ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KUMPULAN ODAKYU MELANCARKAN "KEMPEN AWAL MUSIM BUNGA KUMPULAN ODAKYU" BAGI PELANCONG ASING

Wednesday 12/02/2020



AsiaNet 82800

TOKYO, 12 Feb., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Kupon 500 Yen Boleh Digunakan di Kemudahan-kemudahan Kumpulan Odakyu yang Diberi sebagai Hadiah kepada Setiap Pelancong Asing yang Membeli Pas Diskaun yang Ditetapkan –

Kumpulan Odakyu itu, yang diketuai oleh Odakyu Electric Railway Co., Ltd, melancarkan “Kempen Awal Musim Bunga Kumpulan Odakyu” dari 10 Februari (Isnin) sehingga 10 Mac (Selasa), 2020, sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk membolehkan pelawat asing menikmati sepenuhnya perjalanan mereka ke tempat-tempat pelancongan di sepanjang Laluan Odakyu, termasuk Hakone.

Kempen itu telah direka untuk memberikan sekeping kupon 500 yen yang boleh digunakan di kemudahan-kemudahan Kumpulan Odakyu sebagai hadiah kepada setiap pelancong yang membeli sebuah pas diskaun yang ditetapkan di Pusat Perkhidmatan Lawatan Odakyu di Stesen Shinjuku di Tokyo antara 10 Februari (Isnin) dan 10 Mac (Selasa).

Foto 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/202002076540-O1-3u90RtTJ
Foto 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/202002076540-O2-NoBX87j7
 
1. Butiran bagi acara itu
(1) Nama acara: “Kempen Awal Musim Bunga Kumpulan Odakyu”
(2) Tempoh acara: dari 10 Februari (Isnin) sehingga 10 Mac (Selasa), 2020
(3) Kandungan
 
Satu kupon 500 yen yang boleh digunakan di kemudahan-kemudahan Kumpulan Odakyu diberikan kepada setiap pelanggan yang membeli pas diskaun untuk orang dewasa – “Pas Percuma Hakone” atau “Pas Hakone Kamakura” atau “Pas Fuji Hakone” -- yang membolehkan perjalanan di dalam kawasan yang ditetapkan seperti Hakone, satu daripada pusat peranginan mata air panas utama di Jepun, pada kadar harga yang berpatutan, di pusat-pusat maklumat pelancongan bagi pelancong asing – “Pusat Perkhidmatan Lawatan, Shinjuku Barat” atau “Pusat Perkhidmatan Lawatan Odakyu, Shinjuku Selatan” -- semasa tempoh kempen itu (Sebanyak 10,000 kupon boleh didapati semasa kempen itu).

(4) Kemudahan di mana kupon itu boleh digunakan

Kupon itu boleh digunakan untuk membeli-belah dan makan serta membeli cenderahati di kemudahan-kemudahan Kumpulan Odakyu di Shinjuku, Hakone, dan di kawasan Enoshima-Kamakura.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web berikut.
 
https://www.odakyu.jp/english/earlyspringcampaign/
 
Foto 3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104691/202002076540/
_prw_PI3fl_mK1f37b9.jpg

 
Foto 4:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104691/202002076540/
_prw_PI8fl_f789PpK0.jpg

 
2. Butiran mengenai Pusat Perkhidmatan Lawatan Odakyu dan setiap satu bagi pas diskaun
 
- Pusat Perkhidmatan Lawatan Odakyu:
https://www.odakyu.jp/english/support/center/
 
- Pas Percuma Hakone:
https://www.odakyu.jp/english/passes/hakone/
 
- Pas Hakone Kamakura:
https://www.odakyu.jp/english/passes/hakone_kamakura/
 
- Pas Fuji Hakone:
https://www.odakyu.jp/english/passes/fujihakone/
 
Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202002076540?p=images
 
 
Maklumat mengenai Odakyu Electric Railway Co., Ltd.
Odakyu Electric Railway, yang ditubuhkan pada tahun 1948, merupakan satu daripada syarikat kereta api persendirian yang utama di Jepun. Dengan terminal pengangkutan pusat “Shinjuku” di Tokyo, ibu kota Jepun, laluan Odakyu dilanjutkan sehingga ke Hakone, satu daripada destinasi pelancongan mata air panas yang penting di Jepun, dan “Enoshima-Kamakura,” bandar tepi laut yang bersejarah yang berdekatan dengan pusat bandar raya, dan ia digunakan bukan sahaja untuk tujuan bersiar-siar tetapi juga oleh dua juta orang penumpang untuk ke tempat kerja pada setiap hari. Selain daripada pengangkutan, Odakyu menjalankan pelbagai perniagaan lain, terutamanya di kawasan Tokyo dan Kanagawa, seperti gedung beli-belah, pasar raya, hartanah, hotel dan restoran.
 
SUMBER: Odakyu Electric Railway Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.