ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  WILAYAH EHIME, JEPUN, MENJADI TUAN RUMAH KEPADA KEM LATIHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO UNTUK PASUKAN BADMINTON KEBANGSAAN MALAYSIA

Thursday 20/02/2020



AsiaNet 82927

MATSUYAMA, Jepun, 20 Feb., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Wilayah Ehime, yang terletak di Shikoku di wilayah barat Jepun, telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menyediakan pasukan badminton kebangsaan Malaysia dengan sebuah tapak kem latihan untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020. Perjanjian ini untuk pertukaran sukan telah membawa pasukan-pasukan badminton remaja dan senior kebangsaan Malaysia ke Ehime untuk latihan mereka.
 
Foto 1: Sambutan selamat datang
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104723/202002146824/
_prw_PI1fl_hl7sszH1.jpg

 
Foto 2: Perlawanan persahabatan dengan pasukan korporat Jepun
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104723/202002146824/
_prw_PI2fl_Y5h8i6vi.png

 
Foto 3: Aktiviti pertukaran dengan penduduk di Bandar Tobe
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104723/202002146824/
_prw_PI3fl_Oi95u5DT.png

 
Foto 4: Resort spa panas Dogo Onsen
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M104723/202002146824/
_prw_PI4fl_1RMhl0Ot.jpg

 
Terdapat 3 kem latihan sehingga sekarang, dan semasa kem latihan mereka pada Disember, 5 orang jurulatih dan 20 atlet, termasuk pemain bertaraf dunia Lee Zii Jia, telah datang untuk berlatih selama 8 hari dari 22 hingga 29 Disember, 2019. Untuk memastikan atlet berkenaan mendapat keputusan yang baik daripada latihan mereka, kerajaan wilayah Ehime telah membuka dewan Budokan Wilayah Ehime dan kemudahan latihan yang lain kepada atlet-atlet dan menyediakan sokongan yang terbaik mungkin ke arah latihan mereka.

Semasa kem latihan itu, satu perlawanan persahabatan telah diadakan di antara atlet-atlet Malaysia dan ahli-ahli dari pasukan-pasukan korporat Jepun. Perlawanan-perlawanan bertaraf dunia telah berlangsung di antara atlet yang mengagumkan penonton, dan ia adalah satu pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan bagi peminat badminton sekolah menengah yang menyaksikannya.

Di antara sesi latihan mereka, atlet-atlet Malaysia telah mengambil bahagian di dalam acara-acara pertukaran dengan penduduk tempatan dan pelajar sekolah menengah Ehime. Mereka berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti “menumbuk mochi (kek beras)”, memakan “imotaki” (periuk panas taro) Ehime dan melawat tapak-tapak kebudayaan seperti mata air panas paling tua di Jepun, resort Dogo Onsen di Matsuyama.

Atlet dan jurulatih Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih di atas layanan baik dan persekitaran latihan yang disediakan kepada mereka oleh penduduk Ehime. Sebelum Sukan Olimpik Tokyo itu, atlet-atlet Malaysia itu akan melawat Ehime sekali lagi untuk persediaan akhir. Wilayah Ehime berharap dapat membantu atlet-atlet Malaysia dengan segala daya upaya mereka agar mereka dapat menghasilkan keputusan hebat pada Sukan Olimpik itu nanti.
 
 SUMBER: Wilayah Ehime

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.