ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 22, 2025 -Rabu

 
  PERKHIDMATAN KUARANTIN HAIWAN JEPUN MENGESAHKAN PENGASINGAN VIRUS ASF NIAH DARIPADA BABI FILIPINA YANG DIBAWA SECARA HARAM

Friday 06/11/2020

AsiaNet 86371

TOKYO, 6 Nov., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet / --

- Mencegah Pencerobohan Mendadak bagi Demam Babi Afrika ke Jepun, Denda Maksimum 3 Juta JPY untuk Individu –
 
Pada 9 September, 2020, gen bagi virus demam babi Afrika (ASF) telah disahkan hasil daripada satu ujian gen (PCR) yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kuarantin Haiwan (AQS), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, ke atas sosej babi yang dibawa secara haram ke Jepun oleh seorang penumpang dari Filipina.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105725/202010266217/_prw_PI3fl_GVHYh968.jpg

 
 
Foto 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105725/202010266217/_prw_PI2fl_YwggcMts.jpg

 
 
Foto 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105725/202010266217/_prw_PI1fl_KGhrNoe1.jpg

 
 
Foto 3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105725/202010266217/_prw_PI4fl_0aIRJiuW.jpg

 
 
Virus hidup juga diasingkan daripada produk itu hasil daripada pengasingan virus yang dilakukan oleh Institut Kebangsaan bagi Kesihatan Haiwan (NIAH), Pertubuhan Penyelidikan Pertanian dan Makanan Kebangsaan (NARO). Dengan ini, adalah terbukti, sekali lagi, bahawa virus ASF yang berjangkit telah sampai ke sempadan Jepun.

Sosej daging babi itu, yang dibawa dalam penerbangan yang berlepas dari Manila, Filipina, pada 31 Ogos, adalah sebahagian dari satu cenderahati. Setelah seekor anjing pengesan kuarantin di lapangan terbang Haneda menemui produk daging tersebut, AQS telah melupuskannya sebagai produk import yang terlarang, dan sebahagiannya dihantar untuk diuji.
 
AQS telah menjalankan ujian bagi gen virus ASF itu pada produk babi yang dibawa secara haram oleh penumpang antarabangsa sejak Ogos 2018, dan ini adalah kes ke-89 yang didapati positif gen ASF dan merupakan kes ketiga bahawa virus ASF yang berjangkit telah diasingkan.

Produk haiwan termasuk ham, bakon, jerki, sosej, produk daging yang diproses, dan lain-lain, adalah dilarang dibawa ke Jepun, tanpa mengira volumnya, sesuai dengan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit Haiwan Domestik.

AQS akan terus mengetatkan pemeriksaan import bagi produk haiwan bagi mencegah kemasukan ASF melalui penumpang dan bungkusan antarabangsa dengan menggunakan anjing pengesan kuarantin di lapangan terbang antarabangsa dan pejabat-pejabat pos.

Pesalah boleh dihukum dengan penjara untuk satu tempoh sehingga 3 tahun atau denda sehingga 3 juta JPY. Perbadanan-perbadanan perniagaan akan dihukum dengan denda sehingga 50 juta JPY. Penumpang dengan produk haiwan yang haram juga boleh dilarang daripada mendarat di Jepun.
 
Perkhidmatan Kuarantin Haiwan, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun: http://www.maff.go.jp/aqs/english/product/import.html
 
Sumber: Perkhidmatan Kuarantin Haiwan, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.