali ke-23 bagi acara dwitahunan itu, pameran perdagangan robot terbesar di dunia, telah diadakan.
Pameran itu akan diadakan di Dewan Aomi, Barat, dan Selatan di Tokyo Big Sight. Sepanjang empat hari, acara itu akan menawarkan satu peluang untuk mengalami robot-robot canggih dari Jepun dan luar negara, dengan paparan yang menyeluruh dari pengilang robot perindustrian bersama-sama dengan produk dan teknologi yang berkaitan seperti loT dan AI, kesemuanya di bawah satu bumbung. Pihak penganjur amat menghargai bantuan media dalam mempromosikan Pameran Robot Antarabangsa 2019 itu.
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/img/201912024192-O1-RZDxFL19 Garis panduan pameran
-Nama: PAMERAN ROBOT ANTARABANGSA 2019 (iREX2019)
-Tujuan: Tujuan bagi pameran itu adalah untuk mengumpul dan mempamerkan robot-robot perindustrian dan perkhidmatan dan peralatan yang berkaitan dari seluruh dunia di bawah satu bumbung, membantu meningkatkan teknologi untuk menggunakan robot dan pembangunan pasaran, dan menyumbang kepada penciptaan pasaran baharu dan menggalakkan teknologi perindustrian bagi robot.
-Tema: Jalan ke arah sebuah masyarakat yang lebih mesra, dihubungkan oleh robot
-Dianjurkan oleh: Persatuan Robot Jepun (JARA), THE NIKKAN KOGYO SHIMBUN, LTD.
-Tarikh: 18 Dis. (Rabu.) - 21 Dis. (Sabtu), 2019
-Tempat: Dewan Aomi, Dewan Barat & Dewan Selatan, Tokyo Big Sight
-Waktu Dibuka: 10:00 hingga 17:00
-Kemasukan: JPY 1,000
(kemasukan percuma kepada mereka yang telah membuat prapendaftaran atau yang mempunyai jemputan, atau yang berumur di bawah 16 tahun)
Butiran acara (setakat 19 Nov.)
Jumlah 637 pempamer, 3,060 reruai (2017: 612 pempamer, 2,775 reruai)
*Peningkatan sebanyak 25 pempamer dan 285 reruai dari pameran sebelum ini, menjadikannya pameran yang terbesar pernah diadakan
Bilangan reruai mengikut zon
- Zon Robot Perindustrian: 2,379 reruai (2017: 2,012 reruai)
*meningkat sebanyak 367 reruai
-Zon Robot Perkhidmatan: 551 reruai (2017: 533 reruai)
*meningkat sebanyak 18 reruai
- Zon Pameran Khas: 130 reruai (2017: 230 reruai)
(Anugerah Robot, dan sebagainya)
Pempamer luar negara
95 pempamer, 389 reruai (2017: 88 pempamer, 252 reruai)
*meningkat 7 pempamer, 137 reruai
Negara yang mengadakan pameran: 16 negara dan wilayah
Amerika Syarikat, Itali, Austria, Kanada, Korea Selatan, Singapura, Switzerland, Sweden, Thailand, China, Taiwan, Denmark, Jerman, Perancis, Monaco, Romania
Sorotan
1. Zon Robot Perindustrian Terbesar
Penggunaan robot perindustrian telah berkembang menjangkau industri bahagian automotif dan elektronik konvensional kepada bidang seperti makanan dan perubatan, baru-baru ini mendapat perhatian di dalam pelbagai bidang dari logistik sehingga kepada pembinaan. Pada pameran tahun ini, sebuah Zon Robot SIer baharu di Dewan Aomi akan mempamerkan integrator sistem robotik (SIer), yang menawarkan sistem automasi berdasarkan kepada persekitaran kerja sebenar. Diperluaskan merentasi kesemua tiga tempat, zon ini akan menjadi acara yang terbesar pernah diadakan.
2. Zon Robot Perkhidmatan yang meliputi pelbagai bidang, daripada tindak balas terhadap bencana kepada penjagaan kejururawatan/kebajikan, pertanian dan pendidikan
Sebagai tambahan kepada demonstrasi bagi robot-robot terbaharu yang berpusat kepada reruai NEDO, Zon Robot Perkhidmatan juga akan menampilkan pameran bersama bagi robotik pertanian oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan. Pertandingan percubaan (cabaran pemasangan produk, cabaran kedai mudah beli masa depan) juga akan diadakan menjelang Sidang Kemuncak Robot Sedunia 2020, yang akan dianjurkan oleh NEDO dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Pameran lain akan termasuk robot yang membantu dalam kehidupan seharian, termasuk penjagaan kejururawatan, kebajikan dan pendidikan.
3. Simposium dan forum harian bersama watak antarabangsa
Bermula dengan Forum Robot iREX 2019 di Bilik Persidangan Antarabangsa pada hari pembukaan, pameran itu akan menganjurkan forum dengan pemaju robot perindustrian terkenal dan pakar-pakar teknikal dari Jepun dan luar negara.
Pelbagai forum akan juga memberi tumpuan kepada robot perkhidmatan (infrastruktur, pertanian dan penjagaan kejururawatan), dengan penganjuran pentas utama Dewan Barat 4F “Penggunaan AI/Robot dalam Sistem Pengeluaran & Pengurusan Pembinaan” dan “Masa Depan bagi Pertanian Pintar dengan Robot & ICT” pada hari kedua.
Pendaftaran media
Sila lengkapkan “Pendaftaran Media” melalui laman web Pameran Robot Antarabangsa rasmi.
Pautan:
https://nikkansc.co.jp/secure/irex2019/press/en/prg/form.cgi SUMBER: Persatuan Robot Jepun (JARA)
THE NIKKAN KOGYO SHIMBUN, LTD.--BERNAMA