ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MEMUPUK DAN MENGUKUHKAN NILAI KORPORAT DALAM SEKTOR AWAM

Thursday 06/08/2020



Table
 
Dari Kiri ke Kanan: Prof, Madya Dr Lalilawati Mohd Salleh, Dato Dr Mohd Padzil Hashim (Ketua Operasi), Prof. Dr Zulkornain Yusop (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif), Mohd Fadzil Ekhwan, Prof. Datuk Dr John Antony Xavier.  


SERDANG, 6 Ogos (Bernama) -- Putra Business School (PBS) telah menganjurkan program latihan Putra Senior Management and Leadership Programme: Enhancing Corporate Spiritualities untuk 30 Pegawai Tadbir Diplomatik di premis PBS, dari 20 Julai hingga 24 Julai 2020.

Antara penceramah terkemuka termasuklah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengarah Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn. Bhd., Dato’ Zolkipli Abdul; Ahli Lembaga Pengarah Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn. Bhd., Dato’ Zakri Afandi Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Cita Kapital Sdn. Bhd., En. Muhamad Yazdi Che Ya; Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub serta Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato’ Hj. Suhaime Mahbar.

Penceramah lain termasuklah pegawai kanan perkhidmatan awam, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar; bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris; bekas pegawai kanan kerajaan yang juga merupakan Ketua Pengarah Operasi PBS, Dato’ Dr. Mohd Padzil Hashim dan bekas pegawai kanan kerajaan serta ahli akademik PBS, Prof. Datuk Dr. John Antony Xavier.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Prof. Dr. Zulkornain Yusop, dalam ucapan alu-aluan beliau berkata bahawa program ini turut dianjurkan bagi mempromosikan konsep dan prinsip Tadbir Urus Insan (Human Governance), yang merupakan falsafah yang diamalkan di PBS.

Dato’ Rosman Mohamed, dalam sesi bertajuk Inculcating Corporate Spirituality Values in the Workplace, selain menekankan kepentingan mempraktikkan nilai-nilai korporat, turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang perjalanan kerjaya beliau.

Selain itu, perbezaan antara jenis-jenis pengurusan dan falsafah korporat telah diketengahkan dalam sesi Global Governance Issues In Private And Public Sectors yang dibentangkan oleh Dato’ Zulkopli Abdul, Dato’ Zakri Afandi dan En. Muhamad Yazdi Che Ya. Menurut Dato’ Zakri Afandi, “Tadbir urus korporat sepatutnya digunakan sebagai panduan dan bukan menghalang urusan perniagaan.”

Dato’ Hussamuddin dalam sesi bertajuk Expert Sharing Session On Authentic Leadership, telah menerangkan mengenai kualiti kepimpinan. Manakala Dato’ Hj. Suhaime menerangkan  kepentingan etika dalam perkhidmatan awam semasa sesi beliau yang bertajuk Reflections On Ethics For the Public Servant.

Para peserta telah memberikan maklum balas yang positif selepas tamat program ini malah merakamkan penghargaan kerana diberi peluang menghadiri program yang unik  ini.
 
PUTRA BUSINESS SCHOOL

PBS merupakan Top Business School dan institut pengajian tinggi siswazah yang terletak di UPM Serdang. Bagi menyeimbangkan teori dan amalan industri, kebanyakan pensyarah-pensyarah yang mengajar program-program akademik di PBS mempunyai pengalaman industri. PBS juga merupakan institusi pengajian tinggi dalam perniagaan yang pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi daripada AACSB (The Association to Advance Collegiate Schools of Business) dan ABEST21 (THE ALLIANCE ON BUSINESS EDUCATION AND SCHOLARSHIP FOR TOMORROW, a 21st Century Organization). Semua program akademik di PBS diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program yang ditawarkan di PBS ialah MBA, PGCert, MSc dan PhD.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Siti Badarny Hassan, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat di 019-219 4287 badarny@putrabs.edu.my atau layari: www.putrabusinessschool.edu.my


SUMBER : PUTRA BUSINESS SCHOOL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Siti Badarny Hassan
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat 
Tel : 019-219 4287
E-mel : badarny@putrabs.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.