ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD TAWAR LANJUTAN MORATORIUM, BANTUAN BAYARAN KEPADA KUMPULAN SASAR

Tuesday 04/08/2020



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad akan menyediakan bantuan bayaran bersasar bagi pelanggan yang berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk meneruskan bayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium berakhir pada 30 September 2020.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata bantuan bayaran bersasar ini sejajar dengan inisiatif bantuan COVID-19 yang diperluas oleh kerajaan, yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
 
“Bank Muamalat telah menghubungi semua pelanggannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pelbagai platform media sosial untuk memastikan pelanggannya menyedari tentang bantuan bayaran yang disediakan oleh pihak Bank,” tambah Khairul.
 
Bantuan bayaran bersasar disediakan untuk pelanggan dalam Kategori Terjejas seperti berikut:
 
i)  Bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan  diberikan moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh 3 bulan bermula 1 Oktober 2020.
ii) Bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan, bayaran ansuran mereka akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan, untuk tempoh 6 bulan, bermula 1 Oktober 2020.
 
Untuk pelanggan lain yang terjejas tetapi tidak termasuk dalam Kategori Terjejas, bantuan bayaran disediakan berdasarkan kes demi kes.
 
Pelanggan Bank Muamalat yang memerlukan keterangan lanjut mengenai bantuan bayaran bersasar dinasihati mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat atau hubungi kami di talian + 603-2600 5500 atau layari laman sesawang kami di www.muamalat.com.my. Sila rujuk Soalan Lazim Bantuan Bayaran Pasca Moratorium dan hantar borang permohonan.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.
 
Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi dan juga produk pengurusan kekayaan seperti takaful keluarga dan takaful am, pelaburan, pengurusan hartanah Islam, dan produk bukan kewangan termasuk pengurusan pengebumian Islam, pembelajaran Quran dan percutian berlandaskan Syariah. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal.

Bank Muamalat mempunyai 66 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CICO yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara. Kami juga menyediakan kemudahan perbankan internet korporat.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Saidatul Leiza Suleiman
Tel: +6011 1061 5266 
Emel: leiza@muamalat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.