ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PVH CORP. MENAMAKAN TOM CHU SEBAGAI PRESIDEN SERANTAU, PVH ASIA PASIFIK

Thursday 09/01/2020



NEW YORK, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. (NYSE: PVH), satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN dan TOMMY HILFIGER, hari ini mengumumkan bahawa Tom Chu akan menjadi Presiden Serantau bagi PVH Asia Pasifik, berkuat kuasa pada 1 Februari, 2020.

Chu sebelum ini telah berkhidmat sebagai Presiden, PVH Jepun. Dalam peranan baharu beliau, beliau akan melapor kepada Stefan Larsson, Presiden PVH.

“Keupayaan pengurusan Tom yang kukuh dan rekod prestasi yang konsisten akan meletakkan PVH pada kedudukan yang lebih baik untuk meneruskan pengembangan kami di Asia. Ketika kami bergerak ke hadapan, kami memberi tumpuan kepada memanfaatkan kekuatan jenama kami, terus menawan hati pengguna dan menyampaikan pertumbuhan keuntungan yang mapan di satu daripada wilayah kami yang paling pesat berkembang,” kata Larsson.

Frank Cancelloni, yang sebelum ini merupakan Presiden Serantau, PVH Asia Pasifik, akan meninggalkan PVH pada akhir Mac 2020 untuk memburu peluang-peluang baharu.

“Bagi pihak PVH, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank di atas sumbangan beliau dalam memimpin perniagaan kami di Asia Pasifik selama enam tahun yang lalu. Dalam peranan beliau, Frank telah mengetuai pertumbuhan dan pengembangan operasi jenama kami yang signifikan di rantau itu,” kata Larsson.

Chu telah bersama PVH selama lebih enam tahun. Bersama dengan pasukan beliau, beliau telah mengembalikan TOMMY HILFIGER kepada status jenama premium dan perniagaan mereka kepada keberuntungan di Jepun, dan melancarkan semula produk CALVIN KLEIN JEANS ke pasaran itu. Tumpuan jenama, produk dan pengguna beliau, kepintaran dalam perniagaan yang kukuh dan pengalaman Asia akan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang PVH.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROW, Speedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

Ikuti kami di TwitterInstagramFacebook dan LinkedIn.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar daripada aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori mereka, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan; (v) sekatan kuota, pengenaan bagi kawalan perlindungan dan pengenaan bagi duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangan mereka, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan pembelian untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula; dan (xiv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200108005788/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
danaperlman@pvh.com

Sumber : PVH Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.