ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MASKOT BAGI SUKAN PARA ASIA 2022 HANGZHOU DILANCARKAN

Monday 20/04/2020

AsiaNet 83732

Table

Maskot bagi Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022


HANGZHOU, China, 20 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Maskot rasmi bagi Sukan Para Asia ke-4 telah diumumkan kepada dunia semasa satu upacara yang diadakan secara dalam talian.
 
Burung Feifei (diucapkan Fay Fay dalam Bahasa Inggeris) yang menawan dan optimis adalah didasarkan kepada satu motif umum bagi seekor “burung kudus” dalam Budaya Liangzhu prasejarah bagi Hangzhou. “Burung kudus” itu adalah pengarak bagi berita baik dan utusan bagi budaya dan kebahagiaan di dalam budaya Cina.

'Fei' yang pertama bermaksud terbang, yang merujuk kepada keterangkuman, rasa hormat dan persaudaraan bagi masyarakat. 'Fei' kedua pula melambangkan ketabahan bagi atlet yang mempunyai kecacatan anggota yang mengejar impian mereka.

Satu tanda pada muka maskot itu menyerupai huruf “i”, satu rujukan kepada “kota pintar” bagi Hangzhou yang merupakan sebuah hab penting di dalam internet China. Sebentuk cincin pada dadanya yang terdiri daripada 45 titik adalah simbol bagi pertemuan yang menggembirakan bagi  semua ahli Jawatankuasa Paralimpik Asia.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia Majid Rashed meraikan acara itu dengan sepucuk surat perutusan tahniah. “Kami sangat gembira bahawa maskot itu telah dilancarkan lebih awal menjelang temasya Sukan itu agar dapat membina keghairahan di seluruh Asia,” kata beliau.

Sukan Paralimpik Asia itu adalah acara sukan komprehensif terbesar untuk orang kurang upaya di Asia. Diadakan setiap empat tahun, ia berlangsung sejurus selepas penutupan Sukan Asia. Sukan itu akan diadakan dari 9 hingga 15 Oktober setelah Sukan terdahulu di Jakarta, Indonesia, pada tahun 2018.

Tempat-tempat pertandingan yang digunakan semasa Sukan Asia Hangzhou pada September akan dipertingkatkan untuk Sukan Paralimpik itu, dengan kemudahan bebas halangan diperbaiki bagi memastikan keperluan atlet yang bertanding dipenuhi.
 
Sumber: Jawatankuasan Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=362168
 
   Kapsyen: Maskot bagi Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.