ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 22, 2025 -Rabu

 
  PEMBANGUNAN UTAMA BAISE DAN PEMBUKAAN ZON PERINTIS DI GUANGXI DALAM PERSIAPAN PENUH

Friday 30/10/2020

AsiaNet 86355

Table
Kapsyen: Satu pemandangan dari udara bagi kawasan bandar Baise

BAISE, China, 30 Okt., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Guangxi Baise telah mengadakan Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis di Persidangan Promosi Guangxi (Shenzhen) & Majlis Menandatangani Pelaburan Projek “Penempatan Perusahaan Kawasan Greater Bay di Baise” di Shenzhen baru-baru ini. Sebanyak 39 projek berjaya ditandatangani dengan jumlah pelaburan sebanyak 39.653 bilion yuan, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Baise.

Pada Mac 2020, Majlis Negara bagi China telah meluluskan penubuhan Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis di Guangxi. Pada 15 April, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional China telah mengeluarkan Pelan Pelaksanaan untuk Pembinaan bagi Pembangunan Utama Baise dan Pembukaan Zon Perintis di Guangxi. Sebagai pembangunan utama sempadan kawasan penuh kelapan dan pembukaan zon perintis di China dan wilayah pertama tahap satu negara itu, pembinaan Zon Perintis Baise telah menarik banyak perhatian.

Zon Perintis Baise meliputi seluruh kawasan bandar Baise, dengan jumlah keluasan 36,300 kilometer persegi dan jumlah penduduk 4,226,800 orang. Ia akan mendirikan dua pelabuhan sempadan nasional (Longbang dan Pingmeng) dan tujuh zon sempadan perdagangan bersama (tempat) penduduk seperti Yuexu. Zon perintis itu akan membina satu pembangunan berskala penuh dan corak terbuka bagi "tiga zon dan satu paksi", iaitu: zon utama terbuka, zon pembangunan utama, zon pembangunan hijau, dan paksi pembangunan penghubungan.

Zon utama terbuka itu kebanyakannya termasuk tiga wilayah sempadan (bandar raya) Jingxi, Napo, dan Debao, di mana ia berhasrat untuk membina platform terbuka seperti zon kerjasama ekonomi rentas sempadan dan zon cantum yang komprehensif untuk mewujudkan kelompok industri berorientasikan eksport. Zon pembangunan utama merangkumi Daerah Youjiang, Daerah Tianyang, Wilayah Tiandong, dan Kota Pingguo, yang memberi tumpuan kepada pembangunan yang bercirikan pertanian dan menguntungkan, penyatuan arang batu, elektrik dan aluminium, pembuatan mesin, bioperubatan, bahan baharu, perdagangan, dan logistik. Zon pembangunan hijau kebanyakannya termasuk lima wilayah: Lingyun, Leye, Tianlin, Longlin, dan Xilin, dengan tumpuan kepada menggalakkan pembinaan jaluran penjagaan kesihatan lanjut usia di Guangxi barat, sebuah taman kerjasama rentas wilayah, dan sebuah zon demonstrasi bercirikan pertanian moden. Paksi pembangunan penghubungan itu membawa Lebuhraya Chongqing-Guiyang-Baise dan landasan kereta api yang menghubungkan ke Vietnam sebagai saluran utama, secara aktif mengambil bahagian di dalam pembinaan saluran darat-laut China barat yang baharu, dan berusaha untuk membina satu paksi pembangunan penghubungan berkualiti tinggi yang menyatukan saluran dan industri.

Baise telah mewujudkan satu kumpulan kerja khas untuk penyediaan Zon Perintis Baise, dan ia akan menggunakan kaedah kerja "operasi berasaskan carta dinding", "pengurusan senarai", "kemajuan berputar", dan "tanggungjawab yang ditetapkan" untuk memajukan pembinaan bagi zon perintis itu. Dengan adanya organisasi dalaman dan keadaan luaran, pembinaan Zon Perintis Baise sudah bersedia bagi kemajuan berskala penuh.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Baise
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=375353
 
   Kapsyen: Satu pemandangan dari udara bagi kawasan bandar Baise
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.