ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  FORUM QINGDAO PLATFORM KERJASAMA MARIN ASIA TIMUR 2020 DIADAKAN DI QINGDAO

Thursday 15/10/2020

AsiaNet 86093

QINGDAO, China, 15 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 22 September, 2020, Forum Qingdao Platform Kerjasama Marin Asia Timur dan Minggu Marin Antarabangsa Qingdao bermula di Kawasan Baharu Pantai Barat Qingdao. Pakar-pakar, cendekiawan dan golongan elit daripada pelbagai negara dan wilayah di seluruh dunia dan organisasi antarabangsa telah berkumpul secara dalam talian dan luar talian untuk bersama-sama menggalakkan kerjasama mendalam di antara pelbagai negara di dalam bidang laut.

Forum itu telah dihoskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong, dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Qingdao dan Kumpulan Pelabuhan Shandong, dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pentadbiran bagi Kawasan Baharu Pantai Barat Qingdao. Ia terdiri daripada tujuh segmen termasuk satu forum utama, empat sub-forum (Forum Atasan Antarabangsa mengenai Kesihatan Lautan, Forum Pembangunan Budaya dan Pelancongan Marin Asia Timur, Persidangan Perikatan Pelabuhan Laut Asia Timur, dan Forum Industri Rumpai Laut dan Kesihatan Antarabangsa), satu peraduan (final bagi Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Teknologi Pintar Marin Global), dan satu ekspo (Ekspo Marin Asia Timur).

Sejumlah laporan penyelidikan berpengaruh telah dikeluarkan pada forum itu, seperti Laporan Kerjasama Marin Asia Timur (2020), Laporan mengenai Perlindungan Alam Sekitar Marin dan Kerajaan bagi Negara-negara Asia Timur, dan Indeks Pembangunan Budaya dan Pelancongan bagi Kota-kota Pantai Asia Timur (2020), yang menunjukkan jalan ke hadapan untuk kerjasama marin di Asia Timur. Menurut Laporan Kerjasama Marin Asia Timur (2020), kerjasama marin di Asia Timur pada masa ini sedang menghadapi cabaran baharu, tetapi konsensus dan harapan bagi semua pihak untuk memperkuatkan kerjasama marin tetap tidak berubah, begitu juga dengan pelaburan dan sokongan untuk kerjasama marin dan ruang dan peluang besar untuk pembangunan yang berkaitan dengan marin dan sumber akuatik.

Dengan memanfaatkan platform antarabangsa bagi Forum Qingdao Platform Kerjasama Marin Asia Timur, Kawasan Baharu Pantai Barat Qingdao telah melipatgandakan usaha mereka di dalam menarik bakat dan promosi pelaburan. Perjanjian ke atas 24 projek utama telah ditandatangani pada forum itu, di antaranya 12 adalah projek industri utama dengan jumlah pelaburan RMB 45.1 bilion, yang merangkumi sepuluh industri utama seperti peralatan atasan marin, teknologi maklumat generasi baharu, tenaga baharu dan bahan baharu; dan 12 projek yang diketuai oleh bakat-bakat peringkat tinggi, yang melibatkan lebih daripada 250 bakat dalam 7 bidang strategik yang baru muncul seperti pembuatan peralatan atasan, tenaga baharu, bahan baharu, Internet Benda, bio-perubatan, pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar.

Berpusat pada tema “Keterbukaan dan Kesambungan untuk satu Masa Depan Pintar”, Hou Yunchun, bekas timbalan pengarah bagi Pusat Penyelidikan Pembangunan bagi Majlis Negeri dan presiden bagi Persatuan Penilaian Perusahaan China, dan Xiang Songzuo, seorang pakar ekonomi makro yang terkenal dan bekas ketua ahli ekonomi bagi Bank Pertanian China, serta pakar-pakar, cendekiawan dan usahawan terkenal yang lain masing-masing telah membuat ucaptama.

Satu segmen bagi forum itu - Ekspo Marin Asia Timur 2020 telah dibuka dan berlangsung sehingga 27 September. Ekspo itu telah menggunakan mod pameran “luar talian + dalam talian” yang baharu buat pertama kalinya dan mewujudkan enam kawasan pameran bagi kerjasama antarabangsa dan industri strategik; peralatan kejuruteraan marin dan sains dan teknologi marin; infrastruktur baharu dan industri baharu; barangan pengguna antarabangsa; menyokong komoditi industri; dan produk perikanan dan akuatik.

Adalah difahamkan bahawa Platform Kerjasama Marin Asia Timur adalah satu projek promosi yang diutamakan di dalam rancangan pembinaan Belt and Road kebangsaan dan satu projek promosi utama dalam inisiatif Shandong untuk menggantikan pemacu pertumbuhan lama dengan yang baharu. Bertumpukan kepada pembinaan Platform Kerjasama Marin Asia Timur, Kawasan Baharu Pantai Barat Qingdao telah menjadi tuan rumah bagi forum ini untuk tahun kelima berturut-turut, dengan menarik lebih 1,100 orang tetamu dan lebih 1,600 perusahaan dari 53 buah negara dan wilayah secara keseluruhan, dan telah memperoleh satu siri pencapaian kerjasama yang besar. Pada masa ini, Forum Qingdao Platform Kerjasama Marin Asia Timur telah menjadi satu wahana penting untuk menggalakkan kerjasama yang mendalam di antara China, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Asia Tenggara.
 
Sumber: Kementerian bagi Sumber Asli & Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.