ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 22, 2025 -Rabu

 
  HANGZHOU DI CHINA TIMUR MENGADAKAN EKSPO DALAM TALIAN UNTUK MEMPAMERKAN PRODUK KEBUDAYAAN DAN KREATIF GLOBAL

Tuesday 03/11/2020

AsiaNet 86404

Table
Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-14


HANGZHOU, China, 3 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-14 telah diadakan di Hangzhou, ibu negeri bagi Wilayah Zhejiang di tenggara China, dari 29 Okt. hingga 1 Nov. Ekspo itu telah  menarik lebih daripada 4,000 institusi dan perusahaan kebudayaan dari lebih 60 buah negara dan wilayah untuk mengambil bahagian secara dalam talian dan di luar talian. Jumlah jenama yang mengambil bahagian meningkat sebanyak 60% berbanding dengan ekspo yang sebelumnya. Kawasan pameran bagi jenama luar negara kekal pada 40% daripada keseluruhan kawasan pameran. Semasa pameran itu, tempat utama telah menerima lebih daripada 60,000 orang pelawat, dua sub-tempat dalam talian menerima lebih 930 juta klik, dan melengkapkan urus niaga di lokasi dan kontrak projek bernilai 2.19 bilion yuan.

Dalam 14 tahun yang lampau, di tengah-tengah budaya baharu, penggunaan baharu dan kehidupan baharu, ekspo itu tidak hanya menjadi satu daripada empat aktiviti pameran kebudayaan utama China, tetapi juga mercu tanda kebudayaan Hangzhou dan satu platform penting untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan kreatif antarabangsa.

Ekspo dalam talian tetap dibuka sepanjang tahun

Dengan perkembangan pesat bagi ekonomi baharu China, semakin banyak pengguna kini menggunakan Internet untuk berkomunikasi, dan membeli-belah dalam talian sudah menjadi satu trend. Ekspo pada tahun ini juga menampilkan dua sub-tempat dalam talian, yang membolehkan rakyat untuk mengunjungi pameran itu tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka.

Sebagai satu daripada sub-tempat dalam talian bagi ekspo itu, Aplikasi Dongjia adalah satu platform membeli-belah dalam talian yang disediakan khas untuk tukang mahir tradisional yang sangat baik di dalam dan luar negara. Menurut Meng Wenbo, presiden bagi aplikasi itu, lebih daripada 2,000 pempamer di dalam dan luar negara telah “memindahkan” hasil karya luar talian mereka ke aplikasi itu, dengan menyampaikan hasil karya mereka dalam bentuk tiga dimensi dan pelbagai cara melalui gambar, video dan siaran langsung. Tekstil Alexandre Turpault dari Perancis, pakaian kanak-kanak Knit Planet dari United Kingdom, basikal Festka dari Republik Czech... Pengunjung boleh menemui semua produk kreatif global ini di platform itu, dan membuat pesanan dengan beberapa klik dan meminta mereka dihantar ke rumah mereka.

“Ekspo itu dahulu pernah diadakan di luar talian untuk satu jangka masa yang agak singkat. Dengan pendigitalan bagi acara itu, tempat dalam talian itu telah membuka lebih banyak peluang bagi orang ramai untuk melayari, berkomunikasi dan membeli melalui telefon bimbit pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua, sekali gus mewujudkan satu acara 24 jam pada sepanjang tahun,” kata Meng.

Produk kebudayaan dan kreatif mencapai kehidupan sebagai sebahagian daripada kehidupan
 
Ekspo dalam talian itu yang membolehkan pembelian dan penghantaran mudah menjadikan produk kebudayaan dan kreatif lebih mudah untuk diakses. Bagaimanapun, Meng percaya bahawa bahagian industri kebudayaan Hangzhou yang lebih menawan terletak pada hakikat bahawa hasil kreatif kebanyakan pereka adalah didasarkan kepada penyatuan intipati budaya tradisional ketimuran ke dalam kehidupan seharian bagi manusia pada zaman moden.

Dilahirkan pada tahun 1990, Liu Weixue adalah seorang pereka payung kertas yang memberi tumpuan kepada inovasi pada permukaan payung. “Hanya dengan melakukan inovasi berdasarkan kepada satu pemahaman penuh mengenai teras teknologi bagi sistem masa lampau boleh teknik tradisional dilindungi dengan lebih baik dan seterusnya diwarisi.” Untuk membuat teknologi payung kertas dengan kesegaran baharu, Liu sedang berusaha untuk mengembangkan  hasil terbitan payung kertas yang berbeza.

Yao Yuting, yang dibesarkan di sebuah bengkel sutera, adalah pewaris bagi warisan kebudayaan yang tidak ketara itu bagi kain satin Hangzhou (sejenis fabrik sutera yang tebal, halus dan berkilat yang diperbuat di Hangzhou).

“Saya berharap untuk menghasilkan kain satin Hangzhou yang lebih hampir dengan kehidupan. Lagipun, kain satin Hangzhou mempunyai sejarah ribuan tahun. Untuk mewarisi dan mengembangkannya dengan lebih baik, lebih ramai orang perlu mengetahuinya, memahaminya dan merasakannya,” kata beliau. Berkat usaha beliau, produk yang dihasilkan oleh kilang tenunan itu kini menggabungkan sutera dengan landskap, hiasan rumah, seni bina dan elemen lain.

Satu ekspo mengenai wawasan untuk mendorong pertumbuhan industri

Pada tahun 2018, ekspo itu telah mencadangkan matlamat untuk menjadi satu acara yang berwawasan. Ini bukan hanya bererti satu pameran mengenai produk kreatif global, tetapi juga pertukaran mendalam di dalam industri kebudayaan global untuk mendorong inovasi kebudayaan dan kreatif ke satu tahap baharu.

Ekspo itu telah menarik ratusan pakar dan cendekiawan dari universiti-universiti terkenal di dalam dan luar negara seperti Universiti Lueneburg dari Jerman, Kolej Schumacher dari Britain, Universiti Tsinghua dan Universiti Zhejiang. Sementara itu, lebih 100 institusi kebudayaan dan kreatif terkenal di dalam dan luar negara seperti Alibaba berkumpul untuk mengadakan lebih 20 aktiviti profesional seperti satu sidang kemuncak industri dan pengeluaran indeks industri tahunan untuk bersama-sama membincangkan trend terkini di dalam perkembangan industri kebudayaan.

Setelah 14 tahun pembangunan, Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou tidak hanya mengumpulkan produk kreatif dengan cita rasa estetik ketimuran tradisional dan elemen kehidupan moden, tetapi juga menarik semakin banyak produk kebudayaan dan kreatif yang sudah mantap di luar negara untuk memasuki pasaran China dan membuat pembaharuan kepada corak penggunaan tempatan. Sama seperti Hangzhou, sebuah bandar raya purba tradisional di selatan Sungai Yangtze, telah menjadi sebuah bandar raya pintar moden, ekspo itu tidak pernah gagal untuk menampilkan kecergasan dan kesegaran baharu.
 
Sumber: Pejabat Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Kebudayaan & Kreatif Hangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=375647
 
   Kapsyen:  Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-14
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=375656
 
   Kapsyen:  Pelawat di Ekspo Industri Kebudayaan dan Kreatif Hangzhou ke-14
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.