ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  LIGA XILINGOL IBU KOTA KUDA CHINA MENSASARKAN PECUTAN YANG LEBIH PANTAS DALAM PERTUMBUHAN INDUSTRI EKUIN

Tuesday 17/12/2019



Table
Bahagian Xilinhot bagi pertandingan perlumbaan kuda ibu kota kuda China pada tahun 2019

AsiaNet 82184

LIGA XILINGOL, China, 17 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Liga Xilingol, yang terletak di utara China, bermegah dengan budaya padang rumput yang kaya dan budaya kuda Mongolia, dan menikmati sumber pembangunan industri ekuin yang unik dan sejarah yang panjang. Industri kuda tradisional mereka menguasai satu kedudukan yang penting di seluruh negara dan Wilayah Autonomi Inner Mongolia. Ia juga merupakan tempat kelahiran utama bagi baka kuda yang terkenal di dunia “Kuda Mongolia” dan telah dianugerahi dengan “Ibu Kota China bagi Kuda” oleh Persatuan Industri Kuda China pada tahun 2010.
 
Liga Xilingol telah memperluaskan rantaian perindustrian mereka di sekitar pembangunan kawasan pengumpulan industri kebudayaan “Ibu Kota China bagi Kuda” dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menggalakkan budaya ekuin, pelancongan, pertandingan, produk dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan kemajuan yang luar biasa.

Sebagai kawasan teras bagi “Ibu Kota China bagi Kuda”, Bandar Raya Xilinhot telah menumpukan perhatian khusus kepada pembangunan berkualiti tinggi bagi industri ekuin moden. Ia telah melaksanakan beberapa projek utama seperti kawasan eko-pelancongan kebudayaan dan menubuhkan Kumpulan Industri Kuda Zhongyun, menganjurkan acara-acara ekuestrian utama di dalam negeri dan di luar negara untuk menggalakkan transformasi dan pembangunan industri ekuin tradisional menjadi sebuah yang moden dan meningkatkan reputasi dan pengaruh ibu kota kuda itu.

Liga Xilingol juga telah mewujudkan beberapa jenama festival pelancongan kebudayaan ekuin yang terkenal seperti “"Festival Budaya Kuda Putih” dan “Festival Budaya Kuda Hitam”. Kerajaan-kerajaan tempatan telah memanfaatkan festival-festival tradisional Mongolia untuk membangunkan pelbagai produk pelancongan dan melancarkan projek-projek seperti menunggang kuda dan persembahan ekuestrian. Usaha telah dibuat untuk meningkatkan penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan bagi produk pelancongan yang menampilkan unsur-unsur ekuin seperti pelana, cambuk dan sanggurdi, yang membolehkan penunggangan yang  lebih cepat dalam pembangunan pelancongan budaya ekuin.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Liga Xilingol
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=353777

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.