ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CADANGAN KEAMANAN TAHUNAN PEMIMPIN BUDDHA MEMUJI TINDAKAN IKLIM BELIA DAN MENGGALAKKAN PERJANJIAN SENJATA NUKLEAR

Wednesday 29/01/2020



AsiaNet 82652 

TOKYO, 29 Jan., 2020/Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Pada 26 Januari, 2020, cadangan keamanan tahunan ke-38 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi rangkaian penganut Buddha Soka Gakkai International (SGI), yang bertajuk “Ke Arah Masa Hadapan Kita yang Dikongsi: Membina satu Era bagi Perpaduan Manusia” telah dikeluarkan, yang menandakan ulang tahun bagi penubuhan SGI.

Tindakan iklim dan pemansuhan senjata nuklear adalah tema utama bagi Ikeda, dengan satu tumpuan kepada kehidupan individu dan penderitaan yang seringkali tersembunyi di sebalik indeks makroekonomi. Beliau menggambarkan perubahan iklim sebagai “satu cabaran asas, di mana takdir manusia bergantung,” dan menekankan bahawa ia mengancam untuk menjadikan usaha global tidak bermakna ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Sambil memuji tenaga aktivis iklim belia, beliau menyatakan, “Apabila keinginan orang muda untuk mengubah realiti disatukan dengan suatu keyakinan yang tidak dapat dialahkan, kemungkinannya adalah tidak terbatas.”

Ikeda mencadangkan agar Sidang Kemuncak Iklim Belia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu diadakan setiap tahun ke arah tahun 2030 dan menggesa agar satu Resolusi Majlis Keselamatan mengutarakan penyertaan belia di dalam membuat keputusan berkaitan iklim.

Selaras dengan tindakan beliau selama beberapa dekad terhadap pemansuhan senjata nuklear, Ikeda menggesa usaha untuk memastikan bahawa Perjanjian ke atas Larangan Senjata Nuklear (TPNW) mencapai 50 pengesahan dan dengan itu boleh dikuatkuasakan pada tahun ini, iaitu ulang tahun ke-75 bagi pengeboman dengan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Beliau mencadangkan agar diadakan sebuah Forum Rakyat untuk sebuah Dunia Tanpa Senjata Nuklear yang berpusat pada hibakusha dan masyarakat madani di Hiroshima atau Nagasaki untuk mengikuti penguatkuasaan perjanjian itu. Beliau juga menggesa bagi satu pelanjutan lima tahun bagi Perjanjian START Baharu di antara Amerika Syarikat dan Rusia sebagai langkah pertama ke arah rundingan perlucutan senjata nuklear pelbagai hala.

Cemas oleh risiko bahawa serangan siber atau Kecerdasan Buatan (AI) boleh menjejaskan sistem senjata nuklear, beliau menggesa agar perbincangan mengenai satu rejim larangan yang berkaitan dengan serangan siber terhadap sistem nuklear, AI dan teknologi baharu yang lain harus dimulakan pada Persidangan Kajian Perjanjian Pengawalan Senjara Nuklear (NPT) yang akan diadakan dari April di Ibu Pejabat PBB di New York.

Ikeda juga menyoroti penderitaan kanak-kanak dan belia yang tidak mendapat hak kepada peluang pendidikan disebabkan oleh konflik bersenjata atau bencana alam, dan oleh itu menyeru untuk memperkuatkan asas kewangan bagi dana global Education Cannot Wait yang dianjurkan oleh UNICEF.
Ikeda membuat kesimpulan dengan satu komitmen untuk meneruskan tindakan di peringkat akar umbi, dengan berkata, “SGI akan terus menggalakkan pemerkasaan bagi, oleh dan untuk rakyat, ketika kita menangani krisis iklim dan cabaran-cabaran lain dengan satu pergerakan perpaduan global yang berkembang.”

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian penganut Buddha yang berasaskan komuniti yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan dengan 12 juta ahli. Setiap tahun sejak tahun 1983, Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928- ) telah mengeluarkan satu cadangan keamanan yang menawarkan satu perspektif dan penyelesaian fahaman Buddha kepada masalah-masalah global pada 26 Januari, untuk memperingati penubuhan SGI. Tahun 2020 menandakan ulang tahun ke-90 bagi penubuhan Soka Gakkai dan ulang tahun ke-45 bagi pewujudan SGI.
 
Sumber: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
E-mel: Anderson[at]soka.jp
www.sgi.org

--BERNAMA  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.