ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SEHINGGA JPY3 JUTA TERSEDIA UNTUK "SAHUT CABARAN MELAMPAUI AKAL BUDI!"; KADOKAWA ASCII MENGUNDANG PERMOHONAN UNTUK "PROGRAM INNO-VATION 2020"

Tuesday 14/07/2020

AsiaNet 84720

TOKYO, 14 Julai, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
- Disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun -

- Subsidi untuk Idea-idea Bercita-cita Luar Biasa; Tidak ada Sekatan terhadap Umur, Kewarganegaraan, Kediaman bagi Pemohon -
 
KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc. dari Tokyo, agensi pelaksana untuk “Program INNO-vation” itu, yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, menjemput permohonan bagi program itu sehingga 31 Ogos, 2020.
 
(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M101933/
202007071771/_prw_PI2fl_y3ty8BB3.jpg
)
 
(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M101933/
202007071771/_prw_PI1fl_R7OU5Ej4.jpg
)
 
Kesan pandemik COVID-19 terhadap masyarakat adalah sangat ekstrem sehingga tidak ada pilihan selain mengubah gaya hidup sehingga kepada cara bagaimana orang bergerak pada siang hari. Untuk mengatasi dan menghapuskan status quo ini dan berusaha ke arah mengubah kehidupan mereka untuk menjadi satu kebiasaan baharu dan berkembang, orang ramai tidak harus lupa mengenai individu luar biasa yang terus menghadapi cabaran ini dalam keadaan yang paling sukar dan menyokong keupayaan mereka yang unik yang melampaui akal budi. Program ini adalah untuk pencabar yang tidak mengikut kelaziman di dalam bidang ICT. “Cabaran Disruptif” itu bertujuan untuk mewujudkan nilai-nilai disruptif dengan satu tempoh masa cabaran maksimum satu tahun dan jumlah sokongan kewangan sehingga JPY3 juta. “Anugerah Generasi” itu nampaknya dapat menemukan idea dan teknologi yang walaupun kecil namun unik yang dapati membina sebuah masa depan yang lebih baik, pemenang menerima pujian dan hadiah sehingga JPY200,000 dari 180 “Rakan Koperasi.”
 
-Permohonan untuk “Cabaran Disruptif” (menyokong sehingga JPY3 juta)
Langkah pertama, “Cabaran 0 hingga 1,” menampilkan satu tempoh cabaran sehingga 4 bulan dan satu bajet sokongan sehingga JPY1 juta. Jumlah yang diinginkan dapat ditetapkan mengikut cara bagaimana pencabar itu ingin menerangi jalan menuju matlamat itu.
 
Langkah kedua, “Cabaran Disruptif,” itu membolehkan pencabar untuk meneruskan cabaran, mengurangkan masa dan bajet yang digunakan di dalam langkah pertama itu bagi satu tempoh cabaran sehingga 1 tahun dan bajet sokongan maksimum sehingga JPY3 juta.
 
-Permohonan untuk Anugerah Generasi (Menerima JPY200,000 bagi setiap Anugerah Kategori) Dengan kerjasama Rakan Koperasi bagi program ini, Hadiah-hadiah Anugerah Kategori (JPY200,000) dan Anugerah-anugerah Korporat Khas akan ditawarkan. Di samping itu, cadangan-cadangan yang dicalonkan bagi anugerah itu (185 dari tahun lalu) akan diberi peluang untuk melaksanakan idea-idea mereka dengan kerjasama syarikat-syarikat rakan ini.

-Penciptaan dan Reka Cipta dari “Program INNO-vation” Terdahulu
Untuk video, temuramah, dan lebih banyak lagi mengenai program itu, sila lihat wadah rasmi itu di InnoUvators: https://innouvators.com/inno/
 
Daftar e-mel untuk mendapatkan maklumat mengenai acara berkaitan INNO yang akan datang di: https://innouvators.com/inno-mail/
 
-Kaedah Permohonan
Tempoh Permohonan:
Dari GMT 8:00 pagi/JST 5:00 petang Rabu, 1 Julai 2020, hingga GMT 9:00 pagi/JST 6:00 petang Isnin, 31 Ogos, 2020
Sila memohon melalui borang permohonan di laman web INNO-vation:
https://www.inno.go.jp/en
 
Tidak ada sekatan pada usia, kewarganegaraan, dan tempat tinggal bagi pemohon.
 
Sumber: KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.