SINGAPURA, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lightspeed Venture Partners (“Lightspeed”) hari ini mengumumkan pelancaran operasi mereka di Asia Tenggara. Beribu pejabat di Singapura, Lightspeed akan bekerjasama dan menyokong usahawan berani di rantau itu yang membina syarikat-syarikat disruptif. Lightspeed akan menggunakan modal untuk pelaburan mereka di Asia Tenggara daripada dana global mereka, di mana ia sebelumnya
mengumumkan telah mengumpulkan AS$4 bilion pada tahun 2020.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200916005103/en/Ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan dan ekonomi yang dipacu oleh COVID-19, ia juga melihat pendigitan yang pantas merentasi industri dan kategori. Angin belakang ini membolehkan pengasas yang mantap untuk mewujudkan kategori dan model perniagaan baharu. Lightspeed komited untuk menyokong pengasas merentasi wilayah, yang membina sebuah masa depan baharu di sebalik gangguan yang diketuai oleh teknologi.
Sejak tahun 2000, Lightspeed telah menyokong pengasas yang mengubah permainan dari peringkat mula sehingga kepada peringkat pertumbuhan. Lebih daripada 70% pelaburan mereka dibuat dalam firma-firma pada peringkat awal, selalunya menjadi rakan modal institusi pertama. Di Asia Tenggara juga, Lightspeed secara aktif terlibat dengan usaha dari peringkat awal mereka, menyelesaikan masalah Asia yang unik di dalam sektor seperti perdagangan, fintech, edtech dan SaaS di antara lain.
“Asia Tenggara adalah satu daripada ekonomi dan ekosistem permulaan yang paling pesat berkembang di dunia, dan ini adalah disebabkan oleh bakat keusahawanan luar biasa di rantau itu. Kami yakin ekosistem permulaan itu akan meneruskan pengembangannya yang ketara dan sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan usahawan ketika mereka membangun dan meningkatkan syarikat disruptif,” kata
Akshay Bhushan, Rakan, Lightspeed Venture Partners.
Lightspeed sudah melabur di rantau itu merentasi aplikasi super serantau
Grab, platform perdagangan sosial
Chilibeli, aplikasi tempat pasaran B2B
Ula, penyedia perisian kecerdasan buatan perusahaan
NextBillion.ai serta syarikat gerbang pemenuhan dan perkapalan
Shipper. Selain itu, sebahagian besar daripada syarikat portfolio Lightspeed meningkatkan perniagaan di Asia Tenggara dan mempunyai ibu pejabat serantau di Singapura - termasuk
Snap,
OYO Rooms,
Yellow Messenger dan
Darwinbox di antara lain. Banyak usaha niaga juga membina perniagaan pelbagai lokasi dengan bakat kejuruteraan dari India dan kawasan lain.
“Misi kami di Lightspeed adalah tetap sama, walaupun ketika kehadiran global kami telah berkembang dari Lembah Silikon, China ke India, Eropah dan sekarang Asia Tenggara: untuk menyokong usahawan berani yang sedang membangunkan syarikat hari esok pada hari ini,” kata
Ravi Mhatre, Pengasas dan Pengarah Urusan, Lightspeed Venture Partners. “Asia Tenggara tidak diragukan lagi adalah satu daripada ekosistem inovasi yang paling cepat berkembang dan kami berharap dapat membina hubungan yang mendalam dan bertahan lama dengan pengasas dan komuniti teknologi yang lebih luas.”
Sepanjang 20 tahun yang lalu, Lightspeed telah membantu usahawan dalam pelbagai industri masuk ke dalam syarikat-syarikat bernilai berbilion dolar, sebahagian daripadanya adalah Snap (A.S.), Nutanix (A.S.), Pinduoduo (China), kumpulan Manbang (China), Grab (Asia), OYO Rooms (India), Udaan (India) dan Byju's (India). Lightspeed telah terlibat secara mendalam dengan setiap pelaburan mereka untuk membolehkan pengasas mereka berjaya - memanfaatkan rangkaian portfolio global mereka, pengenalan pelanggan, bakat dan sokongan pemasaran dan modal pertumbuhan.
