ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  GALA FESTIVAL MUSIM BUNGA DI JAMBATAN HONG KONG-ZHUHAI-MACAU MENJULANGKAN SEBUAH ZHUHAI YANG DINAMIK UNTUK DIPERTONTONKAN

Tuesday 28/01/2020



AsiaNet 82598

ZHUHAI, China, 28 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Raikan Festival Musim Bunga di kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau yang menawan! Pada 24 Januari, Eve Festival Musim Bunga, gala subtempat Kawasan Greater Bay bagi Gala Festival Musim Bunga 2020 telah berlangsung di pulau buatan di Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau. Berlatarbelakangkan landskap yang terang-benderang di sepanjang jambatan 55 kilometer itu, loceng bagi Festival Musim Bunga itu telah dibunyikan. Zhuhai, sebagai tuan rumah bagi subtempat gala itu dan pelopor bagi keterbukaan, telah menyampaikan ucapan tahun baru kepada dunia dan melakarkan satu gambaran baharu mengenai keterbukaan dan inovasi dengan bandar raya-bandar raya lain di Kawasan ini.
 
Pertunjukan bunga api yang mempesonakan, singa menari dengan LED dan teknologi cahaya dan bayangan, pancaran kesan khas dan interaksi manusia-skrin telah mewujudkan suasana yang hebat. Beribu-ribu penduduk bagi tiga bandar raya itu telah menyanyikan sebuah lagu bersama-sama dan menyatakan aspirasi mereka untuk tahun 2020 dengan persembahan yang luar biasa pada “Projek Super”. Persembahan dengan produk dan budaya inovasi sains dan teknologi China telah memperlihatkan sebuah Kawasan Greater Bay yang dinamik yang menggabungkan tradisi dan inovasi, klasik dan fesyen kepada dunia.

Ketika ketiga-tiga tempat itu meraikan tahun baru bersama, Kawasan Greater Bay merangkumkan sebuah masa depan yang lebih baik. Hari ini, sebagai satu daripada wilayah   yang paling terbuka dan bertenaga dari segi ekonomi, Kawasan itu sedang menawarkan prospek yang hebat. Terima kasih kepada saluran emas, iaitu Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, Zhuhai sedang menggalakkan kerjasama yang mendalam dengan Hong Kong dan Macau. Sumber-sumber termasuk inovasi, bakat, modal, teknologi dan budaya bagi Kawasan itu dan bahkan dunia sedang berkumpul, dihubungkan, diperuntukkan dan diintegrasikan di Zhuhai, dengan merangsangkan pembangunannya secara berterusan.

Dengan operasi bagi Jambatan itu, gergasi industri seperti Huawei, Alibaba, Tencent, dan Foxconn telah menjalankan kerjasama yang mendalam dengan Zhuhai dalam bidang termasuk bandar raya pintar, kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan cip untuk mengembangkan prospek yang luas bagi sebuah ekonomi baharu. “Dengan pembangunan selanjutnya bagi Kawasan Greater Bay itu, Zhuhai menikmati momentum yang mantap dan prospek yang cerah berdasarkan kepada kelebihan geografi yang menonjol,” kata Zhang Jianfeng, rakan dan Ketua Pegawai Teknologi bagi Kumpulan Alibaba.

Pada masa ini, pembinaan bagi Kawasan itu telah memasuki ke dalam laluan laju, yang menggalakkan pertukaran dan kerjasama di antara Zhuhai dan Macau. Menurut data dari Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai, pada separuh pertama tahun 2019 sahaja, terdapat 310 syarikat pelaburan dari Macau yang baharu ditubuhkan di Zhuhai, yang menyumbang bagi lebih separuh daripada perusahaan yang baharu diwujudkan di bandar raya itu.

Di samping itu, ketersambungan di antara Zhuhai dan Macau juga memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua pihak. Baru-baru ini, Pusat Pendaftaran Hartanah Zhuhai dan Industrial and Commercial Bank of China (Macau) Co., Ltd. telah menandatangani satu perjanjian kerjasama untuk menubuhkan sebuah pusat perkhidmatan pendaftaran hartanah yang sangat dialu-alukan di Macau, yang membolehkan perusahaan dan orang perseorangan di  Macau untuk berurusan dengan pendaftaran gadai janji hartanah rentas sempadan di Macau.

Ruang kerjasama di antara Zhuhai-Macau yang terus-menerus berkembang menyaksikan pembukaan Kawasan itu yang semakin pantas dan juga mencerminkan tindakan dan kesungguhan China untuk membuat satu landasan baharu dalam mengejar keterbukaan.

Menjelang tahun 2020, had masa bagi pelaburan asing yang diletakkan ke dalam fail di luar senarai negatif itu akan dikurangkan kepada kurang daripada satu hari bekerja, dan had masa untuk memulakan sebuah perniagaan akan dikawal dalam masa empat hari bekerja. Bilangan perusahaan yang dibiayai oleh Hong Kong dan Macau yang baharu didaftarkan akan mencapai 12,000. Ruang lingkup perniagaan bagi isi rumah perindustrian dan komersil secara individu bagi penduduk Hong Kong dan Macau akan diliberalisasikan sepenuhnya. Guangdong telah menyatakan dengan jelas bahawa pada masa akan datang, ia akan menggalakkan integrasi bagi sumber, pelengkap bagi kelebihan dan hubungan bagi keterbukaan langkah-langkah di Kawasan itu untuk membawa satu corak pembukaan dengan penyambungan tanah dan laut, kawasan dalam dan luar negara dan kerjasama yang saling menguntungkan di antara tebing sungai di timur dan barat Sungai Pearl.

Subtempat bagi Gala Festival Musim Bunga di Jambatan itu bukan hanya mencerminkan peningkatan berterusan dalam ketersambungan bandar raya ke bandar raya tetapi juga menyaksikan pengembangan dalam bidang kerjasama di antara ketiga-tiga tempat ini. Dapat diramalkan bahawa pembinaan Kawasan itu akan menggalakkan pembangunan bagi Hong Kong dan Macau, dan mengembangkan ruang baharu untuk kerjasama di antara China dan dunia.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.