ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  "A BITE OF DONGGUAN" MENJADI SATU HIT DI INTERNET DI CHINA, MENUNJUKKAN UNSUR KEMANUSIAAN TERHADAP "KILANG DUNIA" ITU

Tuesday 21/07/2020

AsiaNet 84850

DONGGUAN, China, 21 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, dokumentari A Bite of Dongguan telah disiarkan di Internet di China, yang menggambarkan budaya makanan di bandar Dongguan. Ia telah dirancang oleh Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan, dan dihasilkan oleh pasukan dokumentari makanan dan kebudayaan terkemuka di China. Sekarang, menunjukkan unsur kemanusiaan terhadap “kilang dunia” itu, ia telah menerima hampir 100 juta ulasan dan mendapat perhatian yang meluas.

Dokumentari itu menyajikan lebih daripada 130 jenis bahan dan hidangan tempatan Dongguan. Melalui satu siri watak dan cerita yang meriah betul, ia memaparkan budaya makanan yang pelbagai bagi bandar pembuatan itu, dengan memperlihatkan tradisi yang terpelihara dengan baik semasa pembangunan pesat di bandar itu dan mempamerkan sikap masyarakat tempatan untuk hidup.

“Dongguan, kilang dunia itu, tidak meninggalkan budaya mereka sendiri ketika sedang membangun. Kami berharap melalui makanan, penduduk tempatan dapat memberikan perhatian kepada nilai gaya hidup dan tabiat makan mereka, dengan itu dapat mencari identiti mereka, sementara orang bukan tempatan dapat mengetahui Dongguan daripada perspektif lain,” kata Li Jie, penerbit dokumentari itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Dongguan, sebagai sebuah bandar pembuatan yang terkenal, telah menarik perhatian dari dunia luar. Walau bagaimanapun, perubahan perindustrian dan penghijrahan pekerja industri yang berterusan tetap tidak berubah dalam laporan berita di luar negara. Dongguan dianggap sebagai sebuah bandar pembuatan tradisional yang secara membuta tuli mengejar pembangunan ekonomi dan pengembangan ruang bandar yang pesat, sementara meninggalkan orang ramai dengan tidak mempunyai ruang untuk sebuah kualiti kehidupan yang lebih baik. Dokumentari itu membolehkan orang ramai untuk melihat sudut lain bagi kilang dunia ini.

“Dongguan bukan hanya menghasilkan produk untuk dunia, tetapi juga membuat makanan yang enak,” kata Chen Xiaoqing, ketua perancang bagi dokumentari itu dan ketua pengarah bagi dokumentari Once Upon a Bite. A Bite of Dongguan diilhamkan oleh kota itu sendiri dan mereka yang difilemkan di dalam dokumentari itu. Orang ramai yang tinggal di bandar itu, sama ada orang tempatan atau tidak, telah memberikan masakan Dongguan dengan ciri-ciri baharu sebagai tradisional, mudah, menyeluruh dan pragmatik. Dokumentari itu membolehkan penduduk tempatan untuk mencari identiti mereka. Ia juga berfungsi sebagai sebuah platform komunikasi bagi Dongguan untuk meningkatkan imej kota melalui masakan tempatan. Chen Xiaoqing berkata, dokumentari itu tidak hanya membincangkan tentang pewarisan makanan, tetapi juga tentang satu era: melalui makanan, orang ramai dapat melihat perubahan yang dibawa oleh pembaharuan dan pembukaan terhadap Dongguan. Ia kini telah menjadi sebuah bandar pembuatan yang terkenal di dunia, dengan menarik orang di seluruh dunia untuk datang ke sini dan mengumpulkan perisa dari dunia.

Selain daripada makanan, dokumentari itu juga mendedahkan unsur kemanusiaan terhadap Dongguan yang sesuai didiami, yang memperlihatkan satu sudut yang berbeza daripada sebuah bandar pembuatan. Dalam satu berita hangat China baru-baru ini, Wu Guichun, seorang pekerja migran yang telah bekerja di Dongguan selama bertahun-tahun, telah meninggalkan satu pesanan yang menyentuh jiwa untuk Perpustakaan Dongguan sebelum beliau hendak meninggalkan Dongguan. Kemudian, pesanannya itu telah tersebar luas di Internet dan orang ramai amat terharu oleh kasih sayangnya terhadap membaca dan kecintaannya kepada Dongguan. Tidak lama kemudian, kerajaan tempatan telah membantu beliau mencari satu pekerjaan baharu. Cerita itu, dengan satu pengakhiran yang menggembirakan, sepenuhnya menunjukkan keterangkuman dan kebaikan hati kota itu. Tahun lalu, Dongguan telah menghasilkan dokumentarinya yang  pertama “The Era of Manufacturing”. Episod pertama “The Marvelous Workmen” adalah mengenai kisah perjuangan pekerja perindustrian tempatan, juga menunjukkan keterangkuman bandar itu.

Makanan adalah asas kepada kehidupan. Memandangkan subjek filem itu adalah hampir dengan kehidupan dengan penonton yang seluas-luasnya, makanan boleh dengan mudah membangkitkan minat dan perhatian bersama. Kini, A Bite of Dongguan telah mula dilancarkan di luar negara. Adalah diharapkan lebih ramai orang di dunia dapat jatuh cinta dengan masakan Cina dan memahami Dongguan melalui makanan.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.