|
|
|
|
|
|
HOTEL ROYAL CLASSIC OSAKA YANG DIREKA BENTUK OLEH ARKITEK KENGO KUMA MERAIKAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN PADA 1 DISEMBER
Tuesday 17/12/2019
AsiaNet 821231
OSAKA, Jepun, 17 Dis., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- - Hotel Muzium yang Unik Menampilkan lebih daripada 100 Karya Seni – Sebagai sebahagian daripada aktiviti untuk menandakan pembukaan besar-besaran mereka pada 1 Disember, Hotel Royal Classic Osaka, sebuah kompleks hotel mewah baharu yang direka bentuk oleh arkitek yang diraikan di peringkat global Kengo Kuma di tapak bekas Teater Osaka Shin-Kabukiza, telah melancarkan konsep Hotel Muzium mereka yang baharu, yang menampilkan lebih daripada 100 buah karya seni.
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201912104540-O4-dOun60jH) Diurus dengan bantuan Profesor Junji Ito dari Tokyo University of the Arts, bersama-sama dengan Galeri Whitestone Tokyo, koleksi itu terdiri daripada lebih daripada 100 karya seni moden yang dipaparkan di seluruh ruang awam dan bilik-bilik tetamu hotel itu. Hotel Royal Classic Osaka yang direka bentuk oleh Kuma itu sendiri adalah sebuah struktur seni bina yang unik dengan fasad yang lebih rendah yang mereplikakan bumbung gabel “karahafu” yang indah bagi Teater Shin-Kabukiza yang asal (yang direka bentuk oleh Togo Murano, 1891-1984), memanjangkan ke dalam motif fin aluminium yang sangat dinamik yang dijalin dengan rumit di tingkat atas. Terletak di dalam ruangnya yang tersendiri, Hotel Muzium yang inovatif itu menyediakan tetamu dengan suatu pengalaman praktikal di dalam kualiti peringkat seni muzium. Foto 1: bumbung gaya “Karahafu” https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103737/201912104540/ _prw_PI1lg_iHnsLO4O.jpg Foto 2: Hotel Royal Classic Osaka https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103737/201912104540/ _prw_PI2fl_C8J67OHA.jpg Foto 3: “Berdiri dengan hati yang ikhlas dan jujur, jawapannya sentiasa terbuka di hadapan anda” (Miwa Komatsu) https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103737/201912104540/ _prw_PI3lg_a790jZbc.png Dari peringkat perancangan terawal, konsep teras itu adalah untuk mewujudkan sebuah hotel yang memuliakan warisan teater Osaka Shin-Kabukiza dan pada masa yang sama menyerlahkan sebuah nilai baharu sepenuhnya: sebuah perkhidmatan asal yang melampaui norma-norma perniagaan atau hotel-hotel suite untuk menawarkan suatu pengalaman mewah untuk jiwa. Sebagai sebuah mercu tanda tempatan yang baharu yang memperluaskan tradisi bagi daerah Namba di mana ia didirikan, Hotel Royal Classic Osaka akan menyampaikan lebih banyak kepada tetamu mereka daripada hanya sebagai penginapan kerana ia berhasrat untuk memacukan pembangunan Osaka sebagai sebuah bandar raya antarabangsa bagi budaya dan pelancongan. Karya seni yang dipaparkan termasuk: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103737/201912104540/ _prw_PI5fl_LDzhgYfv.png Hotel Royal Classic Osaka Laman web rasmi: https://hotel-royalclassic.jp/en/ Sumber: Hotel Royal Classic Osaka
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|