ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  HADIAH KEAMANAN NIWANO KE-37 DIANUGERAHKAN KEPADA MASTER ZEN KOREA SELATAN, YANG MULIA POMNYUN

Monday 17/02/2020



AsiaNet 82891

TOKYO, 17 Feb., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Yayasan Keamanan Niwano akan menganugerahkan Hadiah Keamanan Niwano ke-37 kepada Yang Mulia Pomnyun, seorang master Zen Korea Selatan, sebagai pengiktirafan terhadap kerja kemanusiaan, alam sekitar dan  aktivis sosial beliau yang luar biasa, dan usaha beliau yang memberikan inspirasi dalam membina perhubungan kepercayaan dan muhibah di antara mereka yang berbeza agama dan budaya.
 
Satu upacara penyampaian anugerah akan berlangsung di Tokyo pada 3 Jun. Selain daripada sekeping sijil anugerah, Yang Mulia Pomnyun akan menerima sebutir pingat dan wang tunai sebanyak 20 juta yen.

Pertubuhan fahaman Buddha beliau, Jungto Society, sebuah komuniti yang berasaskan kepada ajaran dan prinsip fahaman Buddha, didedikasikan kepada menangani masalah-masalah moden yang mendorong penderitaan, termasuk kemusnahan alam sekitar, kemiskinan, dan konflik kekerasan. Organisasi bantuan antarabangsa beliau, Join Together Society, telah berusaha membasmi kemiskinan dan kelaparan melalui bantuan kemanusiaan dan inisiatif pembangunan mapan di Korea Utara, India, dan lain-lain.

Dalam memilih Yang Mulia Pomnyun sebagai seorang penerima untuk tahun 2020, Jawatankuasa Hadiah Keamanan Niwano itu berkata beliau “telah menunjukkan komitmen yang berpanjangan dan luas dalam memajukan keamanan di dalam sebuah kerangka fahaman Buddha, dengan kerjasama mereka yang mempunyai pendirian agama yang berlainan,” terutamaya agama Kristian. Jawatankuasa itu juga “kagum dengan tumpuan beliau terhadap kerja di luar Korea, bagi pihak mereka yang berlainan agama” seperti orang Islam di Mindanao, Filipina; Hindu dan lain-lain di India; dan Rohingya di Myanmar/Bangladesh.

Hadiah Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano telah mewujudkan Hadiah Keamanan Niwano untuk menghormati dan menggalakkan individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan besar kepada kerjasama antara agama, dengan itu meneruskan usaha ke arah keamanan dunia, dan untuk membuat pencapaian mereka diketahui seluas yang mungkin. Yayasan itu berharap dengan cara ini iaitu bagi meningkatkan pemahaman dan kerjasama antara agama dan menggalakkan kemunculan lebih ramai individu yang mengabdikan diri untuk bekerja bagi keamanan dunia. Hadiah itu dinamakan sebagai penghormatan kepada pengasas dan presiden pertama organisasi agama Buddha Rissho Kosei-kai, Nikkyo Niwano.
 
Yayasan Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano telah ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menyumbang kepada realisasi bagi keamanan dunia dan peningkatan bagi sebuah budaya keamanan. Yayasan itu menggalakkan penyelidikan dan kegiatan lain berdasarkan kepada semangat prinsip keagamaan dan menjadi penyebab bagi keamanan di dalam bidang seperti pendidikan, sains, agama dan falsafah.
 
SUMBER: Yayasan Keamanan Niwano 
 
Hubungi:
(Encik) Seiji Hironaka/(Cik) Natsuki Kudo
Yayasan Keamanan Niwano
Tel: +81-3-3226-4371
Faks: +81-3-3226-1835
info@npf.or.jp
http://www.npf.or.jp/english/

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.