ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  FUSIONEX MEMBANTU KUMPULAN SYARIKAT KE SELURUH NEGARA MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN MEREKA KE TAHAP SETERUSNYA

Thursday 21/05/2020



KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin teknologi AI dan Data Besar yang memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah mencapai satu kontrak untuk membantu menyediakan sebuah platform digital dipacukan oleh wawasan yang disatukan bagi sebuah kumpulan syarikat nasional yang dapat dimanfaatkan merentasi semua perniagaan mereka yang sangat berbeza.

Terkenal dengan rangkaian pasar raya mini 24 jam mereka, klien itu adalah sebuah kumpulan syarikat ke seluruh negara yang merangkumi satu rangkaian industri dan sektor yang luas, termasuk peruncitan makanan dan minuman, e-dagang, perhotelan, kelengkapan rumah, penjagaan diri dan pembangunan hartanah, di antara lain.

Kejutan daripada krisis global ketika ini sangat membebankan organisasi di seluruh dunia kerana ia telah memaksa peralihan secara tiba-tiba dari fizikal kepada digital. Syarikat-syarikat kini berlumba untuk menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu yang telah dipaksakan kepada mereka, yang melibatkan pencepatan penggunaan teknologi digital untuk merapatkan jurang di antara dunia fizikal dan digital.

Dengan memanfaatkan platform penglibatan klien Fusionex yang dikuasakan oleh AI, teknologi itu membantu menjanakan lebih banyak petunjuk dengan matlamat untuk meningkatkan penjualan baharu dan berulang. Platform ini juga akan meningkatkan kecekapan dan kualiti bagi pengalaman pelanggan, yang kini disampaikan secara digital dalam satu kaedah yang lancar.

Di samping itu, klien tersebut juga akan mempunyai keupayaan untuk menganalisis maklumat penting di tengah-tengah jumlah data yang banyak untuk membantu membimbing mereka membuat keputusan dan perancangan strategik. Usaha ini akan memberikan nilai yang segar kepada pengalaman penglibatan pelanggan bagi klien itu, memperkenalkan cara-cara baharu untuk menyampaikan interaksi pengguna yang diperibadikan serta sebuah mesin pemasaran yang disasarkan yang dikuasakan oleh AI yang mantap.

Klien itu akan juga dapat memanfaatkan pada kebolehan AI pada platform itu untuk melakukan analisis ramalan dan preskriptif bagi mendedahkan penemuan baharu dan mengenali nilai bagi pelbagai trend pengguna. Dengan maklumat ini, mereka akan berupaya untuk meramalkan dan membentuk tingkah laku pelanggan, mengukur kejayaan kempen pemasaran, mengenali dan membetulkan proses yang berprestasi rendah dan skala operasi di seluruh negara.

Platform yang canggih ini memudahkan bagi klien itu untuk merebut peluang-peluang penjualan, menyusun semula strategi digital sebagai tindak balas terhadap perubahan di dalam pasaran, dan menguasai prospek jual beli dan penjualan bersilang yang lebih baik kepada satu pangkalan pengguna yang lebih terbuka dan disasarkan dengan lebih tepat. Melalui penglibatan yang proaktif, klien itu kini memiliki cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka pada waktu dan frekuensi yang sesuai, dengan menggunakan saluran yang tepat, dengan mesej beresonan yang betul.

“Dengan memiliki banyak pengetahuan dan pengalaman perniagaan, klien itu memahami bahawa perdagangan adalah lebih daripada sekadar penjualan dan pendapatan. Ia adalah mengenai memuaskan pengalaman pelanggan. Ini adalah kepercayaan yang dikongsi oleh Fusionex. Oleh itu, kami sedang melaksanakan satu platform digital yang dipacu oleh data bagi klien itu untuk mengenal pasti peluang-peluang penting dengan ciri-ciri ramalan dan preskriptif; yang disediakan dalam satu cara yang lancar, cekap dan bersepadu. Adalah menjadi harapan kami bahawa melalui inisiatif ini, klien itu akan dapat memberikan suatu pengalaman digital yang lebih lancar, holistik dan bermanfaat kepada pelanggan akhir mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga sebuah syarikat MDEC GAIN dan juga sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com 

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20200520005313/en/

Hubungi

Media:
Nancy Baker
nancy@international-marketinsights.com

Sumber : Fusionex
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.