ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  RANCANGAN RAYA NORMAL BAHARU DI RADIO IKIM

Thursday 21/05/2020



KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) --  Bagi meraikan kesyukuran dan kemeriahan Aidilfitri, Radio IKIM tidak ketinggalan menerbitkan rancangan-rancangan istimewa yang disusun sepanjang sambutan Aidilfitri, sekalipun dalam tema yang berbeza demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dengan tujuan menyampaikan kefahaman berkaitan sambutan Hari Raya dalam Islam dan kaitannya dengan PKPB kini, Radio IKIM akan menerbitkan rancangan Aidilfitri antaranya, rancangan “Satu Kemenangan”, “Pesona Syawal” dan “Istiqomah Syawal” yang akan bersiaran pada hari raya pertama hingga ketiga pada jam 10.00 pagi. Manakala pada jam 5.00 petang hari raya pertama hingga ketiga, pendengar dihidangkan dengan rancangan “Sesuci Lebaran”, “Fitrah Aidilfitri” dan “Indahnya Aidilfitri Bersama Saudara Baru”.

Selain itu, bermula jam 9.00 malam hari raya pertama hingga keenam, rancangan “Raya Normal Baharu (RNB)” akan memberi peluang kepada pendengar berinteraksi dengan penyampai bertugas dan berkongsi suasana hari raya mereka, diikuti sebuah rancangan hiburan Islami “Lebaran Bersama Artis” pada jam 10 malam. Menerusi rancangan  Lebaran Bersama Artis ini, pendengar akan dihiburkan dengan sesi temubual dan nyanyian dengan persembahan akustik daripada personaliti dan artis nasyid antaranya Hafiz Hamidun, Kumpulan Inteam, Saujana, Ikhwan Fatanna, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta Halim Ahmad. Dengarkan juga perkongsian mereka menyambut Aidilfitri dengan normal baharu ini.

Selain daripada dapat didengari, program-program ini juga dapat ditonton menerusi Facebook Live dengan melayari www.facebook.com/ikimfm. Semoga hari raya kita lebih bermakna dengan menghayati perkongsian ilmiah dan hiburan mendidik minda bersama Radio IKIM, Inspirasi Inforia Islami.

Unit Perhubungan Korporat
21 Mei 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA





 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.