ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  HANGZHOU DI CHINA MENYAKSIKAN PEMBANGUNAN BANDAR YANG DISELARASKAN DENGAN PERLINDUNGAN WARISAN DUNIA

Tuesday 14/07/2020



HANGZHOU, China, 14 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 6 Julai, kota Hangzhou di timur China telah melancarkan “Hari Hangzhou Liangzhu” dan Minggu Kebudayaan Hangzhou Liangzhu yang pertama, yang juga merupakan festival eksklusif untuk yang “paling muda” (terpilih terkini) bagi tiga warisan dunia di Hangzhou, menurut kerajaan perbandaran Hangzhou.

Pada Persidangan Warisan Dunia ke-43 yang diadakan setahun yang lalu di Baku, ibu negara bagi Azerbaijan, Runtuhan Arkeologi bagi Kota Liangzhu telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia. Hangzhou telah memutuskan untuk menetapkan 6 Julai sebagai “Hari Hangzhou Liangzhu” dan 24 Jun sebagai “Hari Tasik Barat Hangzhou”. Kedua-dua hari ini adalah merupakan tarikh apabila kedua-dua tapak terkenal itu di Hangzhou secara rasmi dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia.

Dari Tasik Barat ke Terusan Besar dan kemudian ke Runtuhan Arkeologi bagi Kota Liangzhu, Hangzhou sudah memiliki tiga warisan kebudayaan dunia, yang menunjukkan bahawa Hangzhou adalah sebuah kota purba dengan warisan kebudayaan yang berbeza yang menunjukkan konteks sejarah dan budaya China yang jelas dan lengkap.

Di Hangzhou, ketiga-tiga tapak itu kesemuanya terletak di pusat pembangunan bandar. Ini juga menyebabkan Hangzhou memberi perhatian khas kepada rasa penyertaan rakyat dan simbiosis di antara manusia dan alam di dalam proses perlindungan menyeluruh bagi tiga tapak warisan dunia itu. Satu kaedah perlindungan bersepadu dan simbiotik yang menggabungkan warisan kebudayaan, pembangunan bandar dan penduduk bandar telah secara beransur-ansur terbentuk setelah penjelajahan selama bertahun-tahun lamanya.

“Liangzhu” bermaksud sebuah benua yang indah di perairan dalam bahasa Cina. Bandar dan air selalu menjadi simbiotik di dalam pembangunan. Nenek moyang yang meletakkan asas bagi kota itu lazimnya menetap berhampiran air, dan kota purba Liangzhu tidak terkecuali. Hab pemeliharaan air pinggir bagi kota purba Liangzhu adalah tapak projek pemeliharaan air berskala besar yang paling awal yang ditemui setakat ini di China. Ini termasuk sistem pengairan yang rumit dan pembangunan dan penyelenggaraan pertanian. Ini adalah suatu kepentingan yang mengagumkan dalam satu era ketika manusia tidak mempunyai kuda peliharaan.

Setelah dimasukkan ke dalam senarai warisan dunia, ia merupakan tanggungjawab bersama bagi semua pihak untuk secara efektif melindungi tapak warisan ini.

“Keutamaan pertama adalah untuk melindungi, dan yang kedua adalah untuk berkongsi hasil pemuliharaan.” Ini adalah prinsip bagi pasukan pengurusan untuk Runtuhan Arkeologi bagi Kota Liangzhu, yang bertanggungjawab untuk menghubungi 24 kampung di kawasan simpanan sepanjang tahun untuk menyelaras perlindungan dan kehidupan serta pengeluaran tapak.

Pada masa yang sama, Hangzhou telah menetapkan satu model “zon khas” untuk perlindungan tapak-tapak yang besar, yang telah mengekalkan integriti  dan keaslian bagi tapak-tapak itu seluas mungkin, termasuk pembinaan Runtuhan Arkeologi bagi Taman Kota Liangzhu. Kini taman itu telah memelihara dan memulihkan ekosistem tanah lembap yang asli di sebuah kawasan yang luas dan memulihkan corak negara purba pada masa itu. Lebih-lebih lagi, pemeriksaan rutin dan amaran awal teknologi bagi kawasan warisan seluas 114 kilometer persegi dan zon penampan diperkuatkan dengan bantuan saintifik dan teknologi dalam pengumpulan dan analisis data.

Jenis pertumbuhan dan integrasi bersama ini di antara tapak warisan dan bandar, bandar dan orang ramai telah juga ditunjukkan di dalam perlindungan Tasik Barat dalam generasi sebelumnya. Hari ini, ketika mengembara di kawasan pergunungan dan sungai di Tasik Barat, tanda kewujudan bersama secara harmoni di antara manusia dan alam dapat ditemui di merata tempat.

Seawal 13 abad yang lalu, Bai Juyi, seorang penyair terkenal dan pegawai kerajaan di Hangzhou, telah membina projek pemeliharaan air di Hangzhou, mengatur orang untuk meningkatkan empangan dan menyimpan air bagi mengairi tanah pertanian. Su Causeway, sebuah tempat pemandangan indah yang terkenal di Tasik Barat, juga dinamakan sebagai memperingati Su Dongpo, seorang pegawai dan penulis Hangzhou yang terkenal, yang memerintah Tasik Barat 10 abad yang lalu. Sejak tahun 2002, Tasik Barat, juga tempat pemandangan indah paling penting di Hangzhou, telah menjadi taman pusat bandar, dengan lebih 130 tempat pemandangan indah di sepanjang Taman Tasik Barat dibuka secara percuma kepada orang awam.

Park So-Hyun, ketua pemeriksa bagi aplikasi warisan dunia Tasik Barat dan seorang pakar bagi Majlis Antarabangsa mengenai Monumen dan Tapak (ICOMOS), mengagumi pada penyelarasan baik bagi pembangunan bandar Hangzhou dan perlindungan tasik di Tasik Barat. Beliau berkata bahawa penduduk pribumi itu sendiri adalah merupakan komponen bagi landskap kebudayaan, dan mereka berkongsi tanggungjawab bagi perlindungan warisan dengan pasukan pengurusan itu.

Perhubungan yang harmoni di antara Hangzhou dan Tasik Barat tidak pernah terputus sejak zaman purba lagi. Generasi berbeza bagi pegawai dan penduduk tempatan di Hangzhou mempunyai konsensus untuk mengembalikan tasik itu kepada penduduk dan melindungi Tasik Barat, yang merupakan satu tindakan sedar secara kolektif yang telah bertahan selama ribuan tahun.

Dalam analisis terakhir, perlindungan warisan kebudayaan itu tidak dapat dipisahkan daripada usaha oleh penduduk kota. Ia dapat dilihat bahawa perlindungan Runtuhan Arkeologi bagi Kota Liangzhu dan Tasik Barat telah benar-benar menjadi perniagaan semua orang di Hangzhou. Dalam kewujudan bersama secara harmoni bagi manusia, alam dan bandar, dan dalam perlindungan yang berterusan bagi warisan kebudayaan, falsafah bagi negara China, rasa estetiknya yang unik dan perangai tradisional juga telah diwarisi secara berterusan.

Sumber: Kerajaan Perbandaran Hangzhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.