ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​XI'AN MENJADI SATU TARIKAN PELANCONG UTAMA DALAM MINGGU KEEMASAN HARI KEBANGSAAN

Friday 16/10/2020

AsiaNet 86135

Table
Pintu Selatan bagi Tembok Kota Xi’an pada waktu senja


XI'AN, China, 16 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pelancongan domestik di China telah menyaksikan satu pemulihan yang bertenaga sepanjang percutian Minggu Keemasan yang baharu berakhir. Secara khususnya, pelancongan kembali berkembang pesat di Xi'an, ibu kota purba. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi'an pada 10 Oktober, semasa Festival Pertengahan Musim Luruh dan cuti Hari Kebangsaan tahun ini, Xi’an telah menerima 14.7481 juta pelancong dan mencatatkan pendapatan pelancongan sebanyak 11.14 bilion yuan. Daripada satu perbandingan mendatar bagi bandar raya-bandar raya China dari segi jumlah pelancong yang diterima, Xi'an menduduki tempat kedua dari sepuluh destinasi pelancongan yang popular di China.

Cuti Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah Minggu Keemasan pertama sejak China kembali pulih kepada keadaan biasa dengan pencegahan dan kawalan wabak itu. Percutian selama 8 hari itu pada awalnya telah mendorong orang ramai untuk membuat perjalanan, dengan menyumbang kepada pemulihan secara beransur-ansur bagi sektor pengangkutan, seperti perjalanan melalui syarikat penerbangan, kereta api dan kenderaan. Permintaan perjalanan yang begitu kuat telah membawa kepada satu pemulihan yang ketara di dalam pelancongan percutian.

Taman Tapak Makam Maharaja Qinshihuang telah menerima 343,100 orang pelancong; Grand Tang Mall telah menerima 1,400,900 orang pelancong, dan Beiyuanmen Moslem Street (Huimin Jie) telah menerima 729,900 orang pelancong. Sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dengan reputasi sejak dahulu lagi, pelancongan di Xi'an sedang kembali berkembang pesat, lebih menarik dan lebih menyeluruh daripada sebelumnya.

Disebabkan oleh wabak global itu, orang ramai kebanyakannya telah memilih destinasi pelancongan domestik, namun pemulihan bagi pasaran pelancongan China telah memberi satu “isyarat positif” kepada dunia. Untuk melawat Xi’an telah menjadi satu harapan yang dikongsi oleh orang ramai dari banyak negara lain. “Xi'an adalah satu daripada kota yang paling terkenal dan menarik di China, namanya sahaja telah menjelmakan imej-imej mengenai pahlawan terakota yang tersembunyi dan karavan Laluan Sutera yang eksotik.” Pada kesempatan percutian Hari Kebangsaan di China, agensi berita terkenal dunia Reuters telah menerbitkan sebuah edisi khas di laman web mereka untuk mempromosikan imej Xi'an, dengan memaparkan bagaimana “Purba dan Moden Bertembung” di ibu kota purba Xi'an yang mempesonakan dari pelbagai sudut.

Dalam edisi khas itu, Reuters telah menunjukkan kepada dunia mengenai daya tarikan dan vitaliti Xi'an melalui 10 artikel yang mengagumkan dengan sorotan berhubung sejarah, budaya, alam, sukan, akademik, muzik, gourmet, teknologi, dan pembangunan bandar. Xi'an telah menghasilkan sejumlah “tarikan selebriti web” yang menerima “Suka” daripada warga siber dari dalam dan luar negara untuk unsur-unsur budaya yang paling mendalam dan watak-watak terbuka, moden dan bergaya.

“Ibu Kota Purba Milenium bagi Chang'an” Dengan jenama pelancongan baharu mereka, bandar raya bersejarah dan bersemangat ini telah menghantar jemputan mereka ke dunia, dengan menanti ketibaan lebih ramai orang dari seluruh dunia untuk menemui keindahan mereka dan mendengar kisah-kisah mereka.

Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi'an

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=374232

Kapsyen: Pintu Selatan bagi Tembok Kota Xi’an pada waktu senja

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.