KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua Cawangan LHDNM pada 30 dan 31 Mei 2020 (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh-tarikh tersebut. Kaunter rayuan tersebut akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 02 Jun 2020.
Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut. Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM yang terdekat atau melalui e-mel ke
rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),
b) HASiL Live Chat;
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
· Facebook -
https://www.facebook.com/LHDNM · Twitter -
https://twitter.com/LHDNMofficialDikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 29 Mei 2020SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaUNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA