ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BANDAR RAYA PEMBUATAN CHINA DONGGUAN MENGUMUMKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYOKONG SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN

Monday 17/02/2020



AsiaNet 82876

DONGGUAN, China, 17 Feb., 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- 


Kebimbangan mengenai ekonomi China berlaku memandangkan banyak wilayah di negara itu telah menangguhkan operasi perniagaan bagi beberapa buah syarikat, kedai dan kilang dalam usaha untuk membendung penyebaran novel koronavirus (COVID-19). Walau bagaimanapun, Dongguan, bandar raya pembuatan di selatan China, telah mengambil tindakan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan menangani kesukaran dan impak yang dibawa oleh wabak itu.

Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Wilayah Guangdong telah mengadakan persidangan akhbar baru-baru ini, di mana situasi penyambungan semula kerja bagi Dongguan telah diperkenalkan. Menjelang malam pada 10 Februari, Dongguan telah menyaksikan penyambungan semula kerja secara teratur dan luar puncak bagi 4,491 perusahaan tempatan, dengan 79.54% daripada mereka dimiliki oleh industri pembuatan.

“Wabak itu tidak menimbulkan ancaman kepada pembangunan masa depan Dongguan,” kata Liu Jintang, Timbalan Pengarah bagi Biro Industri dan Teknologi Maklumat Dongguan. Industri bandar raya itu mempunyai kadar pertumbuhan purata tahunan 7.4%, menduduki 13.3% daripada nilai ditambah bagi syarikat-syarikat perindustrian di atas skala wilayah Guangdong yang ditetapkan, dengan nilai ditambah bagi pembuatan termaju dan industri pembuatan berteknologi tinggi masing-masing sebanyak 54.2% dan 42.2%. “Data membuktikan kebingkasan dan keupayaan anti risiko bagi ekonomi Dongguan.” kata Liu. Wabak itu akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan perindustrian Dongguan pada tahap tertentu di dalam separuh pertama tahun ini, terutamanya pada suku pertama. Namun di dalam jangka masa panjang, asas ekonomi mereka yang positif dan pembangunan berkualiti tinggi kekal tidak berubah, sebagaimana yang dianggarkan oleh Liu.

Untuk menangani dengan pengaruh negatif bagi wabak itu, Dongguan mengumumkan dasar-dasar yang positif. Pada 7 Februari, 15 dasar telah diperkenalkan untuk menyokong perusahaan tempatan, termasuk 55 langkah keutamaan seperti pengecualian sewa atau bebas sewa, pengurangan cukai, pemindahan pinjaman dan pembaharuan, pengenalan bakat. Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan penyambungan semula bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana dan mengurangkan pengaruh buruk bagi wabak itu kepada perniagaan kepada tahap minimum.

Adalah dianggarkan bahawa langkah-langkah itu akan membantu meringankan bebanan syarikat-syarikat dengan jumlah nilai sebanyak 2.5 bilion yuan. Khususnya, langkah itu menyediakan subsidi untuk menstabilkan pekerjaan yang dirumuskan oleh Sumber Manusia dan Biro Keselamatan Sosial Dongguan akan membantu melegakan beban syarikat-syarikat dengan jumlah nilai 168 juta yuan. Lebih daripada 190 ribu syarikat dan 1.21 juta pekerja akan mendapat manfaat daripadanya.

Syarikat-syarikat menghadapi cabaran yang tidak diduga yang dibawa oleh kawalan wabak dan kelewatan penyambungan semula kerja berikutan kekurangan buruh, yang memberi impak negatif terhadap operasi dan pengeluaran biasa bagi syarikat-syarikat pembuatan di Dongguan.

Untuk membantu perusahaan mendapatkan pekerja yang sesuai secepat mungkin, Dongguan telah melancarkan satu pesta pekerjaan dalam talian, dengan mengeluarkan sejumlah 83,000 maklumat permintaan pekerjaan daripada 1,153 perusahaan. Satu kolum pos khas untuk permintaan pekerjaan terhadap pencegahan dan keperluan kawalan wabak telah ditubuhkan, yang dapat meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.

Song Qinggang, seorang usahawan di dalam industri pengiklanan tempatan, berkata dasar-dasar Dongguan yang dikeluarkan untuk menyokong perusahaan adalah sangat berguna, seperti pengurangan cukai dan pengurangan sewa, mengurangkan beban bagi  operasi dan memberikan sokongan dan galakan yang besar kepada perusahaan pembuatan.

Di samping itu, Dongguan juga telah mempromosikan beberapa langkah yang tepat pada masanya untuk menyokong industri pembuatan tempatan, terutamanya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Pada 6 Februari, Dongguan telah mengeluarkan pelan tindakan yang dinaik taraf untuk menyokong perusahaan tempatan, memperkenalkan 10 langkah daripada dua aspek bagi meningkatkan modal dan mengembangkan pengeluaran, dan mengoptimumkan persekitaran pembangunan, bagi memudahkan transformasi perindustrian dan menaik taraf bandar raya itu.

Sementara itu, Dongguan terus menguatkan kapasiti perkhidmatan mereka bagi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Kerajaan tempatan secara menyeluruh mengintegrasikan data yang berkaitan dengan perusahaan, menyelaraskan unsur-unsur sumber bagi tanah, teknologi, modal, bakat dan aspek-aspek lain, dan selanjutnya mengoptimumkan fungsi yang relevan bagi platform maklumat yang disebut “Qi Guan Jia”. Langkah-langkah luar talian dan dalam talian digabungkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Selain itu, mekanisme kerja bagi pakar perkhidmatan perusahaan telah ditubuhkan khusus untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih profesional.

Kerajaan tempatan dan perusahaan bersikap optimis mengenai sama ada perniagaan akan terjejas selepas wabak tersebut. “Sebaik sahaja wabak itu terkawal, penggunaan dan pelaburan yang ditangguhkan sebelum ini akan dikeluarkan, dan ekonomi perindustrian bagi Dongguan akan menunjukkan pertumbuhan pemampasan,” kata Liu. Pencengkaman sementara bagi permintaan pasaran mungkin membawa kepada satu pantulan di dalam pesanan merentas industri.

Sumber: Biro bagi Industri dan Teknologi Maklumat Dongguan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.