“Dengan sebuah populasi yang besar, berpengetahuan teknologi dan muda, Asia Tenggara sedang menerajui di dalam inovasi yang dipacu oleh teknologi. Kami mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap peluang-peluang di sini dan kemampuan yang ditunjukkan oleh pengasas bagi wilayah ini,” kata
Bejul Somaia, Rakan, Lightspeed Venture Partners. “Jejak global kami, yang digabungkan dengan kepakaran pasukan tempatan, akan membolehkan pengasas di rantau itu untuk memanfaatkan peluang-peluang global dengan lebih baik dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan mereka.”
Lightspeed akan mengarahkan aktiviti Asia Tenggara mereka dari pejabat serantau mereka di Singapura. Pasukan mereka di Asia Tenggara termasuk bakat dari seluruh rantau itu dengan gabungan pengalaman operasi dan pelaburan yang mantap di unikorn serantau dan firma multinasional. Pasukan Asia Tenggara itu terdiri daripada:
•
Akshay Bhushan, Rakan. Sepanjang lima tahun yang lalu, Akshay telah menerajui pelaburan teroka dengan Lightspeed. Beliau sebelum ini merupakan seorang anggota pengasas bagi pasukan pembangunan korporat Flipkart, yang menerajui pelaburan dan pemerolehan strategik bagi syarikat permulaan. Sebelum ke Flipkart, Akshay adalah merupakan seorang perunding di Bain & Company, di mana beliau telah mengasaskan Amalan Ekuiti Persendirian Atlanta di syarikat itu, sebuah pelabur peringkat awal di India, dan bersama-sama mengasaskan platform penglibatan pembeli Whalelogix.
•
Bejul Somaia, Rakan. Seorang veteran dalam modal teroka yang telah berkecimpung di dalam industri itu sejak tahun 1999, Bejul menyertai Lightspeed pada tahun 2008 dan memainkan satu peranan penting dalam menubuhkan Lightspeed India. Beliau telah memainkan peranan penting di dalam membantu membina syarikat-syarikat yang menentukan pasaran seperti OYO Rooms dan Udaan di India.
•
Pinn Lawjindakul, Naib Presiden. Pinn telah bekerja bersama-sama pengasas di semua peringkat kehidupan di China dan India. Selain bekerja dengan Grab pada peringkat awal aplikasi super itu, beliau telah sebelum ini bersama dengan Tiger Global Management di Singapura, bekerja di syarikat-syarikat portfolio di dalam bidang seperti fintech, berkongsi kereta dengan penumpang lain, komunikasi dan e-dagang. Beliau juga menghabiskan masa dengan Bain & Company, di mana beliau menasihatkan pelanggan ekuiti persendirian semasa gelombang pertama permulaan di Asia Tenggara.
•
Marsha Sugana, Sekutu Kanan Pelaburan. Marsha telah berkhidmat dalam peranan ekuiti persendirian dengan L Catterton dan Goldman Sachs pada masa lampau, dan mempunyai pengalaman meliputi syarikat-syarikat pengguna dan runcit yang diperdagangkan secara awam di Asia Tenggara. Beliau juga pernah bekerja dengan bahagian Penasihat Pasaran Kewangan BlackRock di Bandar raya New York sebagai seorang Penganalisis.
Dengan pengembangan ini ke Asia Tenggara, Lightspeed kekal komited lebih daripada sebelumnya kepada misi mereka: untuk bekerjasama dengan usahawan yang berani dalam membina syarikat yang luar biasa pada hari esok.
Maklumat mengenai Lightspeed Venture PartnersLightspeed Venture Partners adalah sebuah firma modal teroka pelbagai peringkat yang memberi tumpuan kepada mempercepatkan inovasi dan arah aliran disruptif di dalam sektor Perusahaan dan Pengguna. Sepanjang dua dekad yang lalu, pasukan Lightspeed telah menyokong beratus-ratus usahawan dan membantu membina lebih daripada 400 buah syarikat di seluruh dunia, termasuk Snap, Nest, Nutanix, AppDynamics, MuleSoft, OYO, Guardant, StitchFix, dan GrubHub. Lightspeed dan sekutunya pada masa ini menguruskan $10.5B merentasi platform Lightspeed global, dengan profesional dan penasihat pelaburan di Lembah Silikon, India, China, Asia Tenggara, dan Eropah.
www.lsvp.comUntuk maklumat lanjut, sila layari:
www.lsvp.comLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200916005103/en/HubungiUntuk pertanyaan media, sila hubungi:Pranav Rastogi – REDHILL bagi pihak Lightspeed Venture Partners
pranav@redhill.asia l +6587487919
Sumber : Lightspeed Venture Partners Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